♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫

September 18, 2017

Kuala Lumpur 2017 part 1

Assalamualaikum, kepada yang membaca. hehe.

Alhamdulillah. Finally. Berjaya jugak aku merajinkan diri buka blog ni. Dah lama private. Walapun aku tahu, kalau tak private pun bukan ada yang baca. Hiw hiw ~ Ini pun mencari ruang dan peluang je nak tulis sbb dalam hati rasa ekcited rasa tak sabar nak share story pasal sea games yang telah berlalu baru baru ini. Hahh kenapa ekcited? Sebab bila tulis, aku rasa aku sedang bercerita dengan seseorang dan aku rasa aku punya cerita tu lagi best bila tulis dari aku cerita pakai mulut. Haaaa paham ke idakkk? Gitulahh ~ 

Jadi tanpa melengahkan masa lagi, marilah kita mulakan.

Nak dijadikan cerita, macam mana aku boleh terjebaknya jadi volunteer utk sea games ni ialah sbb kampus la. Masa tud org dok viral-2 ada mohon online utk jadi volunteer sukan sea ni apa semua kan, so aku dgn kawan-2 aku pun isi jela. Secara jujurnya lah kan, masa tu aku langsung tak berapa nak tahu sangat pasal kehebatan sea games yang dijalankan dua tahun sekali ni. Masa tu pikir macam ohh ni maybe mcm sukan-2 biasa je. So dengan riang hati tanpa memikirkan apa-2 aku pun isi jelah. Tahun lepas isi borang tu. Sampaikan dah lupa yang kitorg ada isi, tup tup kampus keluarkan nama senarai yang akan jadi volunteer.

Then lepas dah sttle apa yang patut semua pasal benda ni, kitorg kena pergi kursus utk jadi sukarelawan ni dulu. Masa ni kursusnya di UKM. Haa kat sini biasalah isi borang dengar taklimat pasal sea games apa semua ni dan pada masa tu laa baru aku tahu apa itu sea games! hahahaha sedih betul. Tapi masa tu mcm sikit-2 dh ada semangat laa sbb rasa macam bertuah gilaa kut dipilih. Tak sia-2 suka-2 isi borang. Hahahaha.

Then dah habis part pergi kursus, step seterusnya kitorang buat ialah pergi Himpunan Sukarelawan Kuala Lumpur 2017 kat Stadium Hoki. Himpunan ni macam utk dengar taklimat dan amanat daripada KJ haa camtu laa kut. Pastu jumpaa dengan beribu ribu lagi sukarelawan yang lainn. Sumpah meriah ! Masa tu rasa macam semangat gila gilaa lah hahahah.



Dan seminggu selepas tu ke dua minggu lepas tu, maka bermulaa lah tugas kami selama dua minggu. Utk volunteer ni dorang ade laa bahagikan kepada beberapa team and aku tercampak bawah team ATM -Angkatan Tentera Malaysia. Masa tahu kena join group ATM ni, jujur laa masa tu pikir macam amende laa keje kene buat. Yelah org dengar nama ATM pun mcm boleh agak entah-2 keje tengah panas ape semua kan. Haa macam-2 jugaklaa fikir masa tu.

Tapi selepas dah diperkenalkan dah join dah brief macam mana dan apa tugas yang dilakukan, rasa macam excited sbb kitorg kena jemput dan bawa atlet masuk sebelum opening ceremony and masa closing jugak. So technically tugas kitorg ni mmg hanya utk Opening and Closing.

Jadinya kitorg start bertugas before dua event to laa. Not bad laa mmg seronok. Rasa mmg bertuah jadi apart of ATM team ni. Sangat-2 best sbb lagi banyak melepak duduk saja je dalam HQ ATM dalam stadium BJ tu hahaha. So nak dipendekkan cerita layan gambar laa senang sikit kan,



Basically dengan diorang laa sepanjang bertugas. Semua ATM team ada divide lagi utk beberapa group for beberapa tugas. So ni team aku. Kitorang punya tugas masa ni sambut atlet-2 dari semua negara utk assist dorang sementara menunggu dorang masuk berarak dalam stadium. Time ni before opening so semua berpakaian tak rasmi laa. 



Memang boleh dikatakan sepanjang bertugas ni pergi siang balik malam. Tu mmg benda biasa. Siang pun pergi takdelaa hari-2 pagi. Bergantung pada keperluan. Tapi macam aku cakap tadi, pergi sana pun lagi banyak buat takde kerja je dari kerja. Hahaha yelah plan macam mana pun mmg benda tu takkan dpt buat bebetul sampailah hari kejadian.



Ni laa HQ tempat kitorg berkumpul. Mmg kalau tak pergi ke tempat bertugas, kat sini je masing-2 melepak. Sape laa tak suka dah laa ada aircond. Line je semput-2. Kat sini backstage so artis datang lalu semua boleh nampak. Hehehe.



Haaa dengan dua ketul budak rumah aku ni jelaa yang geng. Mmg kehulu kehilir bersama. Hehehe.



Masa ni sehari sebelum Opening. Rehersal full. So semua dh dapat uniform.



So this is the day. Lebih kurang macam nilaa situation kitorang masa tu. Nampak kan masing-2 pegang sepanduk. Yg terkangkang tu aku laa tu. K mmg tak senonoh sbb tak perasan ada amek gambar hahaha. Masing-2 pegang sepanduk ikut negara. Aku pegang Cambodia. Jadi tugas kitorang masa ni bila atlet sampai je dorang akan duduk dalam Axiata Arena ni utk menunggu sebelum masuk stadium utk berarak. Jadi kitorang laa yg akan tunjuk dan susun dorg utk duduk ikut negara masing-2. Dipendekkan cerita mmg kitorang laa yang dapat jumpa dengat atlet-2 ni dulu. 



Saat-2 ni memang semua rasa teruja dan enjoy utk sambut-2 ni dan masing-2 of cos rasa bangga dapat jadi volunteer. Hahaha tak tahulah nak explain macam mana tapi the whole situation pada hari kejadian sumpah best gilaa even hujan. Best sbb jumpa atlet-2 ni semua bersorak jerit bagai. Banyak jugak video aku amek tapi tak leh post sini kan. Hahaha tapi seriously mmg enjoy gila-2 punyaa masa ni. 






Then lepas habis kitorang buat kerja, lari masuk stadium sbb nak tengok ceremony tu. Hahaha tak semua volunteer boleh masuk stadium free tapi sbb kitorang dapat sticker khas utk opening closing ceremony so kitorang dapat masuk. Tu pun dh pertengahan baru sempat nak mencelah masuk. Sumpah mmg happening gilaa! Mmg sape yang masuk tengok dalam tu tahu lah macam mana perasaannya. Meremang bulu roma beb. Boleh dikatakan Malaysia dah mampu setaraf dengan negara luar punya event. Aku yang ada kat dalam tu masa tu pun tercengang teruja terharu eh macam-2 laa perasaan. memang hebat ! Lagi hebat sbb dorang guna LED main lampu semua utk theme kali ni. Mmg tak sangka. Eeee mmg hebat lah tak tahu nak kata cemana lagi. Immpresive sungguh!


So inilaa serba sedikit cerita utk tugas pertama masa opening. Habis opening esok-2nya kitorang cuti and kitorang masuk bertugas balik sebelum closing pulak. Mmg best lah. Aku jamin Kuala Lumpur 2017 ni mmg akan meninggalkan kesan yang hebat utk Malaysia. Mmg bangga gilaa dapat peluang jadi part of volunteer.

Oklaa nnti sambung part 2 utk closing pulak. Byebyeee

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

July 20, 2017

My degree life is too different.

Ohh haiiiii !
Ya Allah lama gila tak taip apa-2. Dah rasa macam setahun sekali baru rajin. Padahal selalu je terfikir nak update nak tulis tapi tak terbuat. Tak tahu lah kenapa. Bakat nak menulis dh tumpul kut. Hahaha tu pun berangan nak jadi penulis novel! Kononnyeee lahh hahahaha ok abaikan yang tu.

Kali ni tulis pun takdelah pasal topik utama cuma just macam nak luahkan pasal hidup aku beberapa bulan ni. Rasanya sebelum ni ada dah kut aku tulis yang aku dh sambung belajar kan. Haaa tu laa. Bila dh masuk degree life ni tak tahu lah. Banyak kali sangat rasa give up tu datang. Mulut ni selalu sangat dok kata nak benti nak benti.  

Aku tak tahulah punca semua ni sebab apa. Kadang-2 rasa pasal environment macam tak ngam dgn diri. Maybe sbb aku dh lama kat kuim dulu ke ekk? Aku mcm culture shock ke apa aku tak tahulah. pastu kadang-2 aku rasa pasal kos pasal silibus subjek tu jugak. Iyelah aku amek kos tu sbb aku ingat mmg management lah kan. Cuma ada advance technology jelah sikit. Tapi bila masuk kelas belajar MasyaAllah subjekk semua kaitan dgn engineering. Whatt? Memang lembaplah otak aku nak menerima semua-2 ni. Iyelah kalau otak aku boleh terima baik aku amek engineering je kan. Tu yang masa sem satu result agak teruk. Mmg teruklah. Kalau ikut syarat MARA pun mmg tak lepas. Bukan aku jelah majoriti budak kelas aku mmg teruk so aku fahamlah yg bukan aku je rasa benda ni. Yelah kalau kitorg ni tahu pasal engineering bagai ni bek kitorg apply kos tu. Mana laa semua result tak huru hara kan. tapi utk sem 2 dan akan dtg ni struggle laa jugak. Sbb katanya sem-2 akan dtg subjek dh more to kos kitorg so harap-2 lah kan.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 7, 2017

BIGBANG

Masa cuti sem ni, aku rasa macam dah jumpa minat yang baru hahahah , apakah?


tettttttt ~ hahahah


BIGBANG !!!!!!

Jenggg jenggg jenggg.
Tak tahu kenapa tapi sejak cuti-2 ni rasa macam obses dengan diorang ni. Habis segala lagu variety show diorang semua tengok hahaha.

Kenapaa laaa aku baru perasan kecomelan mereka ni haihhh dah 10 tahun dorang dengan kpop ni, dah jadi legend, jadi king baru aku nak tahu. hahaha sedihhh kan?
Yaaa yaaa maybe too late untuk aku minat sebab tapiii, ermm ada aku kisah? hehehe


 TAEYANG


DAESUNG 


SEUNGRI 


G-DRAGON X TOP


And currently obsessed with this two charming OPPAAAAAAA ! Ommaaaa ! Okbyeee

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Apa perubahan yg aku lalui?

Aku tak tahula apa aku nak tulis ni ada kaitan ke tak dengan tajuk hahaha. takpelah tajuk je pun.
Okayy sekarang nak cakap pasal kehidupan aku, apa yg berubah dan apa perubahan yg berlaku.
Hmmm ada ke ekk?
Hahahah tak tahu laa nak mula dari mana haihh.

Kadang-2 kan, bila tengok kawan-2 yg lain yg dah kerja dah ada pendapatan sendiri tak kisahlaa walaupun diorang kerja tu tak setaraf dengan diploma ke apa ke at least diorang dah ada jugak duit sendiri, dah tak payah susahkan parents diorang or family diorang untuk menyara diorang kan. Tapi aku? masih lagi dibawah saraan dan tajaan penuh mama ayah. Sedih tau rasa. Orang yg sambung belajar je yg faham keadaan ini huhuhu.

Tapi, aku tengok pulak dari sudut mereka-2 yg dah bekerja ni. Majoriti kata rindu nak belajar lagi, kalau laa ada peluang nak belajar lagi apa semua kan. So kat sini aku dapat simpulkan bahawa, manusia takkan pernah bersyukur dengan apa yg mereka ada termasuk jugak aku. Yelahh, yg tengah belajar ni, yg ada peluang nak belajar ni, yg mak ayah masih sanggup nak menyara untuk pelajaran kita ni sibuk nak kerja nak cari duit kononnya taknak susahkan makayah. Okayy betul dah kat situ. Mungkin belum sampai masanya untuk kita. Pastu yg dah kerja ni pulak, nak sangat belajar tapi sebab mungkin family tak mampu dah nak sara, so untuk mengurangkan bebanan tersebut, maka mereka terpaksa memilih untuk bekerja. Kann? Tapi kalau untuk mereka yg kerja mmg sebab dorg malas daa , haaa tu lain laa cerita. Dah diorang malas, tapi dorang dah kerja takpela. Tapi yg dah laa malas nak belajar dah lepas tu kerja pun takde, haaa tu cemana pulak kan?

So, tu lahh sebenarnya keadaan aku lepas habis diploma dulu. Actually masa still diploma dulu mmg dah target nak sambung degree, niat kat hati masa tu mmg laa sekurang-2nya aku nak study sampai degree.Then, bila dah last sem diploma rasanya masa tu, terfikir, kalau aku sambung lagi belajar nanti yuran apa semua sape nak tanggung? Mama ayah bukan mampu kalau nak bayar yuran pengajian tu. Setakat dorang support elaun sara diri okaylaa. So kat situ dah nampak dah sah sah aku kena buat pinjaman jugak kan. Tapi fikir balik, diploma je aku dah berhutang 20k dengan ptptn tambahh degree ni mmg hampi 70k so campur dua-2 dah hampir 100k hahahahaha. Umur baru 24 masa habis degree nanti tapi hutang dah 100k nampak macam teruk kan? 

Haa jadi itulah dilema aku masa tu. Masa tu target okay habis diploma ni nak try apply kerja dapat ke tak, kalau dapat kita kerja kalau susah sambung belajar. Tu laa yg aku fikir masa tu. So beberapa bulan lepas habis tu try mohon sana sini tapi nampak macam susah and rezeki tu mungkin belum berpihak pada aku. So decide sambung degree. Masa tu pujuk diri, takpelah, mungkin nnti ada laa jalannya. Selagi ada peluang nak sambung ni sambung jelaa dulu kan. Hutang tu belakang kira. Masa u dok muhasabah diri macam tu laaa.
So last-2 here I am ! Sedang berusaha nak habiskan 3 tahun setengah ni dengan harapan dapat menggunakan ijazah yg akan diperoleh ni dengan sebaiknya untuk mendapatkan pekerjaann yg baik-2 bagi menyelesaikan hutang seumur hidup tu hahahaha.

Tuhan je yg tahu tau hari-2 aku dok fikir macam mana laa nnti aku nak sttle hutang-2 ni. Dah sah sah laa mmg seumur hidup. Aku bukan kaya nak settle semuanyaa sekaligus. Mmg taklaa. Itu pun kalau aku panjang umur aku laa yg settle kan. Habis ditakdirkan pendek umur aku? Haaa sape nak bertanggungjawab? Adakah bakal suami saya yg dah menjadi suami mungkin ketika itu? hahahahahha

Apa-2 pun itulahh yg selalu membelenggu diri aku sekarang ni. Sambung belajar, dapatkan degree tu cuma platform tapi macam mana kerjanyaa nanti kita tak tahu sbb sekarang ni semua orang tahu, zaman yg susah nak dapatkan kerja. Setakat degree yg sekarang ni pun bersepah kan yg masih menganggur. Tapi takpelaa. Rezeki masing-2. Kita cuma usaha nak buat yg terbaik. Aku bersyukur jugak sbb aku masih rajin dan ada mood nak sambung belajar ni sbb aku rasa belajar lagi senang dari nak fikir nak cari kerja. hahaha nampak macam aku melarikan diri kan? Tapi takpelahh .

Lagipun aku perasan diri aku sekarang ni, takdela aku enjoy gila-2 life as student aku macam mana aku buat masa diploma dulu. Seriously memang totallly different sangatt! Mungkin sebab aku dah puas cuba itu ini, enjoy sana sini sepanjang 3 tahun diploma dulu, so time degree ni hidup aku senang je, pergi kelas balik kelas, hujung minggu lari balik rumah. Keluar dengan kawan-2 nak enjoy? Takdelaa sangat. Sekali sekala tu bolehlaa. Dan lagi satu, aku selalu ingatkan diri even aku belajar sekarang ni dekat dengan rumah, tapi ni bukan Melaka. Kos sara hidup tinggi kut. Thats why aku balik and jimat sebaik mungkin. Omaigod tak tau nak cakap macam mana tapi utk org yg datang dari golongan sederhana macam aku dan menetap pulak kat KL Selangor ni, atau sesape je yg macam aku ni, dorang faham laa macam mana keadaan sara hidup kat sini. Thats why aku pun faham kenapa majoriti kawan-2 aku kat sini pun ramai yg nak kerja. Faham mungkin dorg pun dah penat nak minta duit makayah and nak sara diri sendiri dengan duit sendiri sbb mmg susah cari duit sekarang bukan senang. 

So bila aku tengok kawan-2 aku sekarang ni dorang enjoy keluar sana sini ahahha aku tak terkejut sbb dulu aku kat melaka pun macam tu. Masing-2 baru jauh dari family, lagi-2 duduk pulak kat bandar macam ni haa lagi laa best kann. Aku tak nafikan aku pun kadang-2 ada je keinginan nak enjoy macam tu tapi entah, aku rasa aku masih kawal diri sbb aku takdela teringin sangat macam diorang tu. Rasa macam dah penatlaa nak enjoy-2 macam remaja berdarah mudah camtu hahaha so selamatlah aku masih mengawal iman agar tidak terjebak hehehee. Lagipun aku tak jumpa lagi kawan yg betul-2 aku boleh jadikan kawan baik kat sini. huhuhu

Okayy, Jadi begitulah serba sedikit yg dapat diceritakan. Nak describe secara detail tak tahu macam mana so ni laa serba sedikit perasaan yg aku rasakan sepanjang berbulan bulan ni. Hari hari aku doa supaya aku diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yg baru bermula ni. Tu jee harapan aku.
Okbyeeee

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

2017 already.

Yeahhh, its been a while.
Dah masuk tahun baru 2017 dah maka umur aku pun dah naik satu angka ke 22 tahun.
Tapi, apa yang berubah melainkan umur?
hmmm, aku pun tak tahu lah sebab nak kata aku dah jadi manusia yang bekerja, oh semestinya tidak.
Dah sah sah aku masih bergelar sudent kan. Huhuhu.

Lama rasanya tak tulis blog ni. Selalu je teringat nak update nak update tapi asyik asyik malas. Eh tak actually perkataan malas tu macam tak sesuai. Bukanlah malas sangat sebenarnya cuma tak tahu nak tulis nak mula dari mana. Sebab rasa macam baaaanyakkkkk sangat benda nak tulis dalam ni, banyak sangat tragedi-2 hahaha gituuuuuuwww ~

Bukan apa, kadang-2 kan bila ada cerita best ke or something good or bad happened kan, time tu jugak rasa macam nak luahkan tapi donno how, so mmg blog ni adalah satu satunya benda yg aku akan fikir sbb aku mmg lagi suka luahkan melalui penulisan, then aku akan lega lepastu, tapi selalunya bila benda tu jadi, memang sah sah laa keadaan dan kekangan tu menghalang. Takkan nak sediakan buku or diary macam zaman sekolah dulu kut kan semua benda tulis situ hahaha tu pun dah malas walaupun aku rajin jugak untuk menulis. Nanti orang tahu, wuishh tak boleh tak boleh. Huhuhu

So, dah masuk 2017 ni, hmm aku nak mula cerita dari mana ehh?
Rasanya kalau nak kata ada story yg something bad happened pun takde rasanya cuma biasalah as a human kan, kadang-2 ada laa tahap-2 dimana aku rasa sedih kecewa down and semua-2 laa perasaan tu bercampur baur. Lagi-2 bila dah proceed degree ni.
Tak tahu nak kata macam mana, tapi sepanjang satu sem ni, and dah habis pun, dah nak masuk sem 2 dah pun, apa yg aku boleh kata, aku memang boleh sesuaikan dengan environment even awal-2 macam aku kata sebelum ni laa dia macam ada culture shock sikit sbb sebelum ni 3 tahun aku berada di dalam satu keadaan yg berbeza kan so bila dah masuk tempat baru and kita pun tahu tempat baru tu mmg dah sah sah lain dari yg sebelum ni haa lagi lah shock hahaha tapi okay je semua tu walaupun aku sedar kadang-2 aku tak boleh lari jugak dari rasa nak terjebak dan terpengaruh kepada sesuatu yg aku tak biasa atau yg dah lama aku tinggalkan hahahahaha *ok yg ni paham-2 sendiri

And lagii kalau nak kata pasal study pulak, hmmm takdelaa stress sangat cumanyaa untuk subjek business mathematics jelah masalah dalam hidup aku sepanjang sem 1 ni. Bukan tak cuba ubah mindset aku yg aku selalu cakap maths ni susah laa, tak sukaa laa, aku cuba tau bukan tak cuba, tapi entahlaa. Aku tetap nak kata yg otak aku, jiwa aku bukan dilahirkan untuk mahir dalam kira-2 ni kut? Ada kann manusia yg macam tu? ke aku je rasa macam tu? hahaha yelahh setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan, so aku tahu kat sini mmg kelemahan aku. Bukan aku baru sedar benda ni, dari sekolah rendah, aku dah tahu kelemahan aku kat mana, even mama ayah pun tahu kalau cakap pasal maths ni je haihh mmg susah lah aku nak go tak tahu kenapa.

Orang kata bila first-2 sem ni laa kita kena jaga pointer target dekan apa semua kan sebab subjek nanti makin lama makin tough bukan senang nak naikkan pointer balik kan. Yesss betul tu aku tak nafikan dan aku tetap tak nafikan jugak yg subjek maths ni laa yg membuatkan confident aku nakk jadi pelajar cemerlang terkubur hahaha apa yg aku boleh target asalkan aku lepas nak sambung untuk next sem. Dari awal lagi aku memang tak berani nak target lebih-2 takut kecewa sendiri.

Ermmm, apa lagi ek nak tulis?
Haishhh sebenarnya banyak tau nak cerita tapi aku dok pikir nak mula dari mana lepastu aku dok pikir rasanya cerita-2 tu masuk ke post baru laa kut ekk? hahahaa.
ok byeee. bersambung.


Harapan 2017 semoga NUR ADILLA WAFI BT ARIS dapat menamatkan ijazah dengan jayanya. In Shaa Allah :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

October 2, 2016

My Degree Journey begin here ~

Perjalanan Diploma sudah lama berlalu.
Kini tibanya aku memulakan langkah baru.

Assalamualaikum :)

Haruslah cerita ini aku coretkan.



Heheee. Okay baiklah. Ceritanya bermula disini.
Awal bulan 9 tempoh hari aku telah memulakan perjalanan Ijazah Sarjana Muda aku di Universiti Kuala Lumpur cawangan Cheras. Ohh yaa sememangnya memang dekat dengan rumah. Itu juga salah satu sebab utamanya kenapa aku masuk sini selain daripada program yang ditawarkan. Hehehee

Aku ditawarkan untuk meneruskan pengajian dalam program Bach. Technology Management (Hons.) ok kalau tanya secara jujurnya aku tahu tak amende kos ni aku takde laa katakan aku tak faham langsung pasal ni tapi sikit-2 tu aku faham laa apa yang akan aku pelajari. Semuanya berkaitan dengan teknologi. Dan lagi satu sebenarnya ini adalah kos baru di Unikl Iprom tu dan kitorang ni kiraa first batch laa. Tak ramai pun students. Cuma satu kelas je.

Jadi kira-2 dah dua minggu jugaklaa aku masuk sana. So far alhamdulillah rasanya semua okay dan dapat menyesuaikan diri walaupun secara jujurnya aku agak culture shock sikit masuk sana hahahaha. Bukan apa cuma yelahh sebelum ni environment lain sikit so bila masuk sini sedkit sebanyak terkejut jugaklaa diri aku nak biasakan dengan keadaan baru ni. Lagi-2 bab communication ohhh haa lepaihh ni aku speaking jaa jangan cakap aku belagak pulakk ececehh hahahaha.

Tapi apa-2 pun rasanyaa overall okay. Kalau nak bandingkan dengan tempat sebelum ni aku rasa tak patut sebab segala galanyaa berbeza dan semua tu bergantung kepada pembiayaan kita jugak. So tak patutlaa untuk aku bandingkan.

Jadi, harap-2nya aku mampu laa untuk bertahan sampai habis untuk tiga tahun sebab perkara yang sangat-2 aku risaukan bila dah masuk sini ialah kos perbelanjaan dan yuran pengajian. Kalau lah tak dapat pinjaman MARA mungkin boleh terhenti kut perjalanan. Tak sanggup rasanyaa nak hidup cuma untuk bayar hutang hahahaa.



Semoga dipermudahkan semuanya.
In Shaa Allah.
Byeee byeee 


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

August 30, 2016

Konvokesyen - Officially Graduated !

Assalamualaikum.

Straight to the point je untuk cerita kali ni.
Alhamdulillah, pada 27 OGOS 2016 yang lalu, aku telah pun bergelar Graduan Kolej Universiti Islam Melaka. Aku dah konvooo !!! Hahahaha. 


Alhamdulillah. Telah mendapat Diploma dalam Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia. Walaupun cuma sekadar diploma, tapi aku tetap bangga sebab penat lelah selama 3 tahun tidak sia sia. Banyak yang dilalui. Banyak juga cabaran yang diharungi untuk sampai ke akhirnya. And finally, I make it !


Tak mau cerita panjang-2 tapi wajiblah aku berterima kasih kepada dua insan yang di atas ni yang telah berpenat lelah mencari rezeki, mengerah tenaga,  menyara keperluan, kehendak dan segala-galanya. Mungkin ini cuma kejayaan kecil yang diberikan tapi satu yang aku harap, aku harap diorang tetap bangga sebab aku mampu habiskannya. In Shaa Allah akan aku berikan kejayaan yang seterusnya pula. :)



Antara sahabat-2 yang masih setia dari semester pertama hingga kini. Nak cakap banyak-2 kat sini pun takyah lah sebab aku dah buat karangan panjang-2 kat instagram kan. Hahaha jadi aku cuma nak abadikan kenangan bersama korang disini. Terima kasih untuk setiap kenangan yang tercipta yaaa. :)


And lastly haruslah jugak ada gambar dengan boyfriend sebelah ni. Hahaha awak pun salah satu kenangan terindah sepanjang perjalanan diploma saya. Kalau kita tak masuk KUIM, tak dapat kita nak konvo sama macam ni kan. Terima kasih jugak untuk semua kenangan indah yang diberi. All the best for your degree journey. Mana tahu ada rezeki dua tahun lagi saya akan datang lagi di Sri Negeri ni sambil bawa bunga masa awak konvo untuk degree awak. Hahahahaha !

Kesimpulannya, alhamdulillah. Oficially tamat sudah pengajian aku. In Shaa Allah perjalanan yang baru bakal bermula. 

Okay itu je. Otak ketandusan idea nak menyusun kata yang cantik-2. Sebab dah lama tak menaip mungkin. Hehehehe byeebyeee


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

July 29, 2016

Selamat Pengantin Baru Toge Amoy dan Amay !

Haaaa al kisahnya aku baru nak update cerita sahabat-2 yang telah selamat menjadi isteri orang !
Huwarggg dahh berbulan bulan punya cerita baru rasa nak update sbb nak tampal gambar-2 tu dalam blog ni hahaha.
Mana tahu dah tua-2 nanti boleh baca balik semua tu kan?
Sebab tu laa aku sayang nak biarkan terus blog ni tak aktif. Biarlaa takde orang nak baca yang penting aku dapat abadikan semuanya dalam ni. Kira macam diari online untuk diri sendiri jugak laa kan. Yela nak tulis malas, so taip jelaa yang rajin sikit. Tu pun ikut mood hahaha.

Okayy berbalik pada tajuk, kita pergi kepada sahabat aku yang pertama ni ,


Norasyikin Syahira a.k.a Amoyyyyy !!!!
Alhamdulillah, sorang sahabat toge satu dorm satu asrama satu sekolah dah selamat bergelar isteri dah bulan 5 yang lalu. Akhirnyaaa ! Finally ! Hahahaha . Tak sangka betul. Dalam dok ingat cinta-2 monyet tu, segala perancangan, persiapan semua berjalan dengan lancar jugak. Alhamdulillah. I am happy for you Amoyyy :)


Amoy dan Encik Suaminya Amirul.
Haaa ni pun dari zaman sekolah laa kenal ni, walaupun dorang start bercinta bila dah habis sekolah tapi okaylaa tu kan. Kenal kat sekolah jugak kan kan. Hahahaha. Seronok sangat masa ni meraikan sahabat pertama aku yang kahwin. Memang feeling eksaited !


Haa nampak, betapa gembiranyaa toge-2 semua. Kawan satu bantal satu pinggan akhirnya dah kawen kut. Sapee tak happy. Sebak tau masaa dia akad nikah tu , aku je ada aku tahu lah macam mana feel nyaa. hahaha. Actually aku telah dipilih untuk menjadi pengapit si sahabat ni 3hari 3 malam betapa kat rumah dia sbb nak kenduri bagai. Punya banyak majlis hahaha.


Biasalaa pengantin zaman sekarang mesti ada photoshoot kan. Dan biasa jugaklaa kalau kawan2 pun nak menempel sekali hahahah kata bridesmaid. Yeee dokkk? hihihi


Okayy last laa gambarr walaupun ada banyak lagi aksi hahahaha .

Nexttttt ! Sahabat aku yang seterusnyaaa !


Maizurah a.k.a Amayyyy !!!
Haaa yangg ni, sahabat sorang ni memang supriseeee sangattt-2.
Bayangkan dua minggu ke tiga minggu lagi nak kahwin baru dia bagitahu kawan2 dia. Sampaii hati betul ! Masa tu diaa bagitau semua tak pecayaa hahahaa padahal dia ni laa yang paling banyak sekali kena usik dengan kitorg yang dia akn kahwin dulu. Mmg asyik dia je kena bab-2 kahwin ni haaa sekali amekk kauu ! Tuhan dah makbulkan tau kata-2 kawan-2 kau ni hahahah memang terkejut berukk. Sampai ke hari nikah masih tak percaya ! Tulaa orang kata, kalau benda yang baik-2 ni memang Tuhan permudahkan semuanya. Alhamdulillah kahwin dah kau Amayy. Kau laa yang paling aku tak percaya sekali dah jadi bini orang dah :')


Memang patutlaa nikah dah dua orang ni. Dari zaman sekolah jugak bercinta. Tunggu lama-2 buat apa kan. Happyy sangatt utk dua orang ni. Masa ni pun dorang buat nikah je dulu. Tapi tak kisah laa kan. Asalkan dah selamat selesai mana yang wajib.


Lastly, i am happy for both of youu,
Amay Masrie, Amoy Mirul, alhamdulillah. Aku sentiasa doakan korang bahagia sampai bila-2.

Doa doakan laa lepas ni toge punyaa turn cepat-2 habis jugak yee !
Hhahaha.
Okayy byebyeee.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum !
Alhamdulillah, masih di bulan Syawal.
Jadi tak terlambat lagi laa untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !


Gambar Raya 2016.
Abaikan la background yang tak berapa nak lawa tu. Biasa laaa rumah kampungg kannn. Huhuhu.


Tahun ni tetibeeeee family nak sedondon. Walaupun tak sedondon sepenuhnya. Setelah bertahun tahun ! Aku pun tak ingat last kami semua sedondon tahun bila hahahah tapi memang dah lama sangat. Sebab apa sebab masing-2 pun tak suka sangat sama-2 sangat ni. Sebab tu la tahun ni pun walapun tak semua sama kira ada laa jugak tu kan. Saja bagi mama ayah pakai colour sama pastu aku pun terpaksa ikut adik adik yang nak warna hitam ni haaa. Ohh kayy actually ayah nak pakai semua satu family sama. Tapi sebab kepala otak adik lelaki aku dua orang ni sibuk nak pakai hitam dan ayah dengan mama pulak taknak hitam so decide biar kami adik beradik je yg hitam sbb aku awal-2 lagi dah beli baju raya dan baju raya aku memang warna hitam ! Haaaa nampak tak taste adik beradik sama hahaha. So kitorang suruh ayah dengan mama je pakai sama. Jadi itu laa kisahnyaaa.

Ermm nak cerita panjang pasal raya pun takde apa cerita menarik. Biasa laa masing-2 dah besar. Suasana raya pun dah tak semeriah macam masa kecik-2 dulu. Lainn. Memang lain sangat. Masa bulan puasa aku selalu teringat kenangan dan kemeriahan nak sambut raya tu. Tapi dah besar-2 ni memang hambar sangat rasa. Mungkin zaman aku kecik pun dibesarkan dengan persekitaran yang memang meriah kalau nak sambut raya. Budak-2 zaman sekarang ni tak tahu lah. Agak2 dorang rasa meriah dan eksaited macam aku rasa dulu tak? Hahahaha ke aku je yang rasa camtu?

Tapi memang betul pun. Nak balik kampung pun dah tak rasa eksaited. Mungkin sebab, orang-2 yang ada masa aku kecik-2 dulu pun dah besar-2 jugak semuanya, yang besar-2 pulak sekarang ada yang dah takde lagi kat dunia ni. Sebab tu kut suasana dia dah jadi lain. Hmm sedih jugak kadang-2 bila ingat balik. Tapi aku gembira sbb at least aku pernah rasa apa ertinya meriah masa hari raya :)

Okaylah. Untuk hari raya itu sahaja !
Sekiannnnnn :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

June 11, 2016

Trip to Banda Acheh part 2

Okayy mari sambung sambungan cerita mengenai trip ke Bumi Acheh.
On thee nextt dayy iaitu pada hari kedua hehe, lepas breakfast apa semua perjalanan kami teruskan kee beberapa tempat. Okayy actually aku sendiri tak ingat sangat nama tempat-2 ni hahahaha sebab masa tu memang menonong je jalan ikut kemana tempat yang dibawa. Sampai sana biasalah sikit-2 begambo sikit-2 begambo. Yang pastinya tempat-2 yang kami pergi masa ni takdelah kisahnya pasal tsunami je. Masa ni kami melawat tempat-2 sejarah di Banda Acheh ni pulak. Haaa aku cerita melalui gambaa jelaa senangg ekk hehehee.


Yang ni dengan all the girls yang ikut masa ni, cuma 8 orang. Hahaaa feeling kann. Masa ni kat luar makam apee tahh aku memang tak ingat. Maaf maaf. Tu laa orang sibuk dok cerita pasal sejarah apa semua kitorang berhuhuu pulak bergambaa kat pondok ni kan hehe biasala tu perempuan. :D



Masa ni pun sama. Masih diluar kawasan tu. Biasalah destinasi yang pertama baru kan. Masing-2 fresh lagi muka semangat nak jalan tu yangg ceriaa semacam je. Okayy nexttt ,








Haaa yang gambar-2 atas ni sebenarnya kat Muzium jugak. Muzium Acheh kalau tak silap aku. Biasalaa kalau dah masuk muzium, pusing-2 sekali lalu input nya tak masuk otak pun, tapi begambaa jugak lebih hahahaha itu aku. Orang lainn aku tak tauuu :'D




Yang ni masih di kawasan luar muzium. Ada dibina rumah acheh jugak kat kawasan tu. Jadi begambaa jugak kami eheheeee :)


Nexttt, kami singgah di Gunongan Putri Pahang. Haa benda apa ni kan? Bukan pahang Malaysia yeee. Aku pun tak tahulaa kenapa Putri Pahang tapi adaa laa sikit-2 kisah yang aku ingat pasal tempat ni. Ni dikira macam sejarah dulu-2 jugaklaa. Okayy Gunongan ini macam yang korang tengok gambaa tu dibina daripada putih telur sebagai ganti simen. Haa boleh percaya tak? Tapi entahlaa dah pak fikri tu cakap camtu so itu laa yang aku tahu. Gunongan ni dibina oleh putera apee ntah nama hahaha kepad isterinya iaitu Puteri Pahang sebagai tempat untuk dia bermain laa katanya. Konon-2 ni macam taman laa kan. Haa okay itu jela yang aku faham. Kisah selanjutnya aku tak berapa nak dengar sangat sebab masa ni masing-2 dah eksaited berlari nak panjat gunong buatan ni hahaha tinggi laa jugak wehh ! Lorong pintu dia kecikk jee haaa.


Haa tengoklaa betapa kecilnyaa pintu masuk dia. Memang kalau jalan dalam ni kena bongkok sikit dan lorong ni hanya muat untuk sorang je sebelum sampai tangga nak naik ke atas. Ehh aku adaa tu haa kat belakang tu dalam kegelapan. Cerr tengok betul-2 hehehehe.


Masa kat atas Gunongan Taman Putri Pahang ni :) 


Okayy dah habis kat sana. 
Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya.


Ni laa destinasi seterusnya. Masjid Rahmatullah. Pernah dengar pasal masjid ni? Tahu kisahnya?
Okayy nanti aku cerita kan serba sedikit yang aku tahu.
Masjid ni jauh sikit dari kawasan Banda Acheh tempat aku menginap tu. Jauh sikit laa dari kawasan kapal atas rumah, muzium tsunami, gunongan dan semua tu sebab kawasan masjid ni berdekata dengan pantai yang datangnya ombak tsunami pada ketika itu. Apa kisah disebaliknya?



Nak dijadikan cerita. Korang ingat masjid ni? Satu satunya masjid yang kelihatan selepas ombak tsunami memusnahkan kawasan sekitarnya dan hanya masjid ini satu satunya bangunan di kawasan tersebut yang tidak musnah. Hebatnya kekuasaan Allah SWT. Dan pantai yang kelihatan tersebut ialah pantai yang datangnya ombak tsunami.


Ceritanya begini. Hakikat yang kita tahu, ombak tsunami itu sangat hebat sangat dahsyat da tingginya kira-2 9 meter. Tinggi bukan? Dapat bayangkan tinggi mana? Okay kalau tak dapat lagi mehh aku bagitahu cara senang nak bayangkan. Nampak kan gambar aku atas tu? Nampak jugak kan kubah besar kat atas yang ada bulan bintang kat situ? Haaaa tinggi tu laa ombak tsunami tersebut. Tinggi bukan? Iyee itulah realitinya. 

Masjid ini memang masih teguh terbina disini. Tapi arah kiblat di masjid ini dah lari disebabkan gegaran tanah yang telah mengalihkan struktur kedudukan masjid ni dan disebabkan itulah bila orang solat dalam masjid ni kita akan nampak orang-2 akan solat senget kedudukan dari arah kiblat sebb keadaan kiblat yang telah berubah. Itu juga salah satu bukti kesan tsunami.



Gambar kat atas ni jugak menunjukkan kesan tsunami yang masih kekal dan sengaja dibiarkan dalam kawasan masjid tersebut sebagai tanda peringatan dan bukti kepada mereka-2 yang datang kesana untuk melihat sendiri kesan yang ditinggalkan. Cuma sebahagiannya sahaja yang ditinggalkan seperti ini tapi kawasan lain telah dibaiki sedikit demi sedikit dan kawasan-2 ini memang akan sengaja dibiarkan begitu.

Rasanya bila kita tengok masjid ni, kita tengok keadaan sekelilingnya bagaimana, kita sendiri boleh berfikirkan? Betapa hebatnya kekuasaan Allah. Betapa Allah itu maha berkuasa. Subhanallah. Pada ketika itu juga rakan-2 aku yang lelaki sempat bertemu dengan Imam Masjid Rahmatullah ini dan mendengar sendiri kisah beliau disebalik tsunami ini. Imam itu kehilangan kesemua ahli keluarganya dan hanya seorang sahaja anaknya yang selamat itu pun sebab anaknya pada ketika itu tiada di Acheh. Sebak bila dengar kisahnya. Tapi itulah hakikatnya. Dan dari saat tsunami tersebut berlaku sehingga ke hari ini imam tersebut tidak pernah melihat mayat ahli keluarganya dan dia percaya mereka semua dikebumikan dengan selamat. 

Seterusnya kami singgah makan tengah hari di persisiran pantai ni. Aku lupa laa apa nama pantai tu tapi pantai yang datangnyaa tsunami tu laa.


Ni lahh diaa. Memang cantik sangat. Sangat cantik airnya. Sebab tu ramai orang bermandi manda kat situ. Dan gunung2 kat belakang tu jugak salah satu tempat penduduk-2 acheh selamatkan diri masa berlakunya gempa bumi dan tsunami 12 tahun yang lalu.

Jadi rasanya setakat tu sahaja trip kami untuk hari yang kedua sebab lepas makan-2 kat pantai tu kitorang pergi shopping-2 dan gerak balik hotel rehat. Ahaa malam tu keluar cuma untuk makan malam.


Inilah suasananyaa masa malam akhir kami makan malam hahaha masing-2 masa ni berebut tempat. 

Esoknya pukul 6 pagi dah bangun sarapan dan terus gerak pergi airport sebab flight pukul 8.45 waktu Indonesia.







Sekian sahaja kisah saya di Bumi Acheh. Memang pengalam di sana, cerita disana sangat-2 berharga. Walaupun dah 12 tahun berlalu namun tragedi tsunami tersebut rasa macam masih segar di ingatan. Berita yang kita dengar, yang kita lihat tak sama dengan mata yang melihat sendiri keadaan disana.

Memang Banda Acheh bukanlah satu tempat yang menarik untuk bercuti dan sebagainya. Tapi ianya satu tempat yang sangat bagus untuk manusia-2 yang macam kita, yang tak terlepas dari dosa untuk muhasabah diri kita, untuk kita sedar betapa besar kekuasaan Allah, betapa Allah itu maha berkuasa dan Bumi Acheh ini satu tempat yang membuatkan kita sedar untuk mensyukuri segala nikmat yang kita peroleh pada hari ni.
Satu pengalaman yang sangat berharga.

Sekian :)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi