♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: 21 / 03 / 13 .

March 20, 2013

21 / 03 / 13 .

Ada apa pada tarikh itu?
Halahhhh ~
Tak payah tanya lah kan.
Dah tersebar seluruh dunia apa yang akan terjadi pada tarikh itu.

Tarikh itu akan memperlihatkan kita semua menangis.
Tarikh itu akan kita dengar jeritan-2 dari mereka.
Tarikh itu juga kita akan melihat kegembiraan mereka.
Dan tarikh itu juga kita akan dapat melihat senyuman mereka.

Siapakah mereka?
Mereka adalah Calon calon SPM 2012 batch 1995,
termasuk lah sayaa !!!!

Dipendekkan,
Wehhhhh ! ESOK RESULT KELUAR HOIIIII !

Haaa, itulah kenyataan dan realiti yang terpaksa di hadapi pada hari esok.
Rasa macam baru semalam 7 DISEMBER 2012. 
Tak sangka hari ni dah 20 MAC 2013?
OH maaiiiii !
Tuhan je yang tahu apakah perasaan saya sekarang.


"Aku hanya nak A, tak kisah lah banyak mana, kalau satu pun aku terima...."


Kepada rakan-2 setahun, sekufu dan macam-2 se, sekalian.
Semoga kita berjaya mendapat keputusan yang kita harapkan.
Kita dah berusaha, dan hasil usaha kita itu akan kita dapat pada hari esok.
Jangan menyalahkan sesiapa kalau kita tak dapat apa yang kita harapkan.
Tapi salahkan diri sendiri kerana kita yang menentukan apa kita akan dapat esok.

Tak ada apa yang kita harapkan melainkan utk melihat wajah kegembiraan ibu bapa kita kerana berbangga dengan kita kan?
Same goes to me.
Aku tak minta banyak, cukuplah kalau ianya mampu membuatkan wajah mama dan ayah gembira.
Aku sendiri tahu di mana tahap kemampuan aku.

Kawan-2.
Kalau kita dapat keputusan yang cemerlang, jangan lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah dan tersenyum dengan gembira kerana Dia yang memberikan kita kegembiraan tersebut.

Kalau kita dapat yang sebaliknya, kita juga mesti mengucapkan Alhamdulillah dan tersenyumlah dengan tabah kerana Dia pasti akan memberikan yang lebih baik untuk kita.

Last but not least, 
Tenangkan lah hati kita sebelum mengambil keputusan esok.
Apa pun keputusan yang kita dapat, terima dengan redha.
Percayalah bahawa, setiap sesuatu yang terjadi, ada hikmah di sebaliknya.

Berpeganglah pada prinsip,
Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
Kita berjaya pada hari ni, jangan pernah lupa pada-Nya.

SEMOGA BERJAYA KAWAN-2 !



:')



p/s: Pesanan ini secara keseluruhannya kata-2 untuk melegakan perasaan sendiri....

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi