♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: December 2015

December 27, 2015

HEALER - Review K-Drama

Assalamualaikum
Yuhuuuu !
Okayy straight to the point, hari ni aku nak review pasal Korean Drama yg buat aku tak tidur semata mata nak habiskan 20 episod dalam dua hari . Hahahah . Okayy aku memang macam tu. Nak tak nak, nakk jugak  habiskan sebab isnin dah kerja. Kalau tak nanti tak senang duduk aku kat office tu sbb asyik teringat cerita tuu je . Hahaha.


Okayy tajuk cerita kali ni ialah HEALER. Haaaa siapa peminat-2 cerita korea ni aku rasa mesti dah tengok kan? Tak silap cerita ni ada di tayangkan di tv ke tak? Ehh entah laaa yang tu aku tak pasti. Hehehee.

Yang sebenarnyaa dah lama dah aku duk review-2 cerita ni. Sebab ramai yg kata best. Tapi aku still teragak agak nak tengok. Sebab aku tak kenal sangat siapa pelakon dia. Maybe sbb tu kud aku macam nak ke tak tengok. Haa camtulaaa hehee.

Okay cerita ni pelakon perempuan dia aku kenal lahh , Park Min Young yangg tak silap aku dia berlakon cerita City Hunter jugak kan? And si hero yangg sangatttlahhh hensem niiii Ji Chang Wook. First time aku tgok cerita yang dia lakonkan ni. Well memang superb ! Sebab tu jugalaaa terdetik nak review ceritaa ni sebab aku dah jatuh cintaaa berkali kali dengan Healer ni ! hahahaha


Haaaa ni aku bukan nak cerita pasal sinopsis tauu. Nak tahu kena pergi tengok sendiri lahh. Hahah yang aku boleh ceritakan, kenapa aku kata cerita ni best. Okayy first sekali aku nak bgtau, memang cerita ni adaa laa sikit macam cerita City Hunter tuuu. Tapi cerita CH tu lebihh kepada politik kann. Cerita ni adaa laa jugak cerita-2 sampingannyaa cuma aku tak berapa faham sikit. Tak tahu lah sama ada aku yg tak faham atau plot ceritanyaa memang tak jelas. Tapi takpe, abaikan je sbb tu cuma cerita-2 sampingan yang boleh dikatakan penyebablaa kepada kisah cinta yg nak ditunjukkan dalam cerita HEALER ni kan. Well memangg dua-2 hero and heroin ni sangat sangat sangat lahh serasi and sesuai adn memang bagi aku berjaya lahh watak diorang dalam ni. Memang thumbs uppp !

Bukan apa, aku memang boleh dikatakan suka dengan k-drama ni lebih drpd drama melayu sendiri sebab ni lah. Kalau cerita melayu tu tak habis habis pusing cerita sama kan. Benci, kahwin, jatuh cinta, kahwin paksa, cerai, pastu ada org ketigaa haa pusing-2 macam tu jugaklaa cerita kan. Konflik hal percintaan tak habis habis.

Tapi kalau k-drama, dalam banyak-2 drama yg aku memang dh tengok memang kebanyakannya cerita diorang memang ada class yg tersendiri. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab setiap kisah cerita diorg berlainan utk setiap drama. Memang nampak lebih kurang sama, macam cerita ni dengan CH laaa, tapi banyak perbezaannya. Dan part yang paling aku suka and puji k-drama ni sebab diorg tak cuma tunjukkan konflik percintaan or rumah tangga. So tak nampak complicated sangat. Kisah cinta yg dipaparkan cool and relaks je. Tapi berjaya jugak kann. So kenapa drama melayu takde yg nak hasilkan cerita yg macam ni?


Hahhh memang aku malas laa nak story panjang-2 kenapa, kenapaa and kenapaa kann sebab memang banyak sangat sebab kenapa cerita ni bestt. Styleee smart, cool and eee macam-2 lagi lah ! Hahahah memang aku puji pelakon-2 dalam ni terutama hero and heroin ni laaa. Sangattt superb !


This is my HEALER ! Sumpahh laaa memang best dia ni. Dah laaa sangatt sangattt sangattt handsome ! Berkali kali aku jatuh cintaaa hahahaha


Okayy lastlyy cukup lahh ! Memang tak puas aku tgok sekali. Tengok pun online jadi aku akan pastikan aku download cerita ni supaya boleh tengok berkali kali Hahahahah.

Jumpaa lagi ~
Byeebyeeee !
Saranghaeeeeeee ~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

December 8, 2015

Classmates vs ExClassmates



Kali ni cerita berkenaan dengan kelas, classmates dan seangkatan dengannya lah.
Tahu kan, sebelum ni tak silap masa semester break yang lepas kud, aku ada cerita pasal aku kena tukar kelas tu. Haaa alaaa yang sampai diri sendiri nangis-2 depan ustaz sbb nak stay dalam kelas yang samaa. hahahaha malu tak terkata laaa bilaa ingat balik :')

Jadi nak di jadikan kisahnyaa, untuk sem ni, aku cuba laa adapt untuk terus kekal dalam kelas tersebut. Sebelum ni aku kelas B, tapi disebabkan fakulti anjakkan kelas makanyaa aku naik ke kelas A. Dan sumpah masa tu, saat itu dan ketika itu, hanya Tuhan yang tahu macam mana aku rasa. Pernah sampai rasa down sangat sampai nak berhenti kolej je rasa. Hahaha. Tapi, bodoh laa aku kalau buat macam tu kan? hehee.

Untuk satu sem agak susah jugaa untuk aku sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Biasalah setahun lebih kud, dengan classmates yang sama, tup tup kau kena campak ke tempat baru. Awkward tu mesti ada kan? Tapi biasalah, kalau dah namanyaa Nur Adilla Wafi, satu saat pasti dia akan sedar dengan semua yang terjadi ni. Macam mana? Muhasabah diri, positifkan diri balik. 

Masa tu memang aku tak boleh terima hakikat dan kenyataan. Memang tak boleh. Tapi bila fikir-2 balik, and aku ambil jangka masa yang agak lama jugaklaa untuk muhasabah diri tuu hahaa barulah aku boleh think positif. Yelahh, ambil lah semua ni sebagai pengalaman kan. Apa yang aku fikir saat tu? Okayy ini baru permulaan. Aku ingat balik apa ustaz fahmi nasihat (ustaz yang aku jumpa a.k.a penyelaras kos masa aku nak tukar balik kelas) Dia kata, 

"awak bukannya nak pergi berperang. awak cuma ditakdirkan jauh sikit dari kawan-2 awak. saye tahu awak taknak sbb awak dah biasa dengan kawan-2 awak. tapi cuba fikir balik bila awak dh kerja nanti kalau awak diletakkan dalam situasi yang sama macam ni cuma yang berbeza hanya tempat. masa tu awak terpaksa diletakkan lebih jauh dari tempat yang menjadi kebiasaan awak. macam mane?"

Haaa yess, Actually panjang lebar lagi ustaz nasihat masa tu. Tapi ni antara yang paling aku ingat lah. Betul apa dia kata. Ni satu pengalaman yang orang lain tak dapat. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Tak adalah aku cuma jadi manusia yang taknak kemana mana dan hanya stay di takuk yang lama kan. Sepatutnyaa aku bersyukur sebab dalam ramai-2 aku terpilih untuk merasai semua ni.

Hmm mungkin orang akan cakap, yelahh ni ayat nak sedap kan hati. Eh tapi memang betul apa. At least kau akan kena bergaul dengan orang yang tak pernah kau biasakan sebelum ni. Masa awal-2 baru masuk dulu boleh je take time untuk berkenalan, dan mencari keserasian dengan kawan-2 yang dah ada kenapa sekarang tidak kan? Haaa itulah yang selalu aku ingatkan untuk diri sendiri.

Walaupun tidak dinafikan, untuk sem ni, aku masih rasa ketidakselesaan dan tiada langsung keserasian, but still aku cuba juga untuk bertahan. Settlekan, dan ikutlah semua yang ditetapkan. Just go with the flow kan? Hinggalah semua ni tamat.

Kadang-2 aku rasa, dah macam-2 aku kena rasa kena lalui sepanjang aku bergelar mahasiswi ni. Kadang-2 jugak aku rasaa, wahhh banyak sangat pengalaman. Tapi bila tengok orang lain yang lebih hebat ujian dan dugaannya, barulah aku sedar, ini baru sekecil kecil dugaan. Aku akan lalui yang lebih besar dari ini mungkin?

Sedih memang lah sedih. Kadang-2 selalu tertanya tanya, kenapa dalam ramai-2 aku yang kena lalui. Seronok tengok classmates yang lama. Kalau orang tanya kenapa aku sayang sangat. Tengoklah sendiri macam mana suasana, macam mana perangai masing-2. Sebab tu lah aku sayang sangat. Huhuhu. Tapi tak apalahh. Dunia belum berakhirkan? ahahah. Bersyukurlah. Sebab aku pernah juga lalui kenangan-2 manis bersama mereka untuk setahun setengah yang lalu. Dan itu sangat sangat menggembirakan. 



Setiap individu itu berbeza. Dan diri sendiri juga berbeza dari yang lainnya.


Kepada semua sahabat-2 saya, classmates dan ex classmates dan tak kira siapa pun mereka, semoga kita semua berjaya mencapai cita-2. 
Good luck dan terima kasih kerana pernah hadir dan menjadi sahabat. :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

December 7, 2015

End Of Semester 5


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, finally... bila aku dah muncul di blog ni jadi itu bermakna aku sedang menikmati semester break lah kan, hahaha tapi untuk kali ni aku cuma ada seminggu untuk bersenang lenang di rumah. Kemudiannya aku dah mula dengan internship. Wahhhh ! Serius kan ! Cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik, aku dah habis semester 5 wehh ! Another satu semester je lagi nak habis diploma ni yeahhhh !! May everythings goes well lah kan , huhuhu.

So for now, untuk mukadimah, ermm bukanlah mukadimah actually. Sebelum aku mula post dengan macam-2 kisah, post aku kali ni nak cerita secara random jelah apa yang dah jadi pada diri aku sepanjang semester 5 ni. Walaupun sebenarnyaa jari ni ada rasa macam kekok kekok nak menyusun kata, tapi tak apalahh, patikk cubaa yaa susunkan kata sebaik mungkin. hihihihi

 Hmm well seriously boleh dikatakan semester yang amat amat tough dan sangat penat! Sangat sangat sangatttt. Penat dia macam sampai satu tahap kau terpaksa selubung dalam selimut dan menangis sendiri tersedu sedu tanpa siapa peduli hahahaha sadisnyaaa :'(

Sebenarnyaa, hmm entah kenapa lah aku rasa sampai macam tu sekali pada satu tahap tu. Okayy macam ni, nak dijadikan cerita semester ni aku agak sedikit busy sejak sejak aku memegang jawatan Timbalan Exco Kebajikan MPP kolej aku ni. Mulaa-2 tu masa awal-2 bertanding rasa macam tak ada apaa kud yang nak dibusykan sangat. Hahaha tapi itu semua dusta belaka. Serius laa dia punya busy, penat tu lahh yang kekadang buat aku menangis sendiri dalam selimut. Nak mengadu? Kangg aku kena balik sebab aku yang beria nak bertanding kan hahaha padan lah muka diri sendiri.

Akan tetapi wahai kawan kawan, sebenarnya rasa penat, rasa nak give up apa semua tu biasalah. Kat mana mana pun macam tu. Selalu aku positifkan diri. Anggap ni semua cabaran. Apa yang aku dapat ni, pengalaman yang aku rasa semua ni, belum tentu lagi aku akan dapat di tempat lain. Dah kerja nanti aku tahu, ada cabaran yang lagi teruk daripada ni. So, face it lah kan! Rasa give up apa semua tu biasalah. Yang penting fizikal mental tu kena kuat. Mulut je mengeluh itu mengeluh ini, tapi jauh dilubuk hati, orang lain tak tahu dan hanya aku je yang tahu, aku memang suka kan apa yang aku lalui sekarang.

And then, hmm lagi satu. Maybe aku a bit down untuk semester ni sebab aku jauh dari kawan-2. Well boleh dikatakan untuk sem ni aku kehulur kehilir banyak sendiri. Bukanlah bermaksud tak ada kawan. Kawan baru memang ada. Ramai. Jujur cakap sejak2 aku di bawah MPP, aku kenal ramai orang. Dan disebabkan itu jugalah maybe ada di antara kawan-2 aku sendiri yang ingat aku lupa kawan dan sebagainyaa. Sebenarnya kata-2 macam tu jugaklah yang kadang-2 buat diri rasa down. Dah laa aku memang jauh tercampak duduk dalam kolej disebabkan komitmen-2 tertentu and untuk memudahkan pergerakan aku juga, Kawan-2 semua dekat luar. Untuk sem ni jugak, aku mula untuk biasakan diri dengan keadaan kelas yang baru classmate yang baru. Malas dah nak tukar-2 kelas apa semua. Jadi memang tersangatlah jarang jumpa kawan-2.

Untuk ini, memang aku harap yang kawan-2 faham apa aku lalui. Tapi bila aku dengar suara-2 sumbang tak kisahlaa dari siapa yang kata ku lupa kawan laa apa laa, siapa yang tak frust? Siapa yang tak down? Cuba kau bagitahu? Bila kitaa penat dengan macam-2 masalah, kita cuma harap akan ada sesiapa yang tanya kita apa yang kita lalui, ambil berat pasal kita, support apa pun yang kita lakukan. Moral support tu sangat penting kan sebenarnyaa. Tapi aku, hmm entahlaaa. Memang ada satu ketika yang aku rasa tak ada siapa pun faham apa yang aku buat, apa yang aku nak. Kecil hati? Itu pasti ada....

Tapi biasalah, bila kau dah rasa macam-2 perasaan yang bermain di hati tu, positifkan diri balik. Jangan terus biarkan perasaan mengawal diri. Positif thinking. Biarlah apa orang nak kata, apa orang nak fikir. Diorang tak lalui, diorang tak rasa. Apa pun diorang nak fikir, nak kritik, buatlah. Apa yang aku fikir saat ni ialah, nak habiskan semua ni, untuk setengah tahun je lagi... Itu jee.

Good luck untuk diri sendiri.
Semoga sentiasa tabah dan kuat untuk mengharungi liku liku sebagai mahasiswi.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi