♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Entry pertama bulan Mei :)

May 5, 2013

Entry pertama bulan Mei :)

Assalamualaikum.
Rasanya ini entry pertama Fy dalam bulan 5 nih.
Wahh rasa macam lama sangat tak menjengah blog ni kan.
Bukan tak ada keinginan tapi kekangan masa yg menyebabkan semua jadi tergendala.
Wahhh cerita macam busy sangat je kan.
Padahal bukan buat apa punn.
Hahaha.

Cumanya sejak minggu lepas a bit busy buat preparation nak further study.
Ho yeahh cerita macam excited terlebih kan.
Err boleh lah.
Bukan lah excited, cuma macam yg Fy maklumkan sebelum ni, memang Fy tggu keputusan UPU keluar 21 haribulan ni, tapi as a backup Fy memang dh sure nak masuk mana.
So macam mama kata, beli lah dulu sikit-2. Nak masuk mana pun sama je kan.
Fy sendiri pun tak kisah cuma dalam hati pun mmg berharaplah juga dapat Politeknik.
Tapi kalau tak dapat pun tak apa. Masuk KUIM tu pun Fy redha je.
Mana-2 nak belajar pun sama je kan.

Sedar tak sedar dah hampir 4 bulan Fy duduk rumah tak kerja.
Dulu rasa macam lama gilaa, bosan gilaa, sampai dh nak jadi gilaa.
Hahaha. Tapi sekarang rasa macam cepat je masa berlalu.
Adalah lebih kurang sebulan je lagi boleh menikmati masa-2 dirumah.
Bulan depan memang dh kena tinggalkan rumah dn kembali menggelarkan diri sebagai seorang pelajar.
Cumanya kali ni dalam situasi dan tempat yg berbeza.
Insyaallah.
Harap-2 semuanya berjalan lancar lah.

Errr rasa macam banyak lagi yang nak dikongsikan.
Tapi kita sambung di next entry kayy.
Byebyeee !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi