Heyy guys.
Tak nak buat intro panjang panjang.
Just nak share some info.
Korang tahu tak yg tulisan tangan korang tu sebenarnya menggambarkan peribadi korang?
Nak tahu macam mana?
Check it out.
Pertama : TEKANAN
- Tekanan yang KUAT
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. Mungkin dia adalah seorang yang sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.
- Tekanan yang RINGAN
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.
Kedua : BENTUK TULISAN
- Tulisan yang BULAT - BULAT
Semua huruf ditulis dengan bulat.
[ Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif) ]
- Tulisan yang TAJAM-2 atau LEPER-2
Tulisan yang angular dan sharp.
[ Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical) ]
Ketiga : KECONDONGAN
- Condong ke KANAN
Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.
- Condong ke KIRI
Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur dengan orang.
- TEGAK
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf).
Keempat : KERAPATAN
- JARANG-2
Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.
- RAPAT-2.
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.
Kelima : Pada huruf J , G , Y , Z
- ADA EKOR
Besar, panjang dan sempurna. Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.
- Kecil, Pendek dan Tak Sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.
Keenam : Padan palang huruf kecil T (t)
- TINGGI
Tahan aspirasi tinggi.
- RENDAH
Mudah berpuas hati, cita-2 rendah.
- TENGAH-2
Usaha dan pencapaian di tahap sederhana.
Sumber : Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.
Nak tahu yang mana ciri-2 tulisan Fy ?
Okay ini diaa ,
Pertama : Tekanan yang kuat. (Kalau tulis kadang2 ada berbekas kat belakang)Kedua : Tulisan tajam-2, and leper-2.Ketiga : Condong ke sebelah kiri . (Tapi rasanya explaination tu macam tak kena je dengan diri. hehehe )Keempat : Rapat-2. (Jimat dan kedekut tu tak betul !)Kelima : Ekor yang besar panjang dan sempurna. (Betul lah tu apa yg dijelaskan...)Keenam : TINGGI. (tinggi ke aspirasi aku? hahaa.. entahlahh...)
Jadi secara kesimpulannya,
Tulisan mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.
Sekiann :)
p/s: Jangan percaya seratus peratus, ini hanya rumusan melalui pemerhatian :)
0 Pengkritik:
Post a Comment