Assalamualaikum wahai sahabat sahabat.
Huhuuu.
Akhirnya dapat jugak akses wifi ni.
Punyalah rindu Fy nak update blog ni haa.
Sekarang baru ada kesempatan nak update.
Seperti yang sedia maklum, Fy kan dah masuk Kolej Universiti Islam Melaka pada 3 JUN 2013 yang lepas.
Dan selama 3 hari jugak Fy terlibat dengan orientasi yang dipanggil Minggu Mesra Siswa.
Tapi tu lah, walaupun 3 hari, tapi jadual sangat padat.
Bangun dah lah seawal 3 pagi sbb pukul 4.30 dah kena pergi masjid.
Lepastu satu haru dengar taklimat itu taklimat ini.
Naik kebas jugak lah punggung ni haa asyik duduk je.
Hahaha.
Alhamdulillah, akhirnya semalam, berjaya jugak habiskan Minggu Mesra Siswa.
Facilitator, urusetia, Majlis Perwakilan Mahasiswa yang terlibat semua baik-2.
Serius diorang memang baik.
Yang lelaki pulak, ada sense of humor yang tinggi.
Memang kelakar. Bila kitorang semua dh ngantuk, dah lentok masa dengar taklimat, mesti diorang akan ajar kitorang dengan macam-2 game. Apa lagi hilang lah ngantuk.
Heheheee.
So alhamdulillah la.
Fy rasa Fy dapat sesuaikan diri dengan sini.
Cuma senior lain yang belum masuk lagi ni tak tahu lah macam mana.
Lepas diorang habis cuti sem ni tahu lah kud macam mana suasana sebenar kampus KUIM ni.
Hmm rumah pulak Fy dapat tingkat 4.
Perghhh memang lah semput bila dh sampai atas.
Nasib lah dapat tinggi-2.
Satu rumah ada jugak senior.
Roomate Fy pulak nasib baik sama kos. So tak lah kekok sangat.
Hmm okaylah.
Tak tahu nak cerita apa dah sbb kena rushing.
Banyak lagi benda nak kena buat.
Sampai jumpa lagi yaaa.
Ohh sebelum tu, ni adalah serba sedikit gambar yg boleh dikongsikan.
Hohoooo ,
End.
Byeeeee.
Salam. Boleh tahu tak macam mana nak apply kolej ni? Ada tak intake lagi untuk 2013?
ReplyDeleteNak Tanyalah masa minggu orentasi Tu pakaian MCM mne?
ReplyDelete