♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫

April 18, 2013

This is what we call life.



Kita boleh hidup bahagia kalau kita inginkan kebahagiaan tersebut.
Menurut buku yang saya baca.
Bila kita lepaskan sesuatu yang sakit, yang perit insyaallah kita akan menemui kebahagiaan di hujung sana.
Jika kita tidak melepaskannya, maka kita masih lagi di takuk yang lama.
Masih terkapai kapai menanti sesuatu yang kita tahu takkan berulang kembali.
Kenapa kita perlu menoleh kebelakang?
Kenapa kita perlu memikirkan sesuatu yang sudah berlalu?
Sedangkan apa yang akan menanti kita mungkin jauh lebih baik dari yang sudah berlalu.

Saya tahu, inilah hidup.
Kita hanya manusia biasa.
Kadangkala sesuatu yang menyakitkan tu sukar untuk dilupakan.
Apatah lagi kalau parutnya masih terkesan sehingga kini.
Tapi, kita perlu ingat, jika kita sering memikirkannya, maka kita memang takkan dapat melupakannya.
Kita akan terus dibelenggu sesuatu yang menyakitkan.
Kalau itulah jalan yang kita pilih, sampai bila kita nak bahagia?
Betul tak?

Mengikut pengalaman saya yang masih setahun jagung dan melalui pandangan saya,
Kita yang akan menentukan kebahagiaan dan kita sendiri yang memilih kesakitan.
Tuhan dah kurniakan akal fikiran untuk kita berfikir mana baik dan buruk, untuk kita memilih mana yang terbaik dalam hidup kita.
Tapi saya tahu, kita hanya manusia biasa.
Kadangkala kita alpa dan terleka.
Kadangkala kita memilih sesuatu yang salah.
Dan kesalahan dan kesilapan yang kita pilih itulah yang akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
Serius guys, sepatutnya kita harus belajar dari pengalaman kerana pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup kita.

Apa yang saya katakan tak bermakna saya bagus.
Saya cuma meluahkan sesuatu yang saya rasa.
Itu yang saya rasa, itu yang saya fikir, dan itu jugalah yang saya luahkan.
Saya juga masih belajar dan mengenal erti hidup yang sebenar.
Inilah hidup kita.
Sesuatu yang sangat sukar dijangka.
Entah apa yang menanti pada satu saat selepas ini pun kita tak tahu kan?

Saya tahu, kita sepatutnya perlu bersedia .
Tapi macam yang saya katakan, kita cuma manusia biasa.
Kita hanya mampu mengikut aturan yang telah ditetapkan olehNya.
Sama ada baik atau buruk, pilihan terletak di tangan kita.

Percayalah, 
Tuhan selalunya akan memberikan kita yang buruk dahulu sebelum digantikan dengan yang baru.
Tuhan juga akan mempertemukan kita dengan sesuatu yang salah dulu baru dipertemukan dengan yang betul.

Jadi ini sahajalah yang dapat saya kongsikan.
Tak tahulah ada maksud.
Byee !


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

April 4, 2013

Bila nak serik? --'


Entah kenapa tiba-2 rasa emo semacam bila tulis tajuk entry ni.
Terus rasa macam ada semangat nak bahas tajuk yang aku bagi tu.
Actually dah lama dah, cuma sekarang baru rasa macam nak luahkan.

Babe, korang tahu erti serik tak?
Mesti tahu kann?
Of course lah dalam dunia ni semua akan tahu apa itu 'serik'.
(Kalau tak tahu jugak, mohon rujuk kamus dewan bahasa edisi ketiga yer.)

Bila dah rasa serik, mesti kita tak akan buat lagi kan?
Even kalau orang yang degil tahap babun sekalipun dia akan rasa serik jugak.
Sama ada cepat atau lambat je.

Panjang sangat mukadimah nyaa....

Takkk, sebenarnya macam ni. Kenapalah kita ni tak pernah nak belajar dari kesilapan.
Contohnya, sesuatu perkara yang menyakitkan. Sebelum ni pernah kena, bukan sekali, malah berkali kali. Nangis, sedih, marah, kecewa sbb disakiti.
Tapi at the end of the day, benda tu jugak lahh yang dibuat.

Kalau orang lain lantak pi kat depa lah kan.
Macam mana kalau org2 yg dekat dengan kita yang kena dan buat semua tu?
Masa dia kena dia datang mengadu, minta nasihat, minta pandangan bagai.
Tapi last-2, nasihat kita, pandangan kita entah kemana perginyaa.
Tak ke rasa macam nak hempukk je kepala mereka?

Ye memang betul, nak terima atau tak pandangan dan nasihat org itu hak masing-2.
Bila org minta pendapat, kita bagi.
Nak ikut atau tidak terpulang.
Tapi yang menjadi tajuk utamanyaa. Kenapalah manusia ni tak pernah serik?
Bukannya tak ada pengalaman yg sama tapi itu jugaklah yg dibuatnya.
Geram kan?
Padahal semua dah terang2 depan mata.
Kenapalah tak guna akal dan fikiran yg Allah beri tu dengan sebaiknyaa?

Haihh entah lah. Aku ni nak berfalsafah panjang berjela pun tak guna.
Bukan layak punn.
Cuma nak menyuarakan pendapat je.
Geram dengan sesetengah orang yg asyik melakukan hal yg sama walaupun dah berkali kali kena.
Grr tak paham lah aku.
Bila dah kena lagi, mula lah, teman-2 terdekat dicari, apa yg dah menyakitkan dilupai.
Lepas tu jumpa yg baru, yg lama pun dilupai.

Tapi ikut suka hati lah kan.
Life sendiri.
Orang lain tak ada hak nak masuk campur.
Segala baik buruk bawah tanggungjawab sendiri sbb sendiri yg buat pilihan.
Tapi, tak salah sesekali pertimbangkan dan fikirkan nasihat orang.
Manusia mudah lupa dan teman-2 sekeliling lah yg kadangkala mengingatkan.

Dah lah. Tak tahu apa lagi nak type panjang berjela.
Ini pun entah korang faham ke tak kan?
Cuba-2 lah faham apa yg aku nak sampaikan kayy.
Saja nak berkongsi perasaan.

Renung-renungkan dan selamat beramal !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Baby pink + Baby blue :)



Assalamualaikum wahai rakyat jelata sekalian.....
Wahhh ada gaya macam permaisuri tak?
Kah kah kahhh ! *sudah-2 lah berangan yer wafii....*

Haaaa tujuan beta eh eh silap, izinkan saya menggunakan gelaran aku yer.
Okayy tujuan aku menghapdate blog hari ini adalah disebabkan tajuk di atas.
Tapi tapi tapi sebelum itu wahai kawan-kawan sekaliann, nampak tak apa yang Fy nampak?
Orang tua-2 kata kalau tak nampak pendek umur tau.
Hahaha. K saja nak buat kelakar yang tak kelakar.

Halahh koranggg takkan tak perasan yang blog aku dah bertukar wajahh?
Haa mesti perasan kan kan kannn?
Punyalah penat aku mengedit apa jadah code semua tu dan dan dannn....
Tadaaaaa !
Inilah hasilnyaa.
Baby pink colour + baby blue colour.
Haaa bek cakap cepatt ! cantikkk takkkk !
Hahahaha.

Penat tau. Walaupun nampak macam senang tapi agak rumit.
Memang tadi agak pening jugak nak mencari colour.
Memang dua colour ni menjadi pilihan.
Tapi bila survey2 ramai dah pakai theme colour pink and blue.
Jadi untuk tidak mengecewakan hati sendiri aku telah menggabungkan kedua dua warna tersebut.
Kah kah kahh.
Kreatif kann?

Yaa tema kali ini memang nak make it simple but nice.
Apa org kata sedap mata memandanglah kan.
Tak lah nampak serabut sangat.

Ermm ermmm ~
Okayy dah tak tahu nak tulis apa dah.
Chowwww ~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi