♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: August 2016

August 30, 2016

Konvokesyen - Officially Graduated !

Assalamualaikum.

Straight to the point je untuk cerita kali ni.
Alhamdulillah, pada 27 OGOS 2016 yang lalu, aku telah pun bergelar Graduan Kolej Universiti Islam Melaka. Aku dah konvooo !!! Hahahaha. 


Alhamdulillah. Telah mendapat Diploma dalam Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia. Walaupun cuma sekadar diploma, tapi aku tetap bangga sebab penat lelah selama 3 tahun tidak sia sia. Banyak yang dilalui. Banyak juga cabaran yang diharungi untuk sampai ke akhirnya. And finally, I make it !


Tak mau cerita panjang-2 tapi wajiblah aku berterima kasih kepada dua insan yang di atas ni yang telah berpenat lelah mencari rezeki, mengerah tenaga,  menyara keperluan, kehendak dan segala-galanya. Mungkin ini cuma kejayaan kecil yang diberikan tapi satu yang aku harap, aku harap diorang tetap bangga sebab aku mampu habiskannya. In Shaa Allah akan aku berikan kejayaan yang seterusnya pula. :)



Antara sahabat-2 yang masih setia dari semester pertama hingga kini. Nak cakap banyak-2 kat sini pun takyah lah sebab aku dah buat karangan panjang-2 kat instagram kan. Hahaha jadi aku cuma nak abadikan kenangan bersama korang disini. Terima kasih untuk setiap kenangan yang tercipta yaaa. :)


And lastly haruslah jugak ada gambar dengan boyfriend sebelah ni. Hahaha awak pun salah satu kenangan terindah sepanjang perjalanan diploma saya. Kalau kita tak masuk KUIM, tak dapat kita nak konvo sama macam ni kan. Terima kasih jugak untuk semua kenangan indah yang diberi. All the best for your degree journey. Mana tahu ada rezeki dua tahun lagi saya akan datang lagi di Sri Negeri ni sambil bawa bunga masa awak konvo untuk degree awak. Hahahahaha !

Kesimpulannya, alhamdulillah. Oficially tamat sudah pengajian aku. In Shaa Allah perjalanan yang baru bakal bermula. 

Okay itu je. Otak ketandusan idea nak menyusun kata yang cantik-2. Sebab dah lama tak menaip mungkin. Hehehehe byeebyeee


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi