♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Bila nak serik? --'

April 4, 2013

Bila nak serik? --'


Entah kenapa tiba-2 rasa emo semacam bila tulis tajuk entry ni.
Terus rasa macam ada semangat nak bahas tajuk yang aku bagi tu.
Actually dah lama dah, cuma sekarang baru rasa macam nak luahkan.

Babe, korang tahu erti serik tak?
Mesti tahu kann?
Of course lah dalam dunia ni semua akan tahu apa itu 'serik'.
(Kalau tak tahu jugak, mohon rujuk kamus dewan bahasa edisi ketiga yer.)

Bila dah rasa serik, mesti kita tak akan buat lagi kan?
Even kalau orang yang degil tahap babun sekalipun dia akan rasa serik jugak.
Sama ada cepat atau lambat je.

Panjang sangat mukadimah nyaa....

Takkk, sebenarnya macam ni. Kenapalah kita ni tak pernah nak belajar dari kesilapan.
Contohnya, sesuatu perkara yang menyakitkan. Sebelum ni pernah kena, bukan sekali, malah berkali kali. Nangis, sedih, marah, kecewa sbb disakiti.
Tapi at the end of the day, benda tu jugak lahh yang dibuat.

Kalau orang lain lantak pi kat depa lah kan.
Macam mana kalau org2 yg dekat dengan kita yang kena dan buat semua tu?
Masa dia kena dia datang mengadu, minta nasihat, minta pandangan bagai.
Tapi last-2, nasihat kita, pandangan kita entah kemana perginyaa.
Tak ke rasa macam nak hempukk je kepala mereka?

Ye memang betul, nak terima atau tak pandangan dan nasihat org itu hak masing-2.
Bila org minta pendapat, kita bagi.
Nak ikut atau tidak terpulang.
Tapi yang menjadi tajuk utamanyaa. Kenapalah manusia ni tak pernah serik?
Bukannya tak ada pengalaman yg sama tapi itu jugaklah yg dibuatnya.
Geram kan?
Padahal semua dah terang2 depan mata.
Kenapalah tak guna akal dan fikiran yg Allah beri tu dengan sebaiknyaa?

Haihh entah lah. Aku ni nak berfalsafah panjang berjela pun tak guna.
Bukan layak punn.
Cuma nak menyuarakan pendapat je.
Geram dengan sesetengah orang yg asyik melakukan hal yg sama walaupun dah berkali kali kena.
Grr tak paham lah aku.
Bila dah kena lagi, mula lah, teman-2 terdekat dicari, apa yg dah menyakitkan dilupai.
Lepas tu jumpa yg baru, yg lama pun dilupai.

Tapi ikut suka hati lah kan.
Life sendiri.
Orang lain tak ada hak nak masuk campur.
Segala baik buruk bawah tanggungjawab sendiri sbb sendiri yg buat pilihan.
Tapi, tak salah sesekali pertimbangkan dan fikirkan nasihat orang.
Manusia mudah lupa dan teman-2 sekeliling lah yg kadangkala mengingatkan.

Dah lah. Tak tahu apa lagi nak type panjang berjela.
Ini pun entah korang faham ke tak kan?
Cuba-2 lah faham apa yg aku nak sampaikan kayy.
Saja nak berkongsi perasaan.

Renung-renungkan dan selamat beramal !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi