♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫

February 9, 2013

Fakta mengenai lelaki ~

Yaa hari ini saya kembali dengan topik topik yang lebih hangat dan sensasi ,
Hahaha , opss ! Over pula terasa kan ,
Hihi , btway tak hangat dan sensasi pun ,
Saja nak share share sesuatu yang baru Fy ketahui dan terjumpa ,
Apa salahnya kan ,
Oke here is it ,

20 FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI ,
  • Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
  • Lelaki sangat benci dikhianati. (Walaupun mereka ego, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah sebenarnya).
  •  Tak semua lelaki suka spend time lama-lama dengan kekasihnya. Jika dia bersama dengan kawan-kawannya lebih dari anda, itu tak bermaksud dia tak sayang. Anda tetap ada di hatinya.
  • Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini).
  • “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda).
  • Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda).
  • Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
  • Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. (Termasuk menceritakan kisahnya dengan bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda).

  • Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu.Itu tandanya dia serius dengan anda.

  • Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum sedia untuk bercerita kepada anda).

  • Sesekali, lelaki pasti akan menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana anda ada untuknya).
  • Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk Tuhan yang mudah marah.

  • Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
  • Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

  • Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
  • Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda).
  • Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (merayu anda).
  • Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta anda menjadi kekasihnya?).

  • Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
  • Lelaki sangat menyayangi ibunya. (Jika ingin mengetahui bagaimana layanan lelaki ketika dia mengahwini anda, lihatlah cara dia melayan ibunya.)

SEKIAN , 


aWwwwww ~ BUAH HATI SAYA, haha XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 7, 2013

Wanita di mata lelaki.


Lelaki dan perempuan di ciptakan antara satu sama lain.

Malam pasangannya siang, 
Jaga pasangannya tidur, 
Rajin pasangannya malas, 
Dan lelaki pasangannya perempuan. 

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, 
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita 
itu dapat memikat hati lelaki. 

Bila berkata tentang terpikat, 
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu. 
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, 
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. 

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal 
dengan IMAN 
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah 
Allah dan RasulNya dan menjauhi 
laranganNya. 

The best part, start here,
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. 
Simbol apa, semua orang tahu. 
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika 
tidak dikawal dengan iman. 
Maka mata lelaki ini selalu menjalar 
apabila terlihat seorang perempuan. 

Setiap bentuk badan seorang 
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki 
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 



Apabila seorang lelaki terlihat seorang 
perempuan, Maka perkara pertama yang akan 
dilihatnya ialah 
rambut wanita berkenaan. 
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh 
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup 
rambutnya. 

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka 
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat 
bentuk lehernya, 
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi 
melihat bentuk dadanya, 
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk 
dada dengan melabuhkan tudungnya. 

Setelah itu mata lelaki akan 
turun lagi melihat 
bentuk ramping pinggangnya, 
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak 
bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan 
bentuk belakangnya, 
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya 
agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan 
lelaki itu akan pula melihat 
bentuk pehanya, 
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain 
yang ketat sehingga terlihat bentuk 
pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan 
bentuk kakinya pula, 
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana 
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau 
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, 
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar 
sedikit, nafsu lelaki akan terusik secara 
spontan, entah tak tahu Kenapa? 

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak 
akan bentuk kakinya, 
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu 
kepada kakinya, 
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki 
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan 
melabuhkan kain, atau memakai stoking yg warnanya 
jangan sesekali berwarna kulit perempuan, 

Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, 
akan melihat pula 
bentuk tangan wanita itu, 
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan 
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. 

Maka wahai lelaki, 
janganlah pula kamu melihat mukanya, 
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika 
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. 
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang 
cantik akan menimbulkan fitnah.
Maka berpurdahlah kamu, 
jika itu lebih baik untuk kamu. 

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis 
penyakit,iaitu mata 
lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika 
ia terlihat 
warna yang menyerlah atau terang 
jika ianya berada pada perempuan. 

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan 
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan 
sangat. 
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. 

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu 
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu 
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, 
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah 
pula kita menjaga kehormatan diri masing2, 
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan 
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar 
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula 
janganlah menjalar langsung kepada muslimah, 
walau muslimah itu telah menutup aurat, 
insyaAllah selamat dunia akhirat. 

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, 
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung 
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum 
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak 
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia 
dilarangi oleh Allah SWT. 

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. 


Sekilau kilau berlian adalah yang menarik untuk dicuri, Seindah indah ciptaan Allah yang paling sukar dijaga adalah wanita solehah..


wasalam..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Apa yang di rasa .


Assalamualaikum...

Sebenarnya, tak tahu apa yang ingin ditulis. 
Lama dah tak update kan?
Biasalah, ada masalah teknikal sikit.
Hihi. Jadi sebelum saya kembali aktif kembali, 
Saya post dulu entry yang dah lama tersimpan dalam draft,



Hmm ,pernah tak dengar ayat ini ,

“Tuhan akan temukan kita dengan orang yg salah dulu barulah kita akan temui orang yang betul…”

Persoalannya, adakah ini benar? Dan adakah ini yang aku lalui sekarang?
Astaghfirullah… tak sepatutnya aku mengandaikan sesuatu yang aku sendiri belum pasti kebenarannya.

Hidup tak seindah yang kita sangka, dan hidup juga tidak boleh menjadi indah seperti yang kita harapkan. Kenapa begitu? Sebabnya mudah. Allah tidak akan menciptakan manusia itu mempunyai perasaan jika Dia hanya ingin kita merasa keindahan dan kebahagiaan semata. Kann?

Kita juga tahu, Allah takkan memberikan ujian yang diluar kemampuan umatNya. Sepatutnya, setiap kali kita mendapat ujian yg diberikan olehNya, kita harus bersyukur kerana itu tandanya Allah sayang dan sentiasa ingat pada kita dan ingin kita menjadi lebih baik selepas kita melalui ujian yg diberikanNya.

Susahkan orang nak terima perubahan yg kita cuba lakukan. Lagi-2 kalau perubahan tersebut ke arah kebaikan? Dan lagi, kalau kita tak mendapat sokongan dari orang yg kita harap dapat menyokong kita utk perubahan yg kita cuba lakukan. 
Tentu hati ini begitu hampa rasanya.

Pelik. Jika seseorang itu ingin cuba utk berubah menjadi yg lebih baik. Seharusnya kita menyokong. Bukan meletakkan dia dalam keadaan serba salah di antara kemahuan sendiri dan orang lain. Patutlah ada yg tak sampai separuh jalan utk berubah, dah berhenti. Mungkin disebabkan factor-2 yang macam ini kut?

Tapi, iman dalam diri pun pentingkan? Kalaulah jadi hal-2 macam ni, sepatutnya kita sendirilah yg kena kuatkan diri kita utk menjauhi hasutan hasutan yg boleh membantutkan niat murni kita kan? Hmm, betul juga tu.

Susah kan kalau diri ini dah tersepit di tengah-2. Mana yg harus didahulukan dan mana yg harus diikut? Orang kata, kalau seseorang tu mengajak kita utk melakukan kemungkaran lebih dari kebaikan, bermaksud dia bukanlah insan yg layak utk kita damping. Betulkah?

“Bila Allah masih belum memakbulkan doa kita atau kita mendapat ujian yg bertimpa timpa, bermakna, ada ‘hutang’ yang telah menyekat doa kita utk dimakbulkan olehNya…”

Demi Allah, hari demi hari, hati ini sering kali terpanggil utk menjadi seorang muslimah yg lebih baik supaya hidup ini mendapat keredhaanNya. 

Namun, sering kali aku gagal utk menjadikan itu kenyataan. Sedih kerana terasa diri ini belum layak utk mencapai ke arah itu. Apa yang di harapkan hanyalah sokongan dari orang-2 yang tersayang. Bukanlah kata-2 atau perlakuan yang boleh menyebabkan semangat ini merudum jatuh terus menyembah bumi.
Insyaallah.

Pastikan akan tiba juga saat itu. Dan, jika benar dia adalah orang yg salah yg Tuhan temukan utk ku, akan aku laluinya dengan redha dan ikhlas, sehinggalah aku jumpa orang yg sebenarnya.

Maaf jika diri ini terlalu over dalam berkata – kata. Sekadar ingin berkongsi perasaan yg dirasa.

Orang kata ,




“Terima segala kekurangan itu lebih baik kerana kelebihan yg ada belum tentu akan memberikan kelebihan kepada kekurangan yg sedia ada…”





TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi