♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫

March 3, 2013

Kek Batik made by my self :)

Yuhuuuu ~
Cik Wafy kembali. Hihihi.
Rasa macam dah lama tak update yang best best kann.
Okayy now nak share sesuatu.

Actually dah lama dan ada niat nak buat kek batik sendiri sebab dah lama tak makan.
So Fy cakap lah kat mama, mama kata nanti lah tunggu pergi beli barang-2 dulu kan.
Jadi pada hari jumaat yang lepas, mama nak beli barang dapur dia suruh lah Fy ambil sekali apa bahan2 nak buat kek batik neh.

Jadi bila dah ada barang2 semua, hati pulak rasa malas nak buat.
Di pendekkan cerita, hari ini, Fy macam gaduh2 sikit dengn FF.
So mood Fy macam bengong2 sikit jadi Fy ambil keputusan nak buat hari nieh lah kek batik tu.
Saja nak melepaskan perasaan dan nak melupakan sengketa yang terjadi.

Dah siap Fy tweet lah dekat twitter,
Ada pulak dua orang kawan Fy tanya resipi and cara nak buat macam mana.
Alahai penat Fy explain kat twitter tu, entah diorang paham ke tak.
Jadi untuk memudahkan apa kata Fy explain kat sini. 
Kan senang? Lebih mudah di fahami :)

Mula - mula , sediakan bahan-2 nya ,

Satu paket biskut marrie. 
Satu paket kecil milo.
Satu ketul buttercup.
Setengah tin susu pekat manis.

Biskut marrie tu ikut lah banyak mana korang nak guna. Tapi Fy rasa setengah paket dah cukup. Korang patah2 kan kepada empat bahagian. Kalau nak guna semua biskut marrie tu Fy nasihatkan lebihkan milo, susu, and buttercup tu yer. Takut nanti bila kek dah siap rasa biskut je lebih.

Okay now, cara-2 nak buatnya pulaa. Mudah dan senang.

Mula-2 cairkan buttercup dalam periuk.
Kemudian masukkan setengah tin susu tadi, kacau sehingga sebati.
Masukkan milo satu paket. 
Sambil tu korang still kena kacau laju-2 sbb takut milo tu jadi berketul - ketul.
Dah kacau, and agak2 dah pekat dan sebati, tutup api then tuangkan ke atas biskut marrie tadi.
Ratakan milo tadi, tunggu sehingga sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.


Dan akhirnya ,
Ini lah hasilnyaa ~


Tadaaa ~
Haha. Nampak macam tak berapa lawa kann
Tapi takpelahh,
Kira nampak jugak lah bentuk kek batiknyaa.
Huhuhu.

Okaylah kawan2. Selamat mencubaa !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 27, 2013

Kenangan lagi - Binaan Bangunan

Heyy yoww !
Sekarang pukul 11.45 minit malam.
Saya sedang menunggu panggilan daripada MFF tersayang. Hihihi.
Sambil-2 menunggu, tak tahu nak buat apa, then terfikir nak hiasi blog Fy dengan gambar-2 yg meninggalkan kenangan ni.
Actually ada banyak, tapi kita buat one by one okayy?

So now, nak tayang gambar-2 ex course Fy.
Even form 5 ada yang dah masuk SSV, tapi time MPAV still jumpa jugak,
Ohh sebelum terlupa,
Gambar ini kebanyakannya masa form 4,
Form 5 jarang ambil gambar sbb busy study.
Cewahh XD















THE END.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 19, 2013

Bila lelaki jatuh CINTA.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan salam satu Malaysiaaa !
Huhuhu ,

Hari ni tak ada mood nak sambung bab 4, 
Jadi Fy nak update pasal benda lain.
Tadi Fy menjelajah ke blog2 untuk mencari sesuatu yang boleh di kongsi.
Dan Fy tertarik untuk berkongsi tentang ini ,

Tanda - tanda lelaki jatuh cinta .

Haaa mesti ada yang nak tahu macam mana bila lelaki dah putus cinta kan .
Jadi Fy pun cari cari dan ketemu lah dengan ini.
Ini lah serba sedikit tanda tanda lelaki jatuh CINTA ,

Silakan baca ,

  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

  • Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. 

    HARGAILAH MEREKA :)




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi