♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Selamat Hari Raya !

July 29, 2016

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum !
Alhamdulillah, masih di bulan Syawal.
Jadi tak terlambat lagi laa untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !


Gambar Raya 2016.
Abaikan la background yang tak berapa nak lawa tu. Biasa laaa rumah kampungg kannn. Huhuhu.


Tahun ni tetibeeeee family nak sedondon. Walaupun tak sedondon sepenuhnya. Setelah bertahun tahun ! Aku pun tak ingat last kami semua sedondon tahun bila hahahah tapi memang dah lama sangat. Sebab apa sebab masing-2 pun tak suka sangat sama-2 sangat ni. Sebab tu la tahun ni pun walapun tak semua sama kira ada laa jugak tu kan. Saja bagi mama ayah pakai colour sama pastu aku pun terpaksa ikut adik adik yang nak warna hitam ni haaa. Ohh kayy actually ayah nak pakai semua satu family sama. Tapi sebab kepala otak adik lelaki aku dua orang ni sibuk nak pakai hitam dan ayah dengan mama pulak taknak hitam so decide biar kami adik beradik je yg hitam sbb aku awal-2 lagi dah beli baju raya dan baju raya aku memang warna hitam ! Haaaa nampak tak taste adik beradik sama hahaha. So kitorang suruh ayah dengan mama je pakai sama. Jadi itu laa kisahnyaaa.

Ermm nak cerita panjang pasal raya pun takde apa cerita menarik. Biasa laa masing-2 dah besar. Suasana raya pun dah tak semeriah macam masa kecik-2 dulu. Lainn. Memang lain sangat. Masa bulan puasa aku selalu teringat kenangan dan kemeriahan nak sambut raya tu. Tapi dah besar-2 ni memang hambar sangat rasa. Mungkin zaman aku kecik pun dibesarkan dengan persekitaran yang memang meriah kalau nak sambut raya. Budak-2 zaman sekarang ni tak tahu lah. Agak2 dorang rasa meriah dan eksaited macam aku rasa dulu tak? Hahahaha ke aku je yang rasa camtu?

Tapi memang betul pun. Nak balik kampung pun dah tak rasa eksaited. Mungkin sebab, orang-2 yang ada masa aku kecik-2 dulu pun dah besar-2 jugak semuanya, yang besar-2 pulak sekarang ada yang dah takde lagi kat dunia ni. Sebab tu kut suasana dia dah jadi lain. Hmm sedih jugak kadang-2 bila ingat balik. Tapi aku gembira sbb at least aku pernah rasa apa ertinya meriah masa hari raya :)

Okaylah. Untuk hari raya itu sahaja !
Sekiannnnnn :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi