♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Moga Allah simpan rasa itu hingga tiba waktu.

February 4, 2015

Moga Allah simpan rasa itu hingga tiba waktu.

Assalamualaikum.
Wahhh panjang sangat tajuk kali ni kan.
Hehee.
Bukan apa, bila tajuknya panjang semestinya post kali ni pun agak panjang. Mungkin?
Bergantung kepada tahap kerajinan dan bergantung kepada tahap kelancaran otak aku nak memirkan ayat. Tapi tujuannya macam dh ada lah. Heheee.
Alaa bukan ada apa pun.
Macam biasala, cuma nak kongsikan sesuatu dan abadikan sesuatu disini.
Sesuatu yang aku rasa sebagai salah satu daripada perancangan masa depan aku mungkin?
Sesuatu yang aku rasa telah menjadi sebahagian dari hidup aku dan patut aku fikirkan.
Apakah ituuu?

Jengg jenggg jenggg ~
Hahahaha ,

Tahu tak?
Kesabaran tu sangat indah.
Tahu tak?
Hikmah disebalik kesabaran itu sangat seronok.

Kenapa aku cakap macam tu?
Well, bagi diri aku sendiri, melalui pengalaman hidup aku sendiri, aku macam dah lalui satu fasa di mana aku rasa aku tak mampu nak bangkit kalau aku tak kuat.
Yaaa mungkin itu bukanlah dugaan besar sebesar besarnya kan.
Ramai lagi yang diuji lebih teruk dari aku dan diuji dari segi yang lain.
Tapi tak kisah la kan.
Itu bahagian mereka.
Allah takkan uji seseorang tu melebihi kemampuannya kan?
Dan Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya.
Hmm betul tu.

Jadi setelah apa yang berlaku dalam hidup aku untuk tahun 2014 laa senang ceritakan.
Memang sangat sangat tough untuk aku lalui sampai sekarang kadang-2 aku sendiri masih tak percaya.
Rasa macam semalam aku menangis macam orang gila mengenang nasib diri tapi hari ni aku mampu tersenyum bahagiaa.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukurillah. Syukur sangat.
Aku tak tahu nak gambarkan macam mana tapi aku rasa inilah hikmah di atas kesabaran aku selama ni mungkin?
Bukan mudah nak bertahan Bukan mudah nak bina kekuatan. Dan alhamdulillah aku mampu bertahan walaupun sampai suatu ketika aku pernah berputus asa.

*nak nangis bila ingat balikk....huhuuu...*

Tapi memang itulah hakikatnya.
Kalau tiada tangan yang menghulurkan untuk aku bangun kembali, mungkin sampai sekarang aku masih berputus asa.
Siapa?
Dia yang membuatkan aku jatuh terduduk. Dia juga yang menghulurkan tangan untuk aku bangun kembali.
Sama lah seperti dia yang memberikan kelukaan. Dan hanya dia yang mampu merawatnya.
Hanya dia.
Terima kasih diucapkan.
Heheee.

Jadi sekarang, tiada apa lagi yang aku harapkan melainkan ada ruang dan peluang untuk masa depan kepada kami.
Cuma itu. Bagi aku sekarang bukan lagi masa suka suka nak cuba sana sini apa semua kan.
Once kau dah dapat, kau peganglah dan jangan lepaskan.
Percaya pada takdir kan?

Tak dinafikan. Kadangkala aku takut sendiri.
Orang kata kalau happy, jangan happy sangat, takut kesedihan muncul. kan?
Dan kalau nak berangan pun jangan lelebih sangat, takut tak jadi nanti siapa jugak yang kecewa?
Diri sendiri jugak kan?
Hmm tapi pada aku, apa salahnya kita berangan sambil merancangkan. Hihihi.
Kalau kita tak merancang macam mana Allah nak tentukan mana yang terbaik untuk kita?
Jadi apa salahnya, kita cuma merancang, biarlah Allah yang tentukan.
Cuma doakan lah, apa yang kita nak tu akan termakbul dan apa yang kita nak tu terbaik untuk kita.

Jadi kepada sesiapa yang empunya diri,
kalau lahh, ni kalauuu awak baca blog saya ni, saya ada ucapan khas nak dibuat.
Cewahhhh xD
hihihi

Awak, 
Terima kasih sebab kembali.
Terima kasih sebab datang kembali.
Kepada saya.

Walaupun pada saat awak muncul saya telah pun berputus asa, tapi hati saya masih belum berputus asa sepenuhnya.
Jadi terima kasih kerana kembali.
Dan menghidupkan kembali apa yang telah mati.

No words can describe how it feels, but I'm glad to know you.
Saya bersyukur sebab Tuhan mempertemukan saya dengan awak.
Saya mungkin tak dapat jelaskan sebab kenapa dan mengapa saya sangat perlukan awak.
Apa yang boleh saya beritahu, selain dari keluarga saya, awak adalah orang yang saya perlukan dalam hidup.

We try our best okayy.
Yeahhh will try to make it.
To makes our dreams come true.

Apa yang penting,
You know who I am and I know who you are.
Accept me for who I am.
Thats enough.

THANKS FOR EVERYTHING MR. MAN.
May Allah Ease Our Journey.
In Shaa Allah.


p/s: Moga Allah simpan rasa itu hingga tiba waktu. Amin.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi