♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫

July 11, 2014

New Semester

Assalamualaikum ,
Phewwww ~
Setelah sekian lama meninggalkan dan ditinggalkan ,
Akhirnya baru berkesempatan kembali ,
Ehemm biasalah , kesibukan menghimpit , huhuuu .
Kalau dulu boleh laa nak bersenang lenang depan blog ni ,
Blog ni pun updatee je manjangg ,
Tapi sekarang tak laa kan ,
Ada kekangan yang menghimpit .

Ahaaa pejam celik pejam celik pejam celik , aku dah pun melangkah ke semester yang ketiga .
Alhamdulillah , pointer sem depan tak begitu mengecewakan , malah tak di sangka pun sebenarnya .
Walaupun tak sebagus mana, tapi alhamdulillah , aku dah cukup bersyukur dan sangat sangat berpuas hati.
Yang penting dapat melangkah untuk meneruskan perjalanan yang masih tinggal lebih kurang dua tahun lagi.
Ermm sem ni pun boleh tahan laa subjek dia memeningkan kepala otakk ,
Alaaa ekceli setiap sem aku rasa subjek dia mmg memeningkan kepala otak aku.
Maklum lah benda baru kan.
Tapi inshaallah, selagi ada peluang, akan terus mencuba dan mencuba untuk memahami.

Ermm lepas tu apa ekk , ermmm haaa entah laaa , hahaa
Kehabisan bicara , kehilangan kata kata pulaa rasa ,
maklumlaa dah lama tak bermadah pujangga .
Okayy kesimpulannya sem ni mmang dah banyak berubah laaa ,
Dan aku harap diri aku pun berubah jugak laaa.
Berubah dari kurang rajin kepada rajinn sangattt , hehee


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

May 27, 2014

Geng Toge Together.

Apakah yang dimaksudkan dengan tajuk di atas?
Okayyy tengok gambar dulu, kemudian akan dijelaskan apa kaitan.


















Dah tengok?
Cantikkan weeollssss,
Hahahaha ,

Jadi tajuk diberi adalah disebabkan sekeping gambar yang Amay post kat group whatsapp.
Gambar tu lebih kurang menjelaskan macam ni laaaa , 

Kalau 1 toge + banyak toge = TOGETHER.

Maka selaku admin group tu aku pun tukar laa nama group tu menjadi nama geng toge.
Nampaknya nama tu sangat serasi dengan kami.
Hihihi.

Okay jadi sebenarnya nak cerita, hari Ahad bersamaan dengan 25 MEI 2014 jumpa dengan diorang.
Kebetulan masa tu wedding kakak Dira.
Jadi plan punya plan punya plan akhirnyaa dapat jugaklaa ketemu sama mereka semua ni.
Sebelum ni kalau hang mana mana mesti akan tak cukup sorang.
Jadi pada hari kejadian nampaknya berjaya juga kumpulkan semua.

Mana taknya, sekarang ni masing2 dah ada haluan sendiri.
Susah nak kumpul sama sama dah.
Aku tak nafikan, aku rindu nak lepak macam kat sekolah dulu dengan diorang.
Banyak sangat kejadian demi kejadian yang kitorang lalui masa kat sekolah dulu.

Takdirnya kami cuma ditempatkan dalam satu dorm. Dan cuma setahun.
Tahun kedua ditakdirkan dorm dirombak dan kami dipecah pecahkan, tapi tetap tak menjejaskan persahabatan yang telah dibina.
Betul, dalam persahabatan pasti banyak sangat kepincangannya. Banyak sangat tragedinya.
Adakalanya marah, sedih, benci, bahagia, gembira.
Disebabkan semua rasa tu lah yang mendekatkan sebenarnya.
Itu semua rencah untuk menyedapkan rasa masakan dalam persahabatan ni.

Masing masing dah bawa haluan sendiri.

ZANA : Politeknik Nilai
MYRA : Politeknik Seberang Perai
DYRA : Politeknik Melaka
AMAY : Politeknik Sabak Bernam
IKA : Kolej Poly-Tech Mara
AMOY : Khabarnya sedang mempraktikkan diri untuk menjadi suri rumah sepenuh masa?
Hahaha.
Dan aku sendiri di KUIM, Melaka.

Itulah hala tuju rakan rakan seperjuangan aku.
Inshaallah. Masing masing akan berjaya mencapai cita cita dalam hidup.



Jauh disudut hati, masa jumpa korang masa makan sama sama haritu, masa Amay cakap "dah lama kita tak makan macam ni sama sama kann..." aku rasa sebak.
Aku rindu saat tu.
Saat kenakalan kita.
Dan dalam rindu aku akur, itu semua takkan kita lalui lagi.
Aku simpan kenangan dengan korang sebagai kenangan terindah aku.

Kadang2 aku terfikir, kita boleh lagi ke luangkan masa macam dulu?
Hahaha, pastinya takkan.
Keadaan dah jauh berbeza.

Jadi kesimpulannya, aku dah tak tahu nak huraikan macam mana.
Aku percaya, korang juga turut rasa apa yang aku rasakan?
Ianya tak mampu diluahkan melalui kata kata.
Biarlah hanya kita yang rasa kan.

Aku mengaku.
Aku sangat rindu nak lepak dengan korang semua macam dulu.
Sangat rindu.
Dan aku juga mengaku.
Even sekarang kalau kita lepak pun, dah takkan sama macam dulu.
Kerana saat dulu sangat sangat gembira hidup kita.

:)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Tiada tajuk.

Sebenarnya memang tak ada tajuk.
Dan tak ada perancangan pun nak tulis apa.
Dannn....

*ketuk-2 keyboard.... 15 minit berlalu...setelah puas fikir nak tulis apa...*

Dan masih tak ada idea.
Kenapa ehh?
Ha ah memang. Sejak masuk IPT ni akal ni macam ketandusan kata kata untuk berbicara.
Cewahhh. Macam la sebelum ni hebat sangat berkata - kata kan.
Hahaha.
Well , hmm memang betul pun.
Apa aku tulis eaa.
Dia macam ni tau, kalau ikutkan hati macam banyak benda yang boleh ditulis.
Tapi bila jari letak je atas keyboard ni, otak jadi blank.
Mana satu aku nak tulis? And dari mana aku nak mulaa?
Ahaaa feninggg feningggg ~

Hari ni dah masuk hari SELASA, 28 MEI 2014, jam 1:13 AM.
Aku tak tahu nak buat apa.
Puas mendongak siling. Nak tengok cicak, cicak tak ada.
Alahai ~
Yang sebenarnya baru habis layan cerita koreaa.
Ahaaa tu je la aktiviti aku sepanjang cuti yang dah nak hampir sebulan ni.
Apa boleh buat.
Menghabiskan borehhh yooo ~
Hahahaha, dan cuti pun semakin sampai ke penghujung.
Ada sisa sisa baki lebih kurang dua minggu je lagi.
Itu pun terasa lama gilaaaa woiii !
Memang laaa. Cuti kali ni betul2 rasa lama sangat.
Apesal eaa?
Sebab hati tertinggal kat kolej kud?
Ecececehhhh ~
hihihi.

Jadi, hurmmm yang sebenarnya aku rindu sekolah.
Sedang duduk termenung.
Then stalker sana stalker sini, aku rindu sangat sekolah.
Sekolah mana?
Ermm memang banyak sekolah aku tapi honestly, sejujurnya aku rindu SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SUNGAI BULOH je.
Walaupun sekarang dah jadi Kolej Vokasional kan. Tapi bagi aku tiada yang berubah.
Masih sama.
Rindu sangat lah sebenarnya.

Hurmmm,
Okay mati akal dah.
Tak tahu nak tulis apa.
Next post, aku tayang gambar je la.
Byeee ~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi