♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Dugaan demi dugaan. :')

August 31, 2013

Dugaan demi dugaan. :')

Assalamualaikum.



Maaflah. Lama Fy tinggalkan blog ni kan.
Maklumlah. Sejak bergelar mahasiswi di IPT ni memang tak dapat nak online selalu.
Dekat kolej payah nak dapat line internet kalau pakai lappy.
So bila balik rumah je lah Fy dapat online.
Dan sekarang ada masa, dan mood pun masih baik, jadi Fy update lah sepintas lalu kan.

Sebenarnya kehidupan Fy memang dah banyak perubahan.
Bila masuk kolej, nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling tu memang payah.
Mungkin luaran akan terpancar kegembiraan di wajah, mungkin ada yang nampak kegembiraan di kolej tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Ye, Fy tahu, kita memang kena sesuaikan diri dengan keadaan dan Fy masih dalam proses mencuba.
Tiga bulan Fy di kolej belum cukup agaknya untuk Fy betul-betul sesuaikan diri.
Terlalu banyak dugaan.
Mungkin Tuhan hanya mahu menguji sejauh mana kita sebagai hambaNya tahan dengan ujian yang diberikan olehNya.
Insyaallah.
Mungkin suatu masa nanti Fy dapat juga terima keadaan Fy sekarang ni.

Dan lagi, ohh yaaa.
Ada satu kisah yang agak menarik untuk dikongsikan bersama.
Ermm lepas raya haritu, Fy dan dua orang lagi kawan Fy mohon Politeknik utk kemasukan Disember nanti.
Masa tu memang hati Fy excited sangat dan berharap sangat dapat Politeknik sbb Fy memang dah tak tahan dan nak sangat sangat pergi.
Serius talk, time tu macam dah nekad.
Apa pun jadi, kalau dapat Poli Fy nak jugak pindah !
Hahaha.

So nak dijadikan cerita, Fy dengan dua orang kawan lagi, Wawa and Amy pun bagilah tahu budak-2 kelas yang kitorang nak pindah Poli. Yang rapat-2 dengan kitorang je la terutama yang lelaki.
Lepas je budak-2 tu semua dapat tahu kitorang nak pindah poli, terus dioran mogok, boikot tak nak tegur kitorang.
Memang tak bertegur ahh. Macam musuh dah diorang buat.
Dalam kelas pun dah tak kecoh-2 macam dulu.
Masa tu rasa macam tersepit, serbasalah semua ada.
Terfikir jugak, salah ke keputusan kami.
Diorang ni memang betul-2 menentang habis habisan.
Yang si Syafiq jangan cakap lah. Siap ugut bagai. Seminggu tak tegur Fy.
Masa tu memang betul2 tersepit.

Jadi selepas dapat tahu keputusannya dan fikir semasak masaknya.
Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak pergi meninggalkan kawan-2.
Haaa masa tu nampaklah diorang macam okay sikit.
Cuma Syafiq... ermmm nanti lah Fy cerita di entry yang lain.

Itulah keputusan yang kitorang buat dan haraplah apa yang kitorang pilih ni tak membuatkan kitorang menyesal di kemudian hari.
Bukan apa, kita nak belajar ni memang kena berpandukan minat jugak.
Kalau tak minat, macam mana pun kita paksa, tetap takkan berhasil apa yg kita paksakan tu.
Tapi untuk Fy, ermm Insyaallah lah. Nak tak nak kena jugak terima dan paksakan diri.
Cubalah sedaya upaya dan usahalah untuk habiskan pengajian di kolej tu.
Mungkin ada hikmahnya kan.

Ohh ohh lupaa.
Masa budak-2 lelaki kelas mogok tak nak bertegur dengan kitorang tu terdetik juga di hati ni,
sayang jugak mereka kat kitorang kan?
Hahahaha !

So itu je lah kud.
Insyaallah sampai sem 6 kita bersama yer kawan-2 !
Jangan bosan tengok muka masing-2 sudah.
Hihihihi.






Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi