Aku mungkin bukan seseorang yang pandai meluahkan melalui kata kata kud?
Yee, mungkin aku banyak cakap, aku sering berkata kata.
Tapi untuk sesuatu perkara, berkata kata bukan lah kepakaran aku.
Mungkin aku lebih selesa meluahkannya melalui penulisan?
Aku seorang yang sukar difahami.
Mungkin betul.
Aku seorang yang banyak kerenah.
Mungkin juga betul.
Dan aku seorang yang ingin setiap kemahuan aku dituruti.
Mungkin juga betul.
Mungkin dia lupa.
Pada suatu ketika aku pernah menyatakannya.
Mungkin dia lupa.
Pada suatu ketika aku pernah mengingatkannya.
Dan sekarang, jika perkara itu tidak terjadi, siapa yang perlu dipersalahkan?
Aku tahu, diri aku tidak sebaik mana.
Setiap hari, mungkin setiap saat, aku tetap merasakan yang aku tidak layak.
Tapi, diri kita mestilah ada rasa ingin cuba jadi yang terbaik kan?
Aku cuba semampu yang aku boleh.
Aku tahu payah, tapi aku ingin mencuba.
Dan aku masih dalam proses mencuba.
Bila ingat pada permulaannya.
Aku sedih.
Sedih kenapa permulaan tersebut tak dapat diteruskan.
Sedih kenapa permulaan tersebut hilang.
Sedaya upaya aku cuba kekalkan.
Sedaya upaya aku cuba kembalikan.
Tapi ternyataa... aku tak mampu.
Mungkin ini dah takdirnya.
Nak menyesal?
Sesekali tidak.
Cuma kadang kadang rasa macam.... lebih baik aku undur diri.
Aku banyak mencetuskan masalah.
Aku banyak menimbulkan sengketa.
Aku tak layak mungkin.
Tapi salah ke kalau aku cuba nak dapat apa yang aku nak?
Salah ke aku cuba nak dia faham apa yang aku nak.
Kadang kadang semangat tu hilang.
Kadang kadang putus asa tu datang.
Tapi kenapa masih bertahan?
Semuanya soal sayang.
Kita terlalu banya beza.
Sangat banyak beza.
Dan perbezaan itu yang menyebabkan kita macam ni.
Masih dalam proses menyesuaikan diri.
Aku tetap cuba.
Cuba untuk memuaskan hati.
Cuba untuk menjadi apa yang dia nak.
Tapi dia tak tahu, kadangkala aku tersepit dengan keadaan.
Berkali kali aku kata, bukan mudah.
Dan sehingga kini, ianya memang payah.
Tapi aku tak pernah fikir aku nak kalah.
Aku tak tahu sama ada hanya aku yang rasa atau dia pun turut rasakan hal yang sama.
Antara kita, bagai ada tembok di tengah tengah.
Bila nak luahkan, rasa macam ada yang tersekat.
Bila nak lakukan, bagai ada yang menghalang.
Kenapa?
Ke aku je yang perasan sendiri?
Inilah sebab kenapa aku tak meluahkan.
Takut dia hanya fikir aku bermain dengan perasaan.
Mungkin aku terlalu banyak memikirkan hal hal yang remeh.
Tapi kenapa aku jadi macam ni?
Semuanya adalah kerana pengalaman.
Pengalaman banyak mengajar aku.
Terlalu banyak.
Mungkin keadaan kita berbeza.
Mungkin situasi yang kita alami tak sama.
Dan itulah yang membezakan kita.
Kenapa aku tak suarakan.
Kenapa aku diam.
Itu semua sebab aku tak nak dia fikir yang bukan bukan.
Setiap apa yang terjadi akan mematangkan diri.
Ini sesuatu yang baru.
Dan aku perlu lalui.
Moga ada harapan di penghujungnya nanti.
Sebab aku sendiri takut, aku tak mampu nak laluinya lagi.
Satu je.
Kalau aku tak sayang, dah lama aku tinggalkan.