Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....
Apa khabar semuaaa?
Maaf lahh, hampir dua minggu blog ni terbiar je kan. Haihh rindu sebenarnya nak update macam selalu.
Kalau boleh banyak sangat yg ingin dikongsikan.
Tapi nak buat macam mana, tak berkesempatan.
Sekarang ni pun lecturer semua dah mula bagi assignment.
Huhh memang tak boleh nak cakap apa ah.
Punya lah susah you know.
Sekarang baru lah terasa macam mana kehidupan bergelar warga IPT.
Sedar tak sedar dah hampir sebulan Fy bertapa di Kolej Universiti Islam tu kan.
Alahhh baru sebulan kayyyy.
Nak habis kan satu sem punyalah lama rasa inikan pulak nak habiskan 6 sem bersamaan dengan 3 tahun.
Perghhhh entahlaaa, tak tahu macam mana nak bayangkan.
Dan sedar tak sedar juga kita sudah pun memasuki bulan Ramadhan yg penuh mulia.
Ini bermakna kita telah pun memasuki bulan puasa kan kan kan.
Huhuhuuu.
Mula mula tu ingatkan tak berkesempatan nak berpuasa pada hari yg pertama bersama family.
Tapi memandangkan Melaka bercuti pada pertama Ramadhan, jadi Fy pun usahakan lah macam mana nak cuti jugak pada hari rabu dan khamis.
Jumpa lecturer sana sini, dengan sokongan kawan-2 akhirnya dapat juga cuti dan dapat juga balik.
Wuhuuuu seronok tak terhingga.
Hari selasa petang lagi Fy dah balik.
Sanggup pulak tu ponteng kuliah dua jam. Heheheee.
Takpe bukan selalu kan. Kalau tak ponteng memang lambat lah Fy balik. Nasib baik lah ayah ada, boleh dia datang ambil.
Ermm jadi disini Fy ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada muslimin serta muslimat sekalian.
Perbanyakkan lah ibadah kita di bulan yg mula ini dan kuatkan iman dan kesabaran kita utk melalui ujian ujian yg diberikan oleh-Nya.
Orang yg sering mendapat ujian ni adalah orang yg disayangi Allah SWT.
Kita patut rasa bertuah apabila kita berpeluang merasai setiap ujian yg Allah SWT berikan.
Hehehe.
Salam Ramadhan :)
Jangan lupa niat. Niat utk sebulan terus senang. Hihihi
0 Pengkritik:
Post a Comment