Assalamualaikum !
Whoaaa after a long time tak jenguk blog ni sbb tak ada apa nak taip dan diceritakan.
Huhu.
Jadi hari ni, bila aku bukak blog ni maknanyaa adalah sesuatu yang aku nak ceritakan dan abadikan kat dalam blog ni kan.
Jadi ceritanya begini.
Semalam, dapat jumpa bebudak ni,
Siapakah mereka?
Okayy kita cerita throwback dulu ah.
Mereka ini adalah ex dormmates aku masa form 4 di SMV SG BULOH.
Dorm 2C GEMILANG 2011.
Dorm yang paling banyak menyimpan sejarah dan cerita disebaliknya.
Haaa ni yang rasa makin best nak cerita ni.
Sambil aku menaip sambil mengingati kembali kenangan pahit manis suka duka ketawa gembira bersama mereka. Hahaha.
Kk kita mula dari mula lah kan.
Sebetulnya memang kitorang bertujuh ni memang banyak sangat sejarah.
Ahli dorm masa tu bukanlah kitorang je, ada lagi yang lain, tapi ditakdirkan kepala kepala di atas ni memang sekepala dalam melakukan apa sahaja. Nak dijadikan cerita k macam ni, dulu masa form 4 masuk sekolah tu, zaman zaman junior laa katakan, mesti akan ada kes dengan senior. Biasalah senior attack itu ini. Ade je yang nak dijadikan masalah. Ada je yang nak cari pasal. Dan muka muka ini lah yang selalunya kena attack. Lagi lagi aku. Muka aku jangan cakap ahh. Hmm macam sedih kelakar pun ada bila ingat balik.
Kalau nak disenaraikan macam-2 lah kitorang pernah kena buat sama sama. Ahaaa kira post kali ni kira aku nak buat pengakuan mewakili kawan kawan aku jugak laa ni. Hahaha.
Pada suatu ketika dahulu, kitorang memang selalu kena attack dengan senior. Macam-2 hal lah. Ada je benda yang tak kenaa. Tah kenapa senior-2 tu dengki jealous dengan kitorang ke hapee tak tahulah.
Kira masa tu memang terasa sangat ahh tekanan dalam kehidupan berasrama tu. Lagi-2 itu memang first time experience kitorang bertujuh ni duk asrama. Macam budak darjah satu lahh, ikut je apa kakak kakak nak kan.
Disebabkan tekanan yang dihadapi macam-2 hal hal kejahatan jugaklah yang kitorang buat utk balas dendam. Tak tahulah senior-2 lain tahu ke tak. Hahaha. Selalunya pukul 12.30 malam dan ke atas, bila semua dah masuk tidur, kitorang seludup keluar senyap2 dari dorm dan mula jalankan operasi. Setakat ni yang aku masih ingat kitorang pernah buat, baling baju dalam senior-2 yg tertentu atas bumbung, celup berus gigi dalam lubang tandas, campur sabun dengan ubat gigi, sorok kasut diorg dalam tong sampah, hahahaha, sumpah lawak seh bila ingat balik. Kalau lah ada senior-2 yg baca blog ni, aku minta maaf zahir dan batin lah yee. Masa tu zaman kanak kanak riang lagi. Siapa suruh cari pasal kan. HAHAHA !
Okayy setakat tu dh laa cerita asrama. Malas nak cerita lebih-2. Sambung balik cerita aku dengan kengkawan aku ni. Ermm kitorg dulu satu dorm cuma setahun je. Masa form 5 warden tu dengki ke canee tak tahulah sbb kitorg terpaksa berpecah disebabkan rombakan dorm. Maka semua pun berpecah pecah. Tapi walaupun kitorang bukan lagi satu dorm, setiap kali prep, makan, solat kitorg still sama sama. Apaa orang kata, yang pertama tu tetap di hati kan. Hahaha. Cam tu laa kud. Memang dalam di antara kitorang bertujuh ni tak dinafikan aku lah yang paling banyak sekali masalah. Hurmm hurmm malas nak ingat cerita sedih tu. Okayy tengok gambar je lah dulu.
Haaaa, after a long time. Plan punyaa plan dapat jugak kumpul sesama macam ni. Maklum lah sekarang masing-2 dah ada haluan masing2, so bila nak kumpul semua memang susah laaa. Sekarang ni memang time yg sesuai laa sebab masing2 cuti sem. Alhamdulillah dapat jugak kumpul semuaa.
Apa yang boleh aku katakan, dalam hidup ni kita memang akan selalu jumpa manusia yang berbeza beza, dan kita akan jalinkan persahabatan yang berbeza beza. Sama lah macam mereka. Masing-2 dah ada kawan baru, masing-2 dah ada hidup baru. Bagi aku walaupun kita dah jumpa kawan baru, sahabat baru, tapi persahabatan kita yang sebelum sebelum ni tetap takkan ada pada yang baru. Betul tak? Every friendship is different and they were different tu. Itulah yg aku rasa. Ada benda yg kawan2 lama kita lebih tahu pasal kita dari kawan baru kita.
Well, dengan diorang ni ada banyak persamaan perangai yang aku kongsikan bersama.
Kenakalan dulu membuatkan kita rapat dan bersahabat sehingga sekarang.
Tipulah kalau tak pernah gaduh. Hakikatnya dulu kita pernah kongsi cerita gembira, sedih sama sama. Kita boleh ketawa nangis sama sama. Kita pernah buat hal, kena dmerit, kena denda sama sama. Kita pernah gaduh nangis berselisih pendapat. Kita pernah kongsi bantal, selimut, baju. Tu semua kenangan indah kan. Lagi lagi bila ada kenakalan yang kita buat. Benda tu adalah kenangan yang paling seronok bila diingat balik sbb setiap kali kita cerita balik pasal tu mesti kita semua gelak happy kan. Hahaha. so maknanya kita tak pernah menyesal lah buat semua tu dulu kan kan kann. Heeeeee.
Jadi, buat sahabat sahabat tersayang, IKA , DIRA , ZANA , MIRA , AMOY , AMAY , thank you for this 4 years friendship. Terima kasih sbb masih terima aku sebagai kawan korang. Sekarang ni masing-2 dah ada jalan hidup sendiri nak capai cita -2. Bila jumpaa haritu cerita pasal kahwin, rasa malu adaa, rasa tak percaya pun ada. HAHAHA, Sbb aku rasa macam kita ni masih budak form 4 yang belum bersedia lagi nak jadi mak orang. Kann kann kann. Hehehee. Tak sangkaa semua dah besar dan dah boleh jadi bini orang hakikatnyaa. Uhukk sedih sedih.
So korang jaga diri, ada masa kita jumpaa lagi. Inshaallah kita akan cuba cari masa utk kumpul sesama macam ni tauu tauu. Aku abadikan gambar ni dalam blog sbb bila korang google je nama korang inshaallah korang akan jumpa balik gambar-2 ni. Uhuhuuu.
Okayylahh. Tu sahajee.
Byebyeee !
0 Pengkritik:
Post a Comment