♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Mungkin hanya persinggahan dan mainan perasaan.

August 31, 2013

Mungkin hanya persinggahan dan mainan perasaan.

As you all know ,
cewahhhh XD
Kononn nak speaking. Hehehe.



Macam yang korang tahu lah kan,
Fy dengan FF dah tak ada  apa apa hubungan lagi.
Fy anggap dia kawan baik.
Tapi sejauh mana hubungan kami tu wallahualam lah kan.
Tunggu dan lihat je lah.

Entry kali ni bukan lagi nak bercerita tentang kenangan, tapi nak bercerita tentang kenyataan.
Kenyataan yang amat sakit utk diterima dan pahit untuk ditelan.
Wahhh bunyi macam berat sangat je kan. Hihihi. Padahal tak pun.
Cuma kenyataan yang Fy anggap macam mainan perasaan.
Fy masih ragu-2, Fy masih keliru. Dan kadangkala Fy rasa yang diri Fy ni macam tak betul pun ada.
Hahaha.
Bukan apaa, setiap kali fikirkan benda ni, Fy masih tak dapat jawapannya.
Persoalannya kan, betul ke apa aku rasa?
Haaa itulah yang selalu bermain di fikiran ni.

Korang, nak tanya.
Lelaki dan perempuan mungkinkah boleh berkawan baik?
Itulah persoalannya.
Mungkin ada, mungkin juga tidak.
Jadi bila korang dah baca persoalan tu, korang faham faham lah keadaan Fy rasa sekarang macam mana.
Ohhh sebelum tu, ini tidak ada kena mengena dengan MFF okayy !
Hihihi

Jadi bagaimana?
Mungkin Fy hanya perlu abaikan perasaan yang bertandang ni,
Mungkin Fy patut anggap perasaan yang hadir ke dalam diri ini ibarat angin lalu yang cuma ingin merawat hati yang sedang luka.
Atau mungkin Fy hanya perlu menganggap perasaan yang hadir ini ibarat pelangi yang ingin mengindahkan hari hari Fy walaupun Fy tahu ia cuma seketika.
Entahlaaa....

Fy tahu ini cuma mainan perasaan.
Ada ketikanya Fy muhasabah diri Fy utk tidak memikirkan perkara-2 yang tidak berfaedah ni.
Tapi bila fikirkan balik, ini memang fitrah manusia.
Kita sebagai manusia kena bijak mengawalnya kan?
Tapi Fy sendiri tak yakin. Betul. Sejujurnya Fy tak yakin, sebab.... hmmm biarlah Fy sendiri je yang tahu.

Payah bila hati dah dikuasai dengan persaan macam ni.
Luaran kenalah menampakkan yang kita tenang macam tak ada apa apa yang berlaku.
Tapi dalam hati? Subhanallah, kalau boleh macam nak cabut je hati ni keluar biar tak ada perasaan.
Tak tahu nak gambarkan macam mana.

Apa yang boleh di harapkan, semoga Allah mempermudahkan segala urusan Fy di sana.
Insyaallah.
Itu sahajalah untuk kali ini.
Nak cerita detail rasa macam tak perlu.
Insyaallah lain kesempatan kita ketemu.





Byebyee !






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi