♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫

August 2, 2014

Semuanya ada pada diri.

Tak mudah jika berbicara soal hati.
Tak mudah jika mahu mengendalikan hati.
Tak mudah jika mahu bermain dengan hati.
Dan segalanya tidak mudah jika kita tidak berhati hati berkenaan dengan hati.

Kadangkala sukar untuk buat orang lain faham sesuatu yang kita rasai.
Mustahil untuk orang lain fahami mungkin?
Dan sangat tidak mudah jika orang lain tidak memahami.
Hanya hati sendiri yang faham betapa berat, sakit, dan payahnya untuk menanggung semua yang dirasai sendirian.
Betul.
Kemungkinan ada yang memahami, tetapi tetap mereka tidak merasai.
Kalau lah boleh rasa hati ini dikongsi, dah lama aku buat.
Kalau lah boleh rasa hati ini difahami, dah lama aku buat.
Tapi, mustahil kan?

Kadang kadang apa yang kita buat, kita rasa betul, tetapi tidak pada orang lain.
Kadang kadang apa yang kita buat, kita rasa salah, tetapi tidak pada orang lain.
Sukarnya nak menyimpan segala yang terpendam.
Sukarnya nak menerangkan segala yang dirasa.

Bila kita berani mengambil risiko akan sesuatu, itu bermaksud kita berani untuk menempuh segala yang terjadi kan?
Jadi perlu ke ada perkataan menyesal dalam hidup kita?
Tak kan?
Betul, setiap sesuatu yang terjadi itu telah ditentukan, telah ditakdirkan.
Tapi Tuhan tetap beri kita peluang untuk mencorakkan hidup kita.
Kita masih boleh merancang akan sesuatu.
Keputusannya, baru lah berserah kepada - Nya.

Kadangkala dalam hidup kita ni, kita jangan terlalu leka untuk menjaga hati manusia.
Betul, tak semua hati dapat di jaga.
Dan tak semua hati dapat dipuaskan.
Tapi kita boleh cuba untuk menjaga sebaik mungkin.
Jangan terlalu memandang remeh akan sesuatu perkara.
Sebab yang sekecil kecil hal tu lah yang akan jadi besar kalau tidak dijaga.

Kadang kadang dalam hidup ni kita nak dapatkan apa yang kita nak.
Kita usaha dapatkan apa yang kita nak.
Tapi kalau kita tak dapat?
Sedarlah, mungkin ada hikmahnya.
Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat.
Dan tak semua benda yang kita tak nak, kita tak suka, bukan yang terbaik untuk kita.
Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya.



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

SELAMAT HARI RAYA !

Assalamualaikum ,
Ehemm ehemmm ,
Wahhh lamaa gilaaa meninggalkan laman sesawang ni, 
Ehehe, busy laa kononnyaa,
Padahal selalu je terfikir nak bukak blog ni, tapi tak terbukak, sebab, rasa macam dah tak reti nak hupdatee hupdatee story mory panjang lebauu macam dulu.
Bakat semakin hilang.
Hilang laa sebab tak di asah, yee dokk?
Hihihi.
Ni pun bukak sbb hati ni terasa sangat sangat nak berbicara menggunakan jari.
Sebab?
Sebab tahu diri ini tak berapa nak cerdik dalam berkata kata.
Tapi tu semua tunggu dalam next post yeee !

Okayyy sekarang masih dalam mood HARI RAYA,
Jadi SELAMAT HARI RAYA uollssss !
Kihkihkih.
Tahun ni aku beraya nun jauh di tanah kelahiran.
Manaa lagi, Aloq Staq, Kedah laaa.
Alaa setiap tahun destinasi aku sama jaaa,
Tak Kedah, Penang. Tak Penang, Kedah.
Duk ulang alik dua negeri ni je laa pun.
Dah besaq besaq ni suasana rayaa pun macam tak raya kann?
Tak rasa semeriah masa zaman kanak kanak dulu.
Dalam hal ini aku tak tahu laa mana satu faktor yang menyebabkan kemeriahan tidak dirasai.
Sama ada faktor aku ni dah besaq, atau hari raya ni memang makin lama makin tak best.
Korang rasa mana satu ekk?

Jadi tanpa membuang masa, dan membuang apa sahaja, ermm aku tak tahu nak kata apa dah.
Cuti raya semakin habis.
Hari ni dah hari sabtu.
Dari zaman asrama dulu, kalau hari ahad, ready laa utk balik.
Kalau dulu balik Sungai Buloh, sekarang Melaka laa destinasinya.
Pulang meneruskan perjuangan menuntut ilmu.
Rasa tak sabaq sangat nak habiskan lagi dua tahun.
Terasa lamaa gilaaa ni.
Tak sanggup dah rasa.
Tapi tetap tak boleh berputus asa kan?
Jadi cukup lah setakat ini sahaja.
Baibaiiiii ~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

July 11, 2014

New Semester

Assalamualaikum ,
Phewwww ~
Setelah sekian lama meninggalkan dan ditinggalkan ,
Akhirnya baru berkesempatan kembali ,
Ehemm biasalah , kesibukan menghimpit , huhuuu .
Kalau dulu boleh laa nak bersenang lenang depan blog ni ,
Blog ni pun updatee je manjangg ,
Tapi sekarang tak laa kan ,
Ada kekangan yang menghimpit .

Ahaaa pejam celik pejam celik pejam celik , aku dah pun melangkah ke semester yang ketiga .
Alhamdulillah , pointer sem depan tak begitu mengecewakan , malah tak di sangka pun sebenarnya .
Walaupun tak sebagus mana, tapi alhamdulillah , aku dah cukup bersyukur dan sangat sangat berpuas hati.
Yang penting dapat melangkah untuk meneruskan perjalanan yang masih tinggal lebih kurang dua tahun lagi.
Ermm sem ni pun boleh tahan laa subjek dia memeningkan kepala otakk ,
Alaaa ekceli setiap sem aku rasa subjek dia mmg memeningkan kepala otak aku.
Maklum lah benda baru kan.
Tapi inshaallah, selagi ada peluang, akan terus mencuba dan mencuba untuk memahami.

Ermm lepas tu apa ekk , ermmm haaa entah laaa , hahaa
Kehabisan bicara , kehilangan kata kata pulaa rasa ,
maklumlaa dah lama tak bermadah pujangga .
Okayy kesimpulannya sem ni mmang dah banyak berubah laaa ,
Dan aku harap diri aku pun berubah jugak laaa.
Berubah dari kurang rajin kepada rajinn sangattt , hehee


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi