♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Apa yang di rasa .

February 7, 2013

Apa yang di rasa .


Assalamualaikum...

Sebenarnya, tak tahu apa yang ingin ditulis. 
Lama dah tak update kan?
Biasalah, ada masalah teknikal sikit.
Hihi. Jadi sebelum saya kembali aktif kembali, 
Saya post dulu entry yang dah lama tersimpan dalam draft,



Hmm ,pernah tak dengar ayat ini ,

“Tuhan akan temukan kita dengan orang yg salah dulu barulah kita akan temui orang yang betul…”

Persoalannya, adakah ini benar? Dan adakah ini yang aku lalui sekarang?
Astaghfirullah… tak sepatutnya aku mengandaikan sesuatu yang aku sendiri belum pasti kebenarannya.

Hidup tak seindah yang kita sangka, dan hidup juga tidak boleh menjadi indah seperti yang kita harapkan. Kenapa begitu? Sebabnya mudah. Allah tidak akan menciptakan manusia itu mempunyai perasaan jika Dia hanya ingin kita merasa keindahan dan kebahagiaan semata. Kann?

Kita juga tahu, Allah takkan memberikan ujian yang diluar kemampuan umatNya. Sepatutnya, setiap kali kita mendapat ujian yg diberikan olehNya, kita harus bersyukur kerana itu tandanya Allah sayang dan sentiasa ingat pada kita dan ingin kita menjadi lebih baik selepas kita melalui ujian yg diberikanNya.

Susahkan orang nak terima perubahan yg kita cuba lakukan. Lagi-2 kalau perubahan tersebut ke arah kebaikan? Dan lagi, kalau kita tak mendapat sokongan dari orang yg kita harap dapat menyokong kita utk perubahan yg kita cuba lakukan. 
Tentu hati ini begitu hampa rasanya.

Pelik. Jika seseorang itu ingin cuba utk berubah menjadi yg lebih baik. Seharusnya kita menyokong. Bukan meletakkan dia dalam keadaan serba salah di antara kemahuan sendiri dan orang lain. Patutlah ada yg tak sampai separuh jalan utk berubah, dah berhenti. Mungkin disebabkan factor-2 yang macam ini kut?

Tapi, iman dalam diri pun pentingkan? Kalaulah jadi hal-2 macam ni, sepatutnya kita sendirilah yg kena kuatkan diri kita utk menjauhi hasutan hasutan yg boleh membantutkan niat murni kita kan? Hmm, betul juga tu.

Susah kan kalau diri ini dah tersepit di tengah-2. Mana yg harus didahulukan dan mana yg harus diikut? Orang kata, kalau seseorang tu mengajak kita utk melakukan kemungkaran lebih dari kebaikan, bermaksud dia bukanlah insan yg layak utk kita damping. Betulkah?

“Bila Allah masih belum memakbulkan doa kita atau kita mendapat ujian yg bertimpa timpa, bermakna, ada ‘hutang’ yang telah menyekat doa kita utk dimakbulkan olehNya…”

Demi Allah, hari demi hari, hati ini sering kali terpanggil utk menjadi seorang muslimah yg lebih baik supaya hidup ini mendapat keredhaanNya. 

Namun, sering kali aku gagal utk menjadikan itu kenyataan. Sedih kerana terasa diri ini belum layak utk mencapai ke arah itu. Apa yang di harapkan hanyalah sokongan dari orang-2 yang tersayang. Bukanlah kata-2 atau perlakuan yang boleh menyebabkan semangat ini merudum jatuh terus menyembah bumi.
Insyaallah.

Pastikan akan tiba juga saat itu. Dan, jika benar dia adalah orang yg salah yg Tuhan temukan utk ku, akan aku laluinya dengan redha dan ikhlas, sehinggalah aku jumpa orang yg sebenarnya.

Maaf jika diri ini terlalu over dalam berkata – kata. Sekadar ingin berkongsi perasaan yg dirasa.

Orang kata ,




“Terima segala kekurangan itu lebih baik kerana kelebihan yg ada belum tentu akan memberikan kelebihan kepada kekurangan yg sedia ada…”





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi