♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: March 2013

March 31, 2013

I am officially 18 !

Assalamualaikum ^^V

Wahhh Fy kembali lagi !
Dengan tajuk cerita yang penting dalam hidup Fy.
Hihihi.



Kalau ada sesiapa yang tahu,
Pada tahun 1995 bertarikh 30 Mac jam 9.40 malam, mama saya telah selamat melahirkan saya ke dunia ini.
Dan semalam 30 Mac 2013,
Genaplah usia saya selama 18 tahun saya hidup dimuka bumi yang fana ini.
Alhamdulillah. :)

Jadi kalau korang nak tahu pada hari Jumaat hari tu Fy balik kampung. Last-2 minit ayah tiba-2 ajak balik Penang. Huhh agak bengang lah jugak ann sbb last minit baru bagitahu. Rasa macam malas je nak balik.
Yelah Fy dah plan dah nak call ramai orang masa dapat free call tu, tapi bila ayah dah balik kampung rasa susah sikit lah nak onthephone bagai. Huhh ~ Masa tu redha je lah annn.

Then dah sampai kampung esoknya pada 30 Mac, mama ajak balik Alor Star pulak tengok nenek kat sana.
Just pergi balik je lah, tak tidur sana pun. Walau mcm mana pun Fy curi2 jugaklah masa nak call orang walaupun seharian sebelum sampai rumah nenek tu pergi sana pergi sana. perghh , sumpah penat. Tapi demi rindu terhadap kawan-2 Fy gagahkan jugak call. Hihihi.

Dipendekkan cerita, masa kat Alor Star tu lah Fy cuba call sorang demi sorang kawan-2 Fy. Walaupun tak dapat cakap lama-2 tapi tak apalah kan. Asalkan Fy ingat jugak kat diorang. Malam tu dah sampai penang, kalau boleh nak call orang lain. Tapi belum pun pukul 10 Fy dah terlentok atas katil. Apa boleh buat, penat sangat sampai tak sedar org call, org text ~

Okay dah lah tutup cerita pasal tu.

So now , I am officially 18 ! Wahhh rasa macam dah besar kan. Pada umur ini lah kita rasa macam kita lebih dewasa. Cewahhh XD

Hurmm, teringat pulak dua tahun masa duduk asrama.
Tahun pertama masa form 4, time birthday kena kaunseling dengn senior konon2nya then baru diorang wish.
Then malam akhir sebelum masuk 31 Mac kenaa mandi tepung + telur dengan budak-2 dorm 2C masa tu and ada dua tiga org senior. Perghh memang best masa tu. First time kud badan bersalut tepung.

Ohh haa baru teringat ada lagi, malam 30 Mac 2012 tu, Fy dapat wish daru budak-2 block Mesra masa tu, diorang nyanyi ramai-2 bila Fy call Sepet. Weheee XD Rasa macam sweet je. Tu pun first time jugak Fy rasa semua tu.

Masa form 5 punya birthday, pun samaaa, walaupun dorm lain dah, tapi tetap kena mandi tepung. Yang tu semua plan budak dorm Fy and dorm junior kat sebelah. Huhh memang best ahh cerita dia. Malam-2 kena mandi . Haihhh ~ 

Apa-2 pun, dua tahun tu akan tetap Fy ingat sampai bila-2. The best birthday party ever.
Lepas ni tak mungkin dah Fy akan lalui semua tu.

Yeahhh !
Now Saya dah 18 ! Saya dah besar !
Weheeee XD
Thanks utk semua yang wish di facebook, twitter, and text.

Byee XD

p/s: Disebalik kegembiraan dan senyuman seseorang, pasti ada kesedihan yang cuba disembunyikan....

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 23, 2013

P dalam genggaman. :)

Wahhh ! Tajuk kemainn lagi kann.
Hahaha.



Rasa tak sabar nak berkongsi cerita, excited semacam.
Yelahh mana taknyaa. Hampir 3 bulan akhirnya Fy berjaya mendapatkan lesen !
Fuhhh ! Terbaikkk ! Memang excited gilaaa.
Tapi nak mendapatkannya, bukan senang tauu.

Rasanya kawan-2 Fy ada yang lama dah dapat. Fy je terhegeh-2 lagi.
Bukan Fy lambat daftar ke hape, tapi mmg Fy sengaja melambat lambatkan.
Ditambah dengan kelambatan pusat memandunya lagi.
Haa makin lambat lah jadinya.

Jadi pada hari Jumaat yang lalu, tibalah giliran Fy untuk di TEST oleh JPJ.
Awal-2 pagi lagi cikgu Fy dah suruh datang sbb nak buat latihan dulu katanyaa.
Dah buat latihan bagai, around pukul 9 Fy tengok nama Fy sesi ke berapa and giliran ke berapa.
Dari 3 sesi Fy sesi ketiga dan giliran ke 19 !
Sesi 3 tu mulanya petang lepas solat Jumaat !
K korang bayangkan betapa lamanya kena tunggu.
Daripada 280 orang. Perghhh. Stress + tension gilaa kud,
Kalau orang yg tak sabar tu, rasanya dh angkat kaki balik rumah dah.

Time tu pun Fy hampir-2 hilang semangat. Dengan takutnya lagi.
Tapi Fy kuatkan jugak kerana kata-2 semangat dari FF.
Dia bagi jaminan utk Fy lulus dan Fy pun cuba buat sebaik mungkin.
Bukan sebab tu je, sebab lain of course lah Fy tak nak gagal sbb nanti kena repeat.
Bila kena repeat, bayar mahal wooo.

Lepas je solat jumaat, Fy dah ready kat ruang menunggu. Time tu panas gilaa. Dalam puku 2.30 macam tu lah, JPJ tak sampai-2 lagi. Tunggu punya tunggu, pukul 3.30 baru start sesi 3. Ya Allah ! Tension gila kudd.
Bila dah mula, Fy tengok seorang demi seorang start test mula dari mendaki bukit.
Ada yang lepas, ada yang gagal.
Tiba turn Fy, Fy selawat banyak-2 tenangkan hati, ingat balik kata-2 FF.
Dann, Fy pun cuba dengan sebaik mungkin.

Bukan nak kata apalah, tapi setiap kali training, bukit ni mmg selalu Fy tak lepas.
Pagi sebelum test tu training pun tak lepas.
Sebab tu lah Fy takut.
Tapi, alhamdulillah, akhirnya Fy berjaya jugak mendaki tu.
Lepas turun je bukit, excited gila turun ambil borang then buat parking and 3 pointer pulak.
Nasib Fy baik kud hari tu sbb masa buat parking and 3 pointer tu tiba-2 hujan.
So abang JPJ tu tengok macam nak tak nak je.
Hahaha.
Fy buat masa tu pun relaks je tak takut sangat.
Akhirnya, kesemua TEST pertama tu Fy LULUS !
Muka bahagia gilaa masatu.

Test on the road pulak Fy tak takut sangat.
Maybe sbb tu okay lagi kud.
Masa tu pun hujan dah berhenti.
Dapat JPJ perempuan, okaylah walaupun pada awalnya tak nak perempuan.
Tapi dia pun nampak macam sempoi je kan.
Dan akhirnya Fy LULUS jugak on the road,

Muka masa keluar kereta bawak borang tu tak yah cakap lah macam mana kan.
Excited terlebih.
Sampai fon dalam beg pun terpelanting.
Hahaha.
Syukur alhamdulillah.
Memang Fy dah berazam pun, kalau result spm Fy ada A,
Fy akan pastikan Fy lulus JPJ.
Siap tweet lagi. Ramai saksi.
Dan Fy berjaya menunaikannya !
Yeeepeeeee !
Lepas ni dah tak ada alasan lagi ayah tak bagi pakai kereta dia.
Hahahaha !

Ohh yaa, nak tahu apa kata-2 FF yang menaikkan semangat Fy?
Next entry nanti Fy ceritaa.

Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 21, 2013

Penantian berakhir.

Assalamualaikum ya ukhti sekaliannn ~
Wahh berbahasa Arab lah kononnyaa.
Hihihi.


Sebelum dan selepas dapat result.
Sebelum risau, tapi selepas tak sedih kann?
Macam dpt cemerlang je rupee ~
hahaha XD


Okay tujuan Fy muncul kali ini adalah ingin berkongsi apa yg telah Fy dapat.
Seperti semua sedia maklum , hari ni keputusan SPM telah dikeluarkan.
Dan penantian Fy selama hampir 3 bulan pun telah berakhir.

Fy tak menangis, dan Fy jugak tidaklah sedih.
Cuma Fy dah boleh agak kud apa yg Fy akan dapat.
Mungkin Fy dah bersedia lebih awal.
At least keputusan tu tak mengecewakan.

Dan dan dannnn keputusannyaaa ~
Jeng jeng jenggg ~
Alahh malu lahh kita nak bagitahu secara detail ,
Kita bagitahu macam ni,
Korang faham faham kan sendiri yer yer ,
Hihihi ,

Kita dapat ,

1 Cemerlang Tertinggi , 5 Kepujian Tertinggi , 1 Baik Tinggi , 1 Lulus.

Haaa , faham kan faham kan?
Alhamdulillah, Walaupun tak cemerlang, tapi Fy dah bersyukur dah.
Nak buat macam mana kan, itu lah hasil usaha Fy selama ni,
Nak pandang belakang pun tak boleh dah.
Jadi biarlah kita terus pandang ke depan utk memperoleh kejayaan di masa hadapan !
Yeahhh !

Hihihi.
Tadi jugak sebelum keluar result dapat lah jumpa kawan-2 yg dah lama tak jumpa tuu.
Terutamanyaa FF !
Rinduu gilaa tengok dia.
Tapi control diri control diri.
hihihi.

Fy juga tumpang gembira dengan kejayaan kawan-2 Fy yang lain.
Mesti parents diorang bangga kan kan kann.
Hahaha.
Hurmm , nak cerita apa lagi eayy?
Okay cukuplah buat masa ni.
Badan ni penat sangat dah rasanya.


Setelah lama tidak bertemuuu ~
Hari ni terasa bahagia seperti selaluu ~

Hihihi ,

Jumpa lagi !
Byee XD



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 20, 2013

21 / 03 / 13 .

Ada apa pada tarikh itu?
Halahhhh ~
Tak payah tanya lah kan.
Dah tersebar seluruh dunia apa yang akan terjadi pada tarikh itu.

Tarikh itu akan memperlihatkan kita semua menangis.
Tarikh itu akan kita dengar jeritan-2 dari mereka.
Tarikh itu juga kita akan melihat kegembiraan mereka.
Dan tarikh itu juga kita akan dapat melihat senyuman mereka.

Siapakah mereka?
Mereka adalah Calon calon SPM 2012 batch 1995,
termasuk lah sayaa !!!!

Dipendekkan,
Wehhhhh ! ESOK RESULT KELUAR HOIIIII !

Haaa, itulah kenyataan dan realiti yang terpaksa di hadapi pada hari esok.
Rasa macam baru semalam 7 DISEMBER 2012. 
Tak sangka hari ni dah 20 MAC 2013?
OH maaiiiii !
Tuhan je yang tahu apakah perasaan saya sekarang.


"Aku hanya nak A, tak kisah lah banyak mana, kalau satu pun aku terima...."


Kepada rakan-2 setahun, sekufu dan macam-2 se, sekalian.
Semoga kita berjaya mendapat keputusan yang kita harapkan.
Kita dah berusaha, dan hasil usaha kita itu akan kita dapat pada hari esok.
Jangan menyalahkan sesiapa kalau kita tak dapat apa yang kita harapkan.
Tapi salahkan diri sendiri kerana kita yang menentukan apa kita akan dapat esok.

Tak ada apa yang kita harapkan melainkan utk melihat wajah kegembiraan ibu bapa kita kerana berbangga dengan kita kan?
Same goes to me.
Aku tak minta banyak, cukuplah kalau ianya mampu membuatkan wajah mama dan ayah gembira.
Aku sendiri tahu di mana tahap kemampuan aku.

Kawan-2.
Kalau kita dapat keputusan yang cemerlang, jangan lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah dan tersenyum dengan gembira kerana Dia yang memberikan kita kegembiraan tersebut.

Kalau kita dapat yang sebaliknya, kita juga mesti mengucapkan Alhamdulillah dan tersenyumlah dengan tabah kerana Dia pasti akan memberikan yang lebih baik untuk kita.

Last but not least, 
Tenangkan lah hati kita sebelum mengambil keputusan esok.
Apa pun keputusan yang kita dapat, terima dengan redha.
Percayalah bahawa, setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya.

Berpeganglah pada prinsip,
Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
Kita berjaya pada hari ni, jangan pernah lupa pada-Nya.

SEMOGA BERJAYA KAWAN-2 !



:')



p/s: Pesanan ini secara keseluruhannya kata-2 untuk melegakan perasaan sendiri....

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 19, 2013

Tulisan tangan menggambarkan keperibadian.

Heyy guys.
Tak nak buat intro panjang panjang.
Just nak share some info.

Korang tahu tak yg tulisan tangan korang tu sebenarnya menggambarkan peribadi korang?
Nak tahu macam mana?
Okay ni ada lah serba sedikit info dan pandangan by Dato' Dr. Fadzillah Kamsah.



Check it out.

Pertama : TEKANAN

  • Tekanan yang KUAT
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Mungkin dia adalah seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
  • Tekanan yang RINGAN
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : BENTUK TULISAN


  • Tulisan yang BULAT - BULAT 

Semua huruf ditulis dengan bulat.
[ Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) ]
  • Tulisan yang TAJAM-2 atau LEPER-2
Tulisan yang angular dan sharp.
[ Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) ]

Ketiga : KECONDONGAN


  • Condong ke KANAN 
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.
  • Condong ke KIRI
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur dengan orang.

  •  TEGAK
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf).

Keempat : KERAPATAN

  • JARANG-2
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
  • RAPAT-2.
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

Kelima : Pada huruf J , G , Y , Z


  • ADA EKOR 

 Besar, panjang dan sempurna. Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.
  • Kecil, Pendek dan Tak Sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.

Keenam : Padan palang huruf kecil T (t)

  • TINGGI
Tahan aspirasi tinggi.
  • RENDAH
Mudah berpuas hati, cita-2 rendah.
  • TENGAH-2
Usaha dan pencapaian di tahap sederhana.


Nak tahu yang mana ciri-2 tulisan Fy ?
Okay ini diaa ,

Pertama : Tekanan yang kuat. (Kalau tulis kadang2 ada berbekas kat belakang)
Kedua : Tulisan tajam-2, and leper-2. 
Ketiga : Condong ke sebelah kiri . (Tapi rasanya explaination tu macam tak kena je dengan diri. hehehe )
Keempat : Rapat-2. (Jimat dan kedekut tu tak betul !)
Kelima : Ekor yang besar panjang dan sempurna. (Betul lah tu apa yg dijelaskan...)
Keenam : TINGGI. (tinggi ke aspirasi aku? hahaa.. entahlahh...)

Jadi secara kesimpulannya,
Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Sekiann :)

p/s: Jangan percaya seratus peratus, ini hanya rumusan melalui pemerhatian :)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 15, 2013

Aktiviti di hujung minggu !

Holla guyss !
Haiyaaaa ~
Rajin sangat Fy nak update lagi hari ni.
Hahaha. Ini adalah disebabkan Fy ingin berkongsi sedikit aktiviti pada hari ni.

Hoooo sebenarnyaa sekarang tersangatlah penat.
Sakit segala pinggang.
Haa nak tau apa aktiviti hari ni?
Apa lagi kalau bukan kemas bilik sendiri !
Hahaha, banyak sangat dah barang bersepah.
Lama dah tak grooming bilik sendiri.
So tadi, misi utama adalah nak kemas almari buku yang bersepah sepah sbb novel main campak2 je kat dalam sana. Bukan resti nak susun !
Jadi hari ni, tiba2 mood rajin tu datang Fy pun kemaslah.
Dann inilah hasilnyaa.
Simple tapi kemas !


Haaa kan dah settle semuanyaa. Novel tak banyak mana punn.
Saja menggedik malas nak kemas. Main campak-2 je.
Hihihi.

Eh semalam kan, Fy tidur pukul 4 pagi gara-2 FF.
Sebab tu pagi ni bangun dengan senang hati sbb semalam dapat berborak dengan dia.
Dia tak dapat tidur, so dia ajak gayut.
Masa dia call tu Fy dah nak terlelap dah, nasib baik tak tidur lagi.
Borak punya borak last2 sekali dia yang tidur !

Haaa tu lah perangai dia dari dulu !
Suka sangat tidur time gayutt.
Memangg mintakk panggg betul ~
Hahaha, kelakar jugak sebenarnyaa.
Dalam masa dua minit, pappp ! Dia boleh tidur mati
Memang dahsyat betul mamat ni.

Apa pun, hati Fy senang dengan apa yang berlaku.
Just go with the flow saja lahh ~
K choww XD




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 13, 2013

It jus a quotes.

Something that I want to share. :')



Move on already, everybody says. What they don't get is that it's not so easy when the memories of him is stuck on replay in my head. Your smile. Your eyes. How happy you made me. Those were some of my best memories, and I will never be able to erase them. If I could, I would in a heartbeat. It'd be so much easier to move on. Forget you. Like you forgot me.

Want you, but then again I don't. I'm willing to take a chance, but not really. To tell you the truth, I'm scared. I've been hurt and heartbrokentoo many times. I'm afraid that if I open up, it'll only end in disaster. I know I shouldn't let what happened in the past interfere with the future, but that's easier said then done. That pain is going to be there whether I like it or not and I apologize. I'm not saying to wait for me cause I would hate to do that to you, but I'm just saying that I am worth it.

I'm completely out of words about how I feel about you.. I don't even know why I still love you knowing that you have already broken my heart a hundred times and yet, I am still deeply in love with hope that you'll soon realize how much I really love you and that you'll feel the same way about me too.

It hurts when people walk into your life and make you happy and then walk out and leave you hurting.

Love is something nice, love is something sweet, love is a skill that's learned not pick up on the streets, the one who teaches how to love often leaves out an important part, they don't teach how to forget and that leads to a broken heart.

Love is like a puzzle. When youre in love, all the pieces fit but when your heart gets broken, it takes a while to get everything back together.

I am so mad at myself. I feel like I hate myself instead of hating you and I don't know if that's possible. Because I convinced myself I was over you and now I know it was all pretend...I pretended that I didn't look at you when you didn't notice I was. I pretended not to light up when you entered a room...I pretended not to be upset when we got in a fight. I pretended I didn't look forward to seeing you everyday. I pretended that I wasn't hurt when you broke my heart. I pretended I didn't miss you when you didn't come around. Now all these lies have showed me is that I miss you so much more than I had realized.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Setiap manusia perlu berubah kawan -.-

Assalamualaikum and Hai everyonee !!!
Holla hollaaa *lambai tangan*
Hihihi.



Lama tak Fy tak update? Tak lama manalahh kann.
Biasalah dua tiga hari ni mood tak menentu dan keadaan diri tak berapa stabil.
Jadi baru hari ni berkesempatan nak jengah blog ni.
Tu pun sbb ada sesuatu yang Fy rasa nak kongsikan.
Kalau tak, rasanya memang takkan update kud sampailah keputusan SPM keluar next week.

Whatt? Oh My God! Dah dah tak mau pikir.
Menyesakkan kepala hotakk.
Apa-2 pun tawakal je lah.

Sekarang ni nak cerita pasal sesuatu.
Hmm, begini, semalam si MMS tu call. Tiba-2. Pukul 2 pagi macam tu lah. Fy dah tidur kud masa tu. Maklumlah sekarang ni memang Fy selalu tidur awal. Fy tanya apa mimpi dia call, dia kata sbb dia dah buat super savers tapi aweknya dah tidur, Hmm okay faham. Walaupun hati terasa berat tapi apakan daya, dah terangkat, tak perasan pun nama dia.

Sebenarnya macam ni, bukan niat di hati Fy tak nak bercakap dengan dia or lupa kawan. Tidak sama sekali. Fy ada sbb sendiri kenapa Fy cuba untuk mengelakkan diri dari dia. Biarlah Fy sahaja yang tahu sebabnya. So semalam nak tak nak Fy borak dengan dia macam biasa. eh eh rasanya tak macam biasa kud. Luar biasa sikit. Hihihi.

Fy cuba try borak2 macam selalu walaupun Fy tahu mmg ada kelainan. Sampai kan dia pun perasan sbb dia cakap macam ni, 

"Kau dah lain ar dengan aku wafy..."

Errrr, jujur bila Fy dengar ayat ni Fy ada rasa serba salah sikit tapi perasaan marah lebih banyak menguasai. Ada sebab kenapa Fy marah. Iyelah, dia nak harapkan Fy layan dia macam mana lagi? Situation dah tak sama macam dulu. Kalau dia harap yang Fy akan layan dia sama macam masa sekolah dulu, memang lah dia silap. Sampai masa manusia kena berubah dan Fy tak faham kenapalh dia tak boleh nak faham semua tu.
Keadaan dah tak sama macam dulu . Itu je yang Fy cuba nak ingatkan dia.

Tak suka Fy macam sekarang? Go ahead ! Fy tak kisah dah apa dia nak cakap. Biarlah kalau dia nak kata Fy lupa kawan ke hapaa, tapi yang pasti mmg Fy tak mungkin jadi macam dulu. Please lah. Masa dan keadaan dah mematangkan seseorang. Fy sakit hati sangat semalam kenapalah dia seolah olah tak boleh nak faham benda tu. But it's okay, Fy tak salahkan dia, mungkin dia tak jangka benda ni akan terjadi. Lagipun Fy dengan dia dulu kan rapat.

Tapi entahlah, sejak tahun ni, memang Fy dah tak boleh nak jadi macam dulu. For that person, If you read this, I am really2 sorry. Kita bukan masih bersekolah macam dulu. I need to change my life, my attitude. I don't want to make a same mistake anymore. Terpulanglah kalau dia kata Fy dah berubah ke apa, tapi yang pasti Fy berubah untuk diri Fy sendiri, bukan orang lain. Dan Fy tak berubah ke arah yang negatif. Itu dah cukup baik.

Walaupun Fy dah macam ni, you still my best boyfriend. Fy tak pernah lupa. Fy pasti kalau dia baca ni, memang dia akan terasa sbb Fy tahu how sensitive you are. But please. you've to change it and you must open your mind. Accept me as the new one and give me a support. I nees your support as my friend, not your judgement !

Terpulang lah kalau dia nak terasa ke apa. Fy dah terlalu banyak fikirkan perasaan orang. Kalau dia nak kata Fy lupa kawan pun, suka hati lah. Maknanya dia tak pernah faham Fy pun walaupun selama ni Fy anggap dia lah kawan yang paling memahami perasaan Fy. Ternyata kita berbeza.

PLEASE accept me for who I am now. I'm no longer as you know before this. I've to make a change to start a new life. So hope you understand.

Thanks friend. :)

p/s: Tak mudah untuk aku lakukan perubahan ini kalau tidak disebabkan pengalaman lalu yang banyak mengajar dan menyedarkan aku tentang kehidupan yang penuh dugaan ini... Kekuatan amat aku perlukan untuk menghadapi semua ini...


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 11, 2013

Bila agaknya giliran saya :')

Semakin hari usia kita semakin meningkat kan.
Sedar tak sedar Fy pun dah 18 tahun.
Alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan peluang olehnya untuk terus menikmati hidup ini.

Bila Fy tengok perkembangan kawan-2 Fy, macam-2 perubahan mereka.
Samalah jugak macam Fy, mestilah ada yang berubah kan.
Hmm, dan apa yang mengusik hati Fy dan membuatkan Fy berfikir.
bila tengok ada di antara kawan-2 lama yang dah sampai pun ke Tanah Suci.

Alhamdulillah. Fy pun rasa bahagia bila tengok gambar-2 yang diorang update masa di sana.
Gembira dan untungnyaa mereka kan.
Hmm Fy teringin sangat sangat nak ke sana.
Bila lah agaknya hari Fy tiba.

Fy tahu, Fy pun bukan lah dari golongan yang mampu.
Tapi insyaallah, kalau diberi peluang, one day kalau Fy dapat pergi Fy nak pergi dengan family Fy.
Mesti seronok kan, disamping dapat beribadah.
Ya Allah !
Teringin sangat nak pergi.
Tengok gambar-2 kawan Fy yang dah kesana pun Fy rasa macam nak menitis air mata neh.
Untungnyaa mereka :')


Insyaallah, suatu hari nanti mungkin Fy dapat pergi jugak.





Aminnn :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 8, 2013

Tips untuk menceriakan hidup.

Haaa weh weh wehhh ! SPM result nak keluaq lagi 12 hari je woiii !
Oh mai !
Tuhan je yang tahu macam mana debaran di dada neh.
Grr duduk sorang2 mest fikir, mesti ingat.
Tapi bila dah tak ingat, bukan fb bukak twitter, adusss ade juga yang menghupdate pasal result tu !
Citss --' saja nak menambahkan kegusaran . 
Ke nak perli ?
Huhh --'

Jadi untuk menambahkan kegusaran di hati jom kita sama-2 berkongsi sedikit tips untuk menceriakan hidup yang sedang dilanda ombak kuat neh.
Kalau ombak rindu tak apa lah jugak.
Uhukk uhuukkk :'(

Antara tips-2 nya ialah :

  • Sentiasa berfikiran positif.
Oh yeahh. Berfikiran positif terhadap semua benda. Semua yang berada di sekeliling anda. Jangan terlalu ikutkan perasaan jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini. 


  • Selalu memaafkan orang lain.
Jika kita mempunyai sikap yang selalu memaafkan orang lain, maka hidup kita akan sentiasa ceria dan happy selalu. Ye lah. Kalau kita ada buat salah dekat orang kan. Then, kita tak mintak maaf dekat diorang. Adakah hidup korang akan ceria ! For sure tak lah kan ?  So, saling memaafkan orang lain. dan selalulah mintakk maaf kat orang. Hidup pasti ceria !


  •  Bergaul dengan rakan yang menceriakan hidup kita.
Haaa yang ni gerenti boleh membantu korang. Yelah kalau korang tengah tension2 ada problem, or susah hati, carilah kawan yang boleh ceriakan hidup korang. Kalau korang ada kawn yang jenis suka buat lawak lagi ceria hidup korang kan? Alahh zaman sekarang neh, kalau korang bergaul di laman sosial such as facebook and twitter pun dah boleh buat korang lupa masalah tu walaupun sekejap kan. Hehe :)


  •  Jangan terlalu memikirkan masalah.
Yess ! Ini sangat penting. Kalau korang terus terusan memikirkan masalah yg membelenggu diri korang tu, nescaya takkan cerialah hidup korang. Sebab kalau korang asyik fikir-2, then korang akan rasa tension, bila tension mula lah sifat-2 marah tu menjelma dalam diri. Haa sangat tidak baik untuk kesihatan. Jadi tenangkan diri, bila dh tenang, barulah boleh fikir dengan baik cara untuk menyelesaikan masalah tu. :)

  • Lakukan aktiviti yang kita suka.
Haaa, yang nie memang sangat sangat akan membantu. Macm Fy kalau ada masalah ke tension ke, Fy akan cuba buat benda yang tak kan ingatkan Fy pada masalah2 tu semua. Fy akan baca novel ke, tengok movie ke, ataupun kalau ada duit Fy akan shopping ! Hehe, macam tu lah jugak korang, buat apa sahaja aktiviti yg korang suka, Insyaallah korang akan rasa tenang, dan ceria sentiasa. Rasa macam hidup korang tak ada masalah punyaa. Hihihi.


Jadi, itu sahajalah tips-2 yang dapat dikongsikan.
Selamat mencuba !



Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 6, 2013

Sahabat ketika saya membesar. :')

Ingat tak entry Fy yang dahulu Fy pernah cerita tentang kawan-2 baik Fy masa Fy membesar di TUDM?
Dan ingat lagi tak, dalam entry tu Fy letak semua gambar-2 mereka, but ada satu yang Fy tak dapat nak cari gambar dia sbb Fy memang dah lost contact terus dengan dia.

So now, Fy dah jumpa, and and , Fy nak cerita khas tentang dia.

Nama dia ialah NUR SYAFIKA BT ZAINUDDIN.

Macam mana Fy boleh jumpa gambar dia?
Hmm petang tadi Fy saja stalker facebook kawan-2 Fy. 
Masa Fy tengok-2 FB kawan Fy yang namanya HUDA tu, tiba-2 Fy ternampak gambar Huda dengan Ika, then Fy pun terdetik nak tengok fb kawan baik Ika neh masa sekoah kat MGSKL dulu.
So Fy pun belek satu persatu album yang terdapat dalam profile dia.

Then secara tidak sengaja Fy ternampak satu album bertulis, "PEKA, BAYA, PAAN"
Terus Fy klik dann tanpa di sangkaa ! Yess dialah orang yang Fy cari.
Setelah hampir 4 tahun, inilah kali pertama Fy tengok gambar Ika.
Lama kann?
Hmm, bila tengok gambar-2 tuu rasa sedih, dia still contact dan jumpa dengan kawan dia even dia sekolah situ dua tahun je rasanya. Fy pulak setahun. But they still contact each other. Fy yang dari darjah satu dengan dia pun, boleh lost contact. Sangat sedih kan?

Hmm, then lagi satu Fy tahu dia jugak still contact dengan HUDA and AMAL maybe.
Tak tahu lah kenapa jadi macam tu.
Sejak dulu lagi, Fy rasa macam Fy tak sesuai kawan dengan diorang yang agak-2 loaded dari Fy.
Tapi Fy abaikan apa Fy rasa and Fy kawan jugak sbb diorang pun tak kisah kawan dengan Fy.
Lagi-2 Ika. Fy kenal dia dulu dari Fy kenal HUDA and AMAL.
Ika memang baik. Family dia pun. Mak dengan Ayah dia tak pernah sombong apatah lagi dia.

Ingat lagi dulu selalu lepak dalam kat rumah dia dalam bilik dia,
Macam buat.
Ya Allah, rindu sangat masa tu.
Fy tak pernah lupa semua tu.
Mungkin ada silap Fy dalam masa Fy berkawan dengan dia, tapi Ika, tak pernah nak marah or nak menghukum Fy. Dia memang kawan lain dari yang lain.
Fy tak jumpa lagi kawan yang macam dia.

And now, Fy terfikir, ada lagi ke kesempatan untuk Fy jumpa dia and berkawan balik dengan dia?
Fy tahu macam mana nak contact dia onthe phone , tapi facebook, twitter or whatever yang lain Fy tak sure sama ada dia ada atau pun tak.
Kawan dia kata dia still guna number lama. and yes Fy masih ingat lagi number tu.
Tapi Fy tak ada kekuatan nak cuba hubungi dia balik.
Mungkin Fy malu atau takut?
Hmm ada lagi ke keserasian antara kami macam dulu?
Macam-2 yang Fy fikir, thats why Fy tak ready nak contact dia semula.

Dulu masa Fy ada blog lama Fy tu, Fy tahu dia still mengikuti perkembangan hidup Fy,
but now, Fy tak tahu dia tahu ke tak.
Fy rindu dia, tapi Fy sedih Fy tak dapat buat apa-2.
Fy nak sangat jumpa dia balik.
Hmm maybe one day nanti kud?

Mungkin akan ada suatu hari tu nanti.
Btway inilah dia sahabat yang sangat sangat Fy rindui ,




Masa telah mendewasakan kita.
And yess, she's different now, but wajah dan karakter dia, Fy tahu tak pernah berubah.
Cuma rambut dia, Dah pandaii simpan rambut panjang. Dulu tak suka.
Hihihihi

Fy nak dia tahu yang Fy tak pernah lupakan dia and sentiasa nak tahu perkembangan hidup dia kalau diberi peluang
Dan yang pasti Fy berharap one day Fy akan dapat jumpa dia.
Dia sahabat sukar dicari ganti.
I really miss her. 


THE END.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 5, 2013

Inilah penentunya !

Seperti yang sudah di maklumkan,
Result SPM akan keluar pada 20 Mac 2013.
OMG !!! Sumpah Fy tak ready lagi.
Sangat takut.
Debarannya kian terasa.
Ada 14 hari sahaja lagi.

Dalam fikiran neh, macam yang dibayangkan.
Okay ke tak result tu? Berapa A dapat? Kalau tak ada A macam mana?
Hmm, yeahh risauu gilaaa.
Lagi takut daripada ternanti nanti result PMR dulu.

Well, of course lah kita patut risaukan.
Inilah penentu masa depan kita.
Yang akan menentukan siapa kita suatu hari nanti.

Masa nie lah teringat kata-2 cikgu kat sekolah dulu.
Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari.
Hmm Fy cuba untuk tidak menjadi seperti itu
Walaumacam mana pun result nanti,
Fy akan cuba terima dengan sebaiknya,

Tak boleh nak salahkan sesiapa sebab Fy sendiri yang usaha,
Jadi kenalah terima hasilnya kan.

Ya Allah ! Harap-2 lah semuanya okay.
Fy tak minta lebih, cukup lah keputusan tu lepas untuk Fy futher study.
Kalau tak, hancur lah harapan Fy.
hmm,

Gemuruh sangat hati neh.
Fikiran tak menentu.
Hati berdebar debar,
Setiap kali fiki, takut tu rasa lain macam je.

K lah.
Saja nak berkongsi perasaan.


Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 4, 2013

Merekalah wira negara :')

Assalamualaikum...

Fy tak tahu nak buat apa sekarang neh, jadi Fy terpanggil untuk mengupdate tentang berita-2 yang sedang hangat di perkatakan sekarang.



Fy pasti semua tahu kan tetang Pencerobohan di Lahad Datu tu.
Hmm yeahh Fy pun mengikuti perkembangan tentang pencerobohan tersebut.
Itulah yang dikatakan sejarah kan.
Memang lah dari asalnya sejarah negara kita menjadi aman damai seperti sekarang.

Tapi tak siapa dapat menyangka kan, disebabkan sejarah jugak, negara kita seperti dijajah semula?
Pelik kan? Tapi tu lah yang sebenarnya.
Setiap kali keluar berita-2 mengenai pencerobohan ini di Lahad Datu sana, Fy selalu berfikir, apa lagi lah yang mereka mahukan?
Mungkin mereka cemburu melihat negara kita yang aman damai tanpa sebarang peperangan kud?

Petang tadi masa tengok berita khas mengenai perwira-2 negara yang dah terkorban tu, buat Fy sedih.
Mereka memang dah pertahan kan negara, mereka sanggup berkorban untuk negara, tapi Fy tak boleh menahan sebak bila melihat ahli keluarga mereka yang mengalirkan air mata.
Sangat pilu kan?
Kalau lah Fy berada di tempat mereka, entah apa lah jadi ~

Lagi satu bila tengok berita tadi Fy teringat pasal kejadian helikopter nuri terhempas beberapa tahun lalu.
Macam tu lah situasinya dan macam tu lah perarakannya.
Itulah untungnya bila kita jadi seseorang yang mempertahankan negara.
Jasa dan pengorbanan kita akan tetap dikenang.
Tak kira lah lelaki atau perempuan kann.

Untuk makluman kalian, saya juga merupakan anak kepada seorang bekas tentera dan saya rasa berbangga kerana menjadi anak kepada bekas tentera ! Huhu

Sekian sahaja.

Byee XD

Takziah kepada wira-2 yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka di tempatkan di kalangan orang-2 yang beriman dan akan mendapat ganjaran daripada Nya atas pengorbanan mereka itu. :) 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

March 3, 2013

Kek Batik made by my self :)

Yuhuuuu ~
Cik Wafy kembali. Hihihi.
Rasa macam dah lama tak update yang best best kann.
Okayy now nak share sesuatu.

Actually dah lama dan ada niat nak buat kek batik sendiri sebab dah lama tak makan.
So Fy cakap lah kat mama, mama kata nanti lah tunggu pergi beli barang-2 dulu kan.
Jadi pada hari jumaat yang lepas, mama nak beli barang dapur dia suruh lah Fy ambil sekali apa bahan2 nak buat kek batik neh.

Jadi bila dah ada barang2 semua, hati pulak rasa malas nak buat.
Di pendekkan cerita, hari ini, Fy macam gaduh2 sikit dengn FF.
So mood Fy macam bengong2 sikit jadi Fy ambil keputusan nak buat hari nieh lah kek batik tu.
Saja nak melepaskan perasaan dan nak melupakan sengketa yang terjadi.

Dah siap Fy tweet lah dekat twitter,
Ada pulak dua orang kawan Fy tanya resipi and cara nak buat macam mana.
Alahai penat Fy explain kat twitter tu, entah diorang paham ke tak.
Jadi untuk memudahkan apa kata Fy explain kat sini. 
Kan senang? Lebih mudah di fahami :)

Mula - mula , sediakan bahan-2 nya ,

Satu paket biskut marrie. 
Satu paket kecil milo.
Satu ketul buttercup.
Setengah tin susu pekat manis.

Biskut marrie tu ikut lah banyak mana korang nak guna. Tapi Fy rasa setengah paket dah cukup. Korang patah2 kan kepada empat bahagian. Kalau nak guna semua biskut marrie tu Fy nasihatkan lebihkan milo, susu, and buttercup tu yer. Takut nanti bila kek dah siap rasa biskut je lebih.

Okay now, cara-2 nak buatnya pulaa. Mudah dan senang.

Mula-2 cairkan buttercup dalam periuk.
Kemudian masukkan setengah tin susu tadi, kacau sehingga sebati.
Masukkan milo satu paket. 
Sambil tu korang still kena kacau laju-2 sbb takut milo tu jadi berketul - ketul.
Dah kacau, and agak2 dah pekat dan sebati, tutup api then tuangkan ke atas biskut marrie tadi.
Ratakan milo tadi, tunggu sehingga sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.


Dan akhirnya ,
Ini lah hasilnyaa ~


Tadaaa ~
Haha. Nampak macam tak berapa lawa kann
Tapi takpelahh,
Kira nampak jugak lah bentuk kek batiknyaa.
Huhuhu.

Okaylah kawan2. Selamat mencubaa !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi