♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Cuti sem yang tiada cerita.

November 7, 2014

Cuti sem yang tiada cerita.

Ketuk ketuk keyboard.
Haihh bosan sangat yang tahap cane tah cuti sem kali ni.
Sebelum sebelum ni dah dua kali cuti sem, tak kerja pun aku. Movie, novel, movie, novel, haaa tu je laa keje aku.
Tapi cuti sem yg kali ke 3 ni awat bosan dia tahap macam, hurmmm kritikal macam boleh masuk ICU dah ni.
Hishh sukar digambarkan dengan kata kata betul.
Baru dua minggu lebih cuti.
Macam mana aku nak menghabiskan lagi berminggu minggu ni.
Hadoiilahh stresss macam niiiii !

Bilaa aku dah semangat berkobar kobar nak kerja, takde rezeki pulak.
Terpaksa laa melangut jee kat rumah ni.
Itupunn, hmmm dah macam hapee je rasa.
Bukan nak cakap apa lahh, tapi aku rasa faktor-2 aku jadi stress sangat duk rumah ni mesti sebab stress dengan perasaan dan fikiran sendiri.
Haihh tak sukalaaa.
Bilaa tak buat apa-2 tu mulaa laa nak fikir macam-2 nak feeling macam-2.
Eh pikir aku sukee ke haaa?!!!
TAK SUKAAA TAHU TAKK?!!!
Benda tu boleh menyebabkan aku mengalami tekanan jiwa kalau dibiarkan
Ahahaha macam melampau sangat je statement kan.

Ermm tapi memang betul pun.
Kalau kat kolej ada jugak kawan-2, boleh gelak-2 happy-2, tak yah pikir sangat.
Macam lupaaa semua.
Kat rumah memang lah ada adik adik apa semua, tapi masa aku bersendiri tu lebih banyak.
Lagi-2 kalau mama ayah keluar kerja, adik adik pulak gy sekolah, perghhh boleh mati kebosanan silap-2.
Apaa susah gilaaa nak lawan hati dan perasaan sendiri.
Sedih betul.

Jadi, cuba bagitau apa aku patut buat?
Hmm tak berkesudahan betul hidup.
Yang peliknyaa dalam masa yang sama, aku malas nak habis cuti cepat-2 sebab rasa macam berat sangat nak balik kolej.
Rasa macam nak berhenti kolej pastu masuk kolej area-2 kl selangor ni jee.
Malas dah nak balik sana.
Itu kalau ikutkan hati dan perasaan yang tidak waras laa.
Kalau ikutkan akal yang waras memang kalau boleh nak cepat habis cuti cepat masuk kolej cepat habis sem cepat sikit aku tinggalkan kuim.
Hahahaha.
Sejak dari awal hati dah tak ada kat sana.
Nak buat macam mana.
Nasib baiklah ada kawan kawan yang aku sayang.
Diorang laa yg selalu buat aku lupa pasal masalah aku kat sana.
Memang payah nak lawan dengan kehendak hati sendiri ni.

Haihh
Okayy laa byee !


p/s: mungkin jugaaa cuti sem kali ini terasa sunyi dan sepi kerana tiada siapa lagi di hati yang menemani, ekekekee 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi