♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫

November 3, 2013

Saya bukan lagi blogger amatur.

Assalamualaikum...

Sebenarnya tak plan nak taip entry hari ini.
Cuma terasa rindu menjengah blog.
Kalau dahulu mungkin saya seorang blogger yang tegar mengupdate setiap hari.
Tapi kini tidak lagi.

Rakan2 yang selalu follow blog Fy since Fy mula berjinak jinak dengan dunia blogger ni mesti tahu.
Fy mula blogging dari form 2, masa tu bukan blog ni, tapi blog lama.
Blog lama tu memang bermakna sangat.
Blog tu menjadi saksi, menjadi diari perjalanan hidup Fy.
Tapi malangnya bila masuk asrama, BRIOVS tahun 2011 , masa Fy form 4, blog tu macam terabai sikit sbb Fy dah duduk asrama.
Even tak selalu update tapi setiap kali Fy balik, Fy takkan lupa utk cerita saat2 Fy di asrama.

Malang tidak berbau.
Disebabkan satu demi satu insiden, disebabkan kedengkian orang, disebabkan perasaan tidak puas hati seorang hamba Allah , maka blog lama tu hilang begitu sahaja.
Masa tu memang rasa nak marah, nak menjerit.
Disebabkan mereka Fy terpaksa kuburkan kenangan Fy.
Disebabkan mereka Fy hilang catatan hidup Fy.
Apa lagi kenangan yang tinggal?
TAK ADA.
NOTHING.

Macam yang kita sendiri pernah dengar.
Hilang yang lama mungkin akan dapat yang baru. Tetapi yang baru belum tentu sama dengan yang lama.
Kann?
Memang betul sangat.
Fy rindukan blog lama Fy.
Macam2 cerita ada kat situ.
Segala kenangan pahit manis hidup Fy tercatat di situ.
Sebabtu lah, sekarang, walaupun ada blog ni, tapi Fy tetap tak boleh jadi serancak dulu.

Hurmm, 
Jadi secara kesimpulannya.
Saya bukan lagi blogger amatur yang rancak bercerita seperti dulu.
Kadang2 kawan2 lama selalu tanya kenapa dh lama tak update blog.
Fy tak ada jawapan utk itu.
Bakat utk menulis seperti dulu mungkin dh hilang.

Tak mungkin Fy akan lupa peristiwa yg menyebabkan Fy hilang semua kegembiraan dan kebebasan yg Fy ada dulu.
Fy hanya mampu memendam rasa.
Bila ingat balik, sakit hati, sedih hanya Tuhan yang memahami.

Maaf kawan-2 kalau saya dh tak boleh bercerita serancak dulu.
Jari dan minda seakan akan kekok utk bercerita.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

October 25, 2013

It's begin !

Assalamualaikum .

Whoaaa hyee huyyy hoyyyy !!!
Finally yeahh finally !
First semester was OVER !!!
Yeayyy !
Hahahaha ,
*over excited kan,

Cepat sungguh masa berlalu.
Tak sangka Fy dah habis semester yang pertama.
Rasa macam baru bulan lepas masuk kolej ,
hahaha 
*klise gila kan ayat?

Seriously ,
Masa final exam haritu punya lah menghitung hari , detik demi detik *nyanyi ,
Haaaa kan akhirnya habis juga kesemua paper ,
Yepeeee !
Now I'm at home ,
Its a holidayyy !
Wuhuuu.
Kegembiraannya memang gembira tahap maksima.
Maklumlah cuti sebulan.
Lama tuuu.

Hurmm perancangan masa cuti ni ?
Ermm ermm , rehat-2 dulu kat rumah , makan , tengok tv , tidur , makan tengok tv tidur , haaaa tu lah perancangannya .
Ohh lagi satu , menghabiskan sisa sisa duit baki ptptpn yang hadooo .
Haa nampak tak? Bagus kan perancangannya ? Hahaha ,
Kalau kerja memang diluar perancangan sbb tak berminat pun nak kerja .
Rasa mcm cuti ni nak bersantai santai di rumah menikmati cuti yang ada sebelum masuk kolej balik utk semester yang kedua .

Haaa apa lagi eayy?
Ohh nampak blog ni macam ada cacat cela kan?
Macam err macam errr hishh entah memang macam ada yang tak kena .
So dalam masa cuti ni , insyaallah blog ni akan direnovate sedikit demi sedkit.
So utk entry kali ni , mukadimah je .
Cukup lah tu eayy .
Lepas lepas ni ada berlambak dan berbagai bagai lagi cerita , 
ehehe ,

Babaaiiii !



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

September 28, 2013

Final Exam !

Assalamualaikum , hai hai haiiiiiii ~
Saja suka suka nak update sementara ada masa dan kesempatan ni kan.
Okayy tajuk utama kita ialah FINAL EXAM .
Yeahhh itulah dia tajuk besar yang sedang menyelubungi diri Fy sekarang.

Biasalah, sedar tak sedar dh nak habis sem dah Fy kat KUIM tu,
Sem kali ni short sem, sbb tu rasa macam awal habis.
Sepatutnya bulan 12 tapi di awalkan ke bulan 10.
Fuhhh kelam kabut lah nak pick up semua tajuk.

Final exam mula 7 oktober dan berakhir 22 oktober.
Fy ada 7 subjek kesemuanya.
Dan sejujur jujurnya, Fy tak ready dan tak tahu bila nak ready !
Goshhh !
Tak lama je lagi kud.
Seminggu je tinggal. Next week study week then start final.
Serius debaran dia lain daripada masa nak ambil UPSR, PMR and SPM dulu.
Debaran dia kali ni lagi besar dari yang sebelumnya.
Banyak faktor-2 yang perlu difikirkan , jadi nak tak nak memang kena buat sehabis baik .
Kalau tidak, hancur musnah lah harapan Fy .

Ni pertama kali. Ini first sem.
First sem ni lah kalau boleh kena dapatkan dekan sebab subjek semua basic2 je.
Tapi, hurmm rasa macam payah sangat.
Buat masa ni Fy cuma nak jaga pointer utk ptptn dulu.
Kalau pointer jatuh, habislah ptptpn kena tarik.
Kalau dh kena tarik, celah mana nak cekau duit bayauu yuran beribu tu.
Haihh payah-2.
Itulah perkara utama yang harus difikirkan. Dekan tak dekan buat masa ni tak nak target.
\Kalau dapat alhamdulillah.

Macam mana lah nak ambil exam kalau diri sendiri rasa tak ready.
Subjek2 nya lagi.
Haihh tak tahu lah nak mula study macam mana.
Insyaallah, akan sedaya upaya diusahakan semampu boleh
Wish me luck kawan2 !
Tak sabar nak habis sem, tak sabar nak lepak lepak kat rumah
Hihihihi

okayy lah. Byebyee :)

p/s: Tadi tengok cerita Lagenda Budak Hostel. Seriously rindu gila asrama , sekolah. Tak tahu nak cakap macam mana tapi asrama dan sekolah dua tahun memang memberi kenangan yang begitu bermakna dalam hidup. Antara kisah baik dengan kisah jahat, of cos jahat lah banyak. Siapa tak tahu kisah Fy kena mengadap HEM , buang asrama. Hehehe, Sangat kelakar bila ingat balik. And it was amazing memories that I ever had. :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi