♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Hidup ini satu perubahan.Itu

May 6, 2015

Hidup ini satu perubahan.Itu

Assalamualaikum.
Lama rasanya tak buka blog ni.
Last update bulan 2, lebih kurang 3 bulan yang lalu.
Hehee. Memang, sekarang ni susah sikit nak buka blog ni. Entah kenapa kena tengok mood.
Walaupun kadang-2 kalau tak ada buat apa apa tu ada rasa keinginan nak menulis nak ceritakan sesuatu kat sini, tapi tahap kemalasan nak buka laptop tu memang malas yang amat.
Teruk teruk. hahaha.
Tapi, aku tak pernah lupakan blog ni.
Ada ke tidak orang baca aku tak kisah pun, yang penting aku sendiri puas hati bila dapat abadikan cerita-cerita dalam ni.
Seolah olah kita sedang meluahkan dan bercerita kepada seseorang.
Kadang-2 ada benda yang tak dapat kita luahkan melalui perkataan kan.
Haaa dan ini lah cara aku. Penulisan. Dan ianya memberikan aku kepuasan.


Hmm jadi sekarang tak tahu nak mula dari mana.
Rasa macam banyak sangat sebenarnya benda nak cerita, tapi tak tahu mana satu.
Nak fikir tajuk tu punn hampir 15 minit lah berlalu.
Hahaha, last-2 itu je idea yang sampai.
Tak tahulah ada kaitan ke tak nanti dengan apa yang aku nak tulis ni.
Huhuhuuu..

Well, seperti biasa, aku akan buka blog ni kalau cuti panjang je.
Dan sekarang memang aku sedang bercuti semester.
Whoaaa rasa macam sekejap je masa berlalu.
Sem depan dah masuk semester yang kelima !
lepas tu keenam !
Lepas tu konvo !!! yeehaaaa taksabarnyaaaaaaa. hahahaha

Akan tetapi, haaa inilah kud yang nak diluahkan dan nak diceritakan.
Semester 4 ni aku rasa sem yang paling tough sekali berlaku.
Macam macam benda jadi yang membawa perubahan dalam diri aku.
Yeee orang lain mungkin tak nampak, tapi aku sendiri rasa benda tu.

Bermula dengan awal sem dulu, dapat keputusan yang alhamdulillah bagi aku sangat baik dan aku sangat puas hati. Alhamdulillah sangat sangat.
Kemudian, tak sampai seminggu, belum mula pun lagi kelas, dikejutkan pula dengan berita ada rombakan kelas apa semua tu. Dan aku seorang je dari kalangan kawan-kawan aku ni laa yang tercampak ke kelas lain. Ermm rasanya dah cerita kud sebelum ni kan? Ahaa tapi tak apalah. Ni dikira throwback balik laa ni. Jadi pada saat tu memang aku rasa macam down gilaa laa kan. Bukan apa, rasa macam semangat tiba-2 jatuh merudum sebab kita akan masuk ke satu keaadaan yang kita tak biasa sebelum ni sebab kita dah cukup selesa dengan keadaan kita, and aku rasa thats whylaa aku rasa macam tu, sebab aku dah 'cukup selesa' dengan keadaan aku. Itulah yang orang pesan, jangan terlalu selesa dengan keadaan kita sekarang ni kan.

Jadi, walaupun pada awalnya benda tu macam memberi tamparan yang hebat dalam hidup aku, hahaha lama kelamaan aku dapat membiasakan. Err bukan dapat aku rasa memang aku nak tak nak kena jugak biasakan. Sampai bila asyik nak cakap tak boleh tak boleh je kan. Kalau kita fikir jauh ke hadapan pun, dan kalau ditakdirkan yang umur kita ni panjang pun, masih jauh lagi perjalanan kita dan akan banyak lagi kejutan kejutan yang akan membuatkan kita berada pada satu tempat yang bukan kebiasaan untuk diri kita. So benda tu memang normal. Kan? Huhuhu

Alhamdulillah. Aku terima semua yang dah ditakdirkan dalam hidup aku ni. Aku percaya ada hikmahnya. Walaupun tak dinafikan kadangkala rasa stress, rasa penat yang ama sangat. Tapi bila fikir-2 balik, its normal right? Ini baru namanya life student. Dah habis belajar nanti, aku percaya, semua ni akan jadi pengalaman yang berharga yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup. In Shaa Allah.

Jadi lepas kejadian demi kejadian, sampai lah ke penghujung sem, macam macam lah yang dah dilalui. Untuk sem ni pun tahap keyakinan aku untuk keputusan sem ni memang jatuhlaa sikit. Rasa macam down laa jugak sikit. Kurang keyakinan untuk sem ni tapi tak apalah kan. Final haritu pun dah buat sehabis baik, apa pun keputusan aku tawakal je lah. Asalkan lulus dah cukup baik sebab aku tahu apa pun keputusan tu nanti berdasarkan usaha aku sendiri kan. Huhuhu.

Itulah hakikatnya.
Dalam hidup ni, kita akan melalui bermacam-macam jenis perubahan.
Semua akan berubah.
Semua akan kita lalui.
Kita bersedia atau tidak, kita kena jugak lalui.
Bukan kuasa kita untuk menolak ketetapan yang dah ditetapkan untuk kita.
Apa yang kita perlu buat?
Yakin lah pada diri, anggap tu semua cabaran yang perlu kita hadapi.
Kalau kita berjaya lalui semua tu hingga ke akhirnya, katakan tahniah pada diri.
Sebab?
Sebab kita berjaya !
Berjaya lalui sesuatu yang kita tak pernah jangka kita akan laluinya.
Huhuhuu.

In Shaa Allah.
Suatu hari nanti, kita akan nampak, hikmah disebalik setiap perubahan tu.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi