Asslamualaikum !
Yuhuuu lama tak jumpaaa , Hehehee
Okay straight to the point. Hari ni nak cerita pasal favourite blogger aku dari zaman sekolah, means dari awal-2 aku berjinak jinak dengan blog ni.
Ahaaaa ini diaa. Dia yang aku maksudkan ialah IRINE NADIA MARCELLO. Yeahhh. Ermm aku lupa macam mana aku boleh tahu blog dia dulu. Tapi serius talk sejak dari mula aku tahu blog dia sampai sekarang aku masih mengikuti perkembangan. Memang aku adore gilaa dengan satu demi satu perubahan dalam perjalanan hidup gadis yang bernama IRINE NADIA MARCELLO nii. Opsss ! aku nak bagitahu siap siap, IRINE NADIA MARCELLO tuu sebenarnyaa nama blog and nama glamor diaa je tauu. Nama sebenar dia ialah NUR FAKHRINE NADIA.
Masa aku awal-2 mengikut blog dia pun masa tu aku form 2 ke form 3 macam tu and dia pun masa tu tak silap aku baru 17 tahun. Haaaa see dari dia 17 tahun sampailah sekarang ni dia dah 24 tahun (2016) aku masih tak terlepas dari mengikuti perkembangan hidup dia. Memang aku sangat sangat adore dengan ibu muda kepada dua anak gadis yangg sangat comel ni ! Haaa kann, kenapa aku kata ibu muda? Yaaaa dia memang terkenal salah satu sebabnyaa kerana dia merupakan salah satu contoh wanita yang berkahwin pada usia yang masih dan sangat muda ! Itu juga salah satu faktornya. Okay yang tu nanti aku cerita dengan lebih lanjut k.
Okayy kita start dari awal laa kan. Actually nak masukkan gambar masa dia di awal remaja dulu tapi aku rasa macam tak sesuai pula lagi-2 dengan perubahan hidup dia sekarang. So kita mula cerita daripada sini lah k.
Haaa yang kat atas ni gambar dia dengan suami dia. Pada saat gambar ini diambil masa tu dia baru bertunang. Dia bertunang pada umur 18 tahun. Seee muda kan. Masa tu aku baru di usia dia yang dah bertunang ni aku barulaa terkedek kedek nak mengenal dunia and frust dengan cinta monyet hahahaha. Nama tunang dia ni a.k.a suami dia saat ini ialah Muhd Amirul atau lebih dikenali juga dengan Vel Oliver. Tak silap aku suami dia ni 6 tahun lagi tua dari Irine.
Next ! Haaaa ni pulaa gambar masa dia nikah. Umur dia pada saat itu baru 19 tahun. Mcam mana aku tahu ? Sebab semua kisah-2 perjalanan hidup dia memang dia ceritakan dalam blog dia. Sebab tu aku rasa macam sangat sangat mengenali dia. Huhu.
Okayy Irine berkahwin pada usia yang muda and pada masa ni jugak dia sedang belajar di UiTM Shah Alam. Well, ini lah yang dikatakan jodoh kan. Perancangan Allah tu memang indah.
Haaa see ! Pada umur dia 20 tahun, Irine telah pun menjadi ibu. Nampak tak, gambar dia sedang mengandung pun diabadikannyaa dalam blog. Ini baru mengandung. Macm mana kisah masa mula-2 dia tahu dia pregnant apa semua pun dia ceritakan. So nanti korang boleh laa pegi blog dia and mengikuti kisah dia. Seriuss aku rasa sangat best ! Lagi-2 utk kita yang wanita ni. Sebab apa aku kata macam tu? Okayy nanti aku bagitahu di akhir akhir post ni. Heheheeee
Dannnn, tadaaaaa ! Daripada berdua, kini pada saat ini tahun ini (2016) ketika umur irine 24 tahun dia telah dikurniakan dua orang puteri yang sangat comelll ! sangatt k sangattt ! Memang tak tipu. Aku juga merupakan follower tegar irine ni di instagram. Daripada awal dia pregnant anak first dulu sampailah sekarang dah anak kedua memang banyak yang dia kongsikan dalam instagram.
Okayy perkenalkan, dua orang princess yang sangat sangat comel ni. Anak dara dia yang pertama ni bernama FISKA MEDINA BT MUHD AMIRUL, dan adiknya pula bernama HASYA TASNIM BT MUHD AMIRUL. Seeee ! Sedap kan nama diorang? Nama sedap, mukaa comel. Memang bertuah irine dan husband dikurniakan anak secomel ini.
Sekarang masuk ke point sebenar aku nak sampaikan. Tadi aku ada cakap kan, kenapa irine ni boleh dijadikan contoh utk kita wanita-2 ni. Well, bagi aku laa, ini pendapat peribadi aku sendiri yang dah mula kenal seorang IRINE NADIA ni dari zaman dia sekolah, dia single sampailah bertunang, berkahwin dan dah ada anak. Memang terlalu ketara perubahan dalam hidup dia. Of cos lahh perubahan ke arah yang lebih baik kan.
Kenapa aku cakap macam tu? Sebab perjalanan hidup dia ni memang banyak dengan perubahan yang berperingkat peringkat. Dan aku rasa ini semua memang kerana suami dia laa kan. Aku yang selalu ikuti perkembangan hidup dia ni pun pernah terdetik dalam hati macam ni " Ya Allah cantiknyaa diaa sekarang. Pandai suami dia didik dia..." Yess memang ! Sebab dulu dia cuma gadis seperti remaja biasa. Maksud aku bukanlah dia jahat ke apaa, cuma korang faham sendiri laa dia gadis2 macam remaja biasa yang berpakaian seperti kita kan, tapi selepas dia kahwin memang nampak banyak sangat perubahan dalam hidup dia. Sehingga lah sekarang dan korang boleh nampak sendiri macam mana dia sekarang kan. Memang aku adore sangattt !
Comelkan?
Tak dinafikan, ini takdir irine ni. Dia bernasib baik dan bersyukur sebab dikurniakan keluarga sebahagia ini dan ada suami dan anak anak yang sangat hensem dan comel ! Hahaha dah laa hensem. Aku respect kat suami dia ni sebab dia berjaya merubah seorang IRINE NADIA kepada yang sekarang ni. Memang step by step. Dia pun ada kongsikan macam mana suami dia ajar dia utk berjinak jinak berpakaian ikut syariat yang betul, pakai stoking, handsock dan sebagainya. Sampaikan aku sendiri kadang-2 dalam hati, "wahh bertuahnyaa diaa... agak-2 boleh tak aku jadi macam dia?" haa macam tu lah. Memang. Terdetik keinginan dalam hati aku nak contohi dia. Tak salah kan? Sebab memang apa yang nak dikutkan tu memang perkara yang baik baik. Tapi tu lahh. Tak tahu lah kenapa susah sangat seorang Adilla Wafi ni nak jadi macam ni jugak :')
FISKA MEDINA :)
Anak sulung dia ni muka macam korea kann?
Cantikkk sangatttt. Macam ibu dia jugak. Huhuhu
HASYA TASNIM :)
Yangg ni jangan cakap lahh. Memang terlebih comel ! Geramm gilaaa rasa nak gigit gigit :') AHAHAHA
Memang tak pernah jemu and bosan tengok gambar budak-2 ni kat instagram. Terlebih cantik and comel. Bertuah ibu ayah diaaa :)
Jadi, ini lah yang aku cuba nak kongsikan. Perubahan seorang gadis yang bernama IRINE NADIA. Hmm mungkin korang tak dapat tangkap apa yang aku cuba sampaikan dengan perubahan seorang yang bernama IRINE NADIA ni kann. Rasanyaa kalau korang pergi sendiri ke blog dia and baca kisah dia dari awal post dia dulu baru korang akan faham kud apa yang aku cuba sampaikan. Hahaha. Memang dia favourite blogger dan favourite wanita yg boleh dijadikan contoh utk sesuatu yang baik.
Okayy lahh. Itu jee yang aku nak share !
Dan doa aku utk diri sendiri, semoga aku pun boleh istiqamah untuk menjadi seorang wanita dan muslimah yang lebih baik.
Nabi kata perempuan ni senang sangat nak masuk syurga.
Jadi siapa tak nak kan?
Doa untuk diri sendiri, semoga insan yang bernama NUR ADILLA WAFI ni lembut hantinya.
Amin. Inshaallah :')
0 Pengkritik:
Post a Comment