♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: May 2016

May 31, 2016

I am still have my MAN

Alright, continue with the next entry.
Sementara masih ada mood nak menaip menaip dan karang ayat ni, adalah lebih baik aku selit je semua benda yang aku nak selit. Kalau stop entah2 bulan depan pulak baru aku buka blog ni hehee.

Okayy seperti tajuk di atas, kali ni nak masuk mood jiwang hehehee.


Sayanggggg !
It has been 2 years I've know youuu !
Sumpahh rasa macam sekejap sangat masa berlalu.
Last-2 perempuan yang awak kata kerek ni laa yang masih setia kekal disisi awak kann hahahahaha
*bangga sikit :p

Muhamad Ashraf Naif,
Ingat lagi tak, dari awal kita kenal saya suka komplen macam-2 pasal awak kan. Ada je benda tak puas hati, ada je benda tak kena. Semua nak ikut kehendak saya dan saya tahu awak bukanlaa jenis yang suka jugak nak layankan kehendak saya ni. Siaa siaa je saya merajuk hahaha.
Tapi sebenarnyaa, saya sedar dan saya sangat sangat tahu, sepanjang kita kenal ni, awak dah banyak berubah. Diam tak diam sikit demi sikit awak banyak berubah ikut kehendak saya. Awak mula jadi diri awak, dan awak mula jadi macam mana yang selalu saya nak. Awak sedar tak tu semua? Sebab tu hari demi hari saya makin selesa sangat sangat dengan awak.
Awak rasa tak macam mana saya rasa?

Gaduh tu normal la kan. Saya tahu. Dan saya rasa saya sangat sangat lah bertuah dapat awak ni sebab kita jarang sangat gaduh. Rasa macam boleh dikira dengan jari. Saya tahu saya ni overacting kan, macam awak selalu cakapla saya ni kan kadang-2 over, tak jaga kelakuan laa apa laa itu laa ini laaa sampaikan awak dah boleh agak kan tindakan refleks saya kalau saya hilang kawalan hahahaha tapi awak tahu macam mana nak handle saya, sebab tu saya sayang awak sangat sangat.
Awak tahu tak tu?

Tipula kalau saya tak pernah fikir, macam mana laa kalau saya dengan awak dah tak ada apa apa hubungan lagi. Macam mana laa agaknya kita kan? Sebab saya rasa macam kita dah terlalu selesa bersama. Macam yang awak selalu cakaplaa, kita ni dah tahap wajib kawenn ni hahahaa. Tapi tu laa, sayee kalau boleh nak awak hari hari rasa yang saye ni sangat sangattt laa sayang awak. Memang tak nak orang lain dah. Tapi saya tak pandai tunjuk dan saya tahu kadang-2 saya susah nak buat awak faham dan awak pun susah nak faham apa sayee nak kan. hmmm

Kadang-2 pun saya fikir, apa laa yang selalu awak fikir pasal saye kan? Yelaa awak tu bukan suke sangat tunjuk perasaan kat saye, kadang-2 saye pun tertanya tanya macam mana laa saye nak selami dan menyelami hati awak tuu hahaha. Sebabnyee asyik sayaa jee yang terlebih tunjuk perasaan. Kadang-2 rasa macam perasan sorang-2 pun adaa. Tapi saya tak pernah tak yakin yang awak memang sayangkan saya. Dari dulu sehingga ke saat ini , saya yakin tauuu :D

Awak,
Nak tahu tak, kita kan tiap-2 malam gayut kann.
Kan pernah sesekali awak persoalkan, awak pelik kenapa perlunyaa setiap hari setiap malam kita borak lama-2 tu padahal kadang-2 takde apa yang nak diborakkan pun kan. Benda yang sama je cakap. Betul, saya setuju untuk perkara tersebut. Dan saya tak pernah nak paksa pun awak. Benda tu kalau awak sedar laa, dia sebenarnya dah jadi kebiasaan untuk kita. Bukan kita sama sama paksa diri untuk kekalkan benda tu. Dan saya harap awak faham, saya tak kisah kalau awak tak nak teruskan. Saya taknak awak rasa penat, bosan. Buat ikut kehendak hai sendiri okayy?

Dan, awak nak tahu tak,
Moment yang paling saya suka bila kita borak lama-2 dalam fon adalah bila awak ada macam-2 cerita yang awak nak share dengan saya, ataupun awak ada rancangan masa depan yang hebat yang awak nak kongsikan dengan saya, atau pun awak nak cerita pasal angan-2 awak tu dengan saya, hahaha. Seriuss memang masa tu laa yang paling sayee suka. Sebab apa? Sebab bukan senang awak nak cakap banyak. Selalu asyik sayee jee bebel macam-2 tanya itu ini. Sebab tu jugaklaa kadang-2 sambil-2 dengar awak punyaa cerita tu pun saya boleh terlelap satt dalam 5 saat hahaha maaf sayanggg :p

Dan untuk tahun yang terakhir adalah tahun yang paling-2 saya happy bila dengan awak.
Sangatt sangatt happyyyyy.
Sangattt sangatttt.
Jangan tanya kenapa tapi memang saya sangat sangat happyy.
Saya rasa macam saya dekat sangat dengan awak. Lagi-2 masa last sem kita haritu.
Saya tak tahulaa kalau awak ada plan ke apa ke tapi memang saya dapat rasa yang sem last ni awak sangat banyak berikan saya kenangan sebab awak ingat tak dulu saya pernah mengadu kat awak, saya sendiri tak tahu apa yang patut saya buat dengan awak untuk tinggalkan kenangan indah kita kat melaka masa tu.
Tapi sekarang akhirnya, saya tak buat semua tu dan saya tak rancang semua tu, diam tak diam awak yang dah beri saya semua kenangan indah awak dengan saya. Padahal kita tak buat apa apa yang menarik pun kan?
Untuk itu, berjuta juta terima kasih saya nak ucap untuk awak sayangg.
Terima kasih sangat sangat :)

Saya tahu, awak dan saya betul-2 serius untuk hubungan ni.
Dan akhirnya tak sangka kita pun dah sama sama tamatkan usaha kita selama ni.
Cuma mungkin saya ada sikit terkilan sebab awak masih akan kekal jauh dengan sayee.
Dulu saye selalu fikir, haa takpee kita dekat, selangor jugak, tapi last-2 bila awak bagitahu awak nak sambung degree, sumpahh sayangg, saye happyy sangatt at least awak dah ubah fikiran and awak nak sambung belajar. Tapi apa yang membuatkan sayee kecewaa sikittttt, sikittt je k, bila awak kata awak nak sambung kuim. Haa masa tu macam, ohh okayy takpelaaa. Itu pilihan awak dan saya hormat keputusan awak. Dan apa pun rancangan bersama kita lepas ni In Shaa Allah semoga dipermudahkan okayy sayanggg ;)

Ermmm apaa lagi ehh nakk taipp? ahahaha ni semuaa sebab whatsapp dengan awak laa ni. Kejap-2 stop kejap-2 stop ayat pun dah macam hapee jee. Baru nak masukk mood romantik-2 sebenarnyaa tapi tak jadi nampaknyaa hahaha takpelaa next timeee.
Cumaa saya harap awak faham dengan apa yang saye nak luahkan ni.
Actuallyyy banyakk lagiii eee tapi sumpah saya dah mati akal dah ni.
Nanti laa saye sambungg ehh hihihihi.


Apaa apaa pun terima kasih untuk semua kenangann.
Saya sayang awak tauu :*

Sincerelyy,
Your future Adilla :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Diploma DONE ~

Assalamualaikum ~
Yuhuuuuu ~
Kembali lagiiiiii ~
Hahahahaha, macam biasalah kalau dah ada aku update kat blog buruk aku ni maknanyaa aku sedang bersenang lenang bercuti panjang laa kat rumah ni hehehee ,
Ehh opsss opss maaf ! Lupaaa, kali ni bukan cuti panjang tapi cuti selama lamanyaaa ,
Haaaa haa kenapaa?
Yeaaahhhhh seperti tajuk yang tertera di atas, 
finally !



I'M DONE WITH MY DIPLOMA !!!!!!
Hooorayyyyy !!!
Hahahah

Ehh actually statement ni lagi layak sebut bila dah grad kan,
Ini baru habis final sem last je pun, result pun atas angin lagi tak tahu apaacitaaa .
Hahahaha,
Tapi tak apalaa, In Shaa Allah everythings goes well right?
Buat masa ni kita enjoy dengan kegembiraan yang dah habis belajar ni, hehehee.

Alright, so first of all of course cerita ni yang aku nak kongsikan,
cerita yang finally, setelah hampir tiga tahun berjuang, berusaha, berpenat, berlelah dan bermacam macam ber lagi hahaha akhirnyaa tamat sudah perjuangan aku untuk segulung diploma ni. Ehh ada ke ayat tu?? Ahh bantai jee laaa. Huhuhu.
Rasa macam tak sangka, rasa macam tak percaya jugak sebenarnyaa bila dah habis ni. Nak nak lagi sekarang ni kat rumah aku rasa macam aku tengah dalam mood cuti sem je hahaha
Padahal masa still kat kolej nak final masa final haritu takk sabarr gilaa nak habiss.
Bila dah habis tak sangka pulak. Tapi takdelaa sampai dalam hati rasa macam nak kembali lagi ke KUIM tuuu. Eheeeeee ~

Well, actually, sekarang, dah habis belajar ni, tak tahu pulaa nak buat apa.
Ikutkan hati, memang 80% daripadanyaa nak sangat sambung degree lagi. Tapi kalau boleh nak ke IPTA laa kononnyaa. Cuma sementara tunggu nasib nak sambung degree ni tak tahu nak buat apaa. Yeahh sebenarnya bukan tak tahu, dah sah sah laa orang akan cakap kerja, kerja dan kerja laa kan. Tapi ini lah masalah NUR ADILLA WAFI ! Dahh biasa sangatt tak pernah kerjaa haa apa lagi dahh habis belajaa camni memang malass gilaa lah kan. Ehh japp ! Sebenarnya aku bukan malas nak kerja. Aku sukaa nak kerja. Tapi part nak mencariiii tu sebenarnyaa yang malasss. Ermmm

Okayy abaikan lah dengan apa perancangan hidup aku tu kejap.
Kita berbalik kepada tajuk diplona aku yang done ni. Ecewahhhh
Jika di throwback kembali, wahhh gituuu hahahah,
Jadi jika di throwback kembali tiga tahun yang lalu sebelum aku melangkah kaki ke Kolej Universiti Islam Melaka ni hmm memang boleh dikatakan kisah sedih betul lahh dalam hidup hahaha.
Bukan apaa, hati memang bermatian tak relaa nak masuk KUIM masa tu.
Macam terpaksaa pun adaa tapi tak adalah kena paksa sangat. Sedikit sebanyak aku redha gak laa masa tu huhuu.
Cuma nak sesuaikan dengan environment tu memang agak peritt dan ambil masa sikit laa sampai aku rasa bila dah nak habis ni pun aku masih tak faham dan tak kena dengan jiwa aku.
Maybee thts whyy laa kalau boleh sekuat hati aku taknak sambung dekat KUIM dah.
Bukan laa aku tolak mentah-2. Maksudnyaa jika diberi pilihan lain aku nak pilih yang lain dulu.
Tapi kalau dah jodoh aku dengan KUIM lagi kee lepass ni sape tahu kann.
Aku redhaa jugaklaa macam tiga tahun lepas hahaaha.

Tapi aku juga tak nafikan,
di bumi KUIM, macam-2 yang telah aku pelajari.
Boleh dikatakan jatuh bangun hidup aku juga banyak terjadi di KUIM ni dan aku banyak belajar semua benda disini.
Sebabtulaaa, masa last dayy nak balik sebelum keluarnyaa dari pagar KUIM tu, sebab gak laa hati. Entahh kenapaaa ~~
Susah nak describe apa yang dah aku dapat sepanjang dikuim ni. Macam-2 pengalaman dan aku yakin semua pengalaman, semua perkara yang dah aku lalui di bumi kuim ni, akan dapat aku gunakan untuk masa depan dan juga untuk diri aku sendiri jugak.
Mudah mudahan In Shaa Allah.

Jadi, sekarang hanyalah masa untuk aku menunggu hari konvokesyenn!
Yeahh finally kan.
Even baru diploma jee punn.
Tapi kita rasa bangga sebab kita selesaikan dengan usaha kita sendiri

In Shaa Allah, ada rezeki nak sambung degree.
Itulah cita cita yang seterusnya.

:)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi