♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Classmates vs ExClassmates

December 8, 2015

Classmates vs ExClassmates



Kali ni cerita berkenaan dengan kelas, classmates dan seangkatan dengannya lah.
Tahu kan, sebelum ni tak silap masa semester break yang lepas kud, aku ada cerita pasal aku kena tukar kelas tu. Haaa alaaa yang sampai diri sendiri nangis-2 depan ustaz sbb nak stay dalam kelas yang samaa. hahahaha malu tak terkata laaa bilaa ingat balik :')

Jadi nak di jadikan kisahnyaa, untuk sem ni, aku cuba laa adapt untuk terus kekal dalam kelas tersebut. Sebelum ni aku kelas B, tapi disebabkan fakulti anjakkan kelas makanyaa aku naik ke kelas A. Dan sumpah masa tu, saat itu dan ketika itu, hanya Tuhan yang tahu macam mana aku rasa. Pernah sampai rasa down sangat sampai nak berhenti kolej je rasa. Hahaha. Tapi, bodoh laa aku kalau buat macam tu kan? hehee.

Untuk satu sem agak susah jugaa untuk aku sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Biasalah setahun lebih kud, dengan classmates yang sama, tup tup kau kena campak ke tempat baru. Awkward tu mesti ada kan? Tapi biasalah, kalau dah namanyaa Nur Adilla Wafi, satu saat pasti dia akan sedar dengan semua yang terjadi ni. Macam mana? Muhasabah diri, positifkan diri balik. 

Masa tu memang aku tak boleh terima hakikat dan kenyataan. Memang tak boleh. Tapi bila fikir-2 balik, and aku ambil jangka masa yang agak lama jugaklaa untuk muhasabah diri tuu hahaa barulah aku boleh think positif. Yelahh, ambil lah semua ni sebagai pengalaman kan. Apa yang aku fikir saat tu? Okayy ini baru permulaan. Aku ingat balik apa ustaz fahmi nasihat (ustaz yang aku jumpa a.k.a penyelaras kos masa aku nak tukar balik kelas) Dia kata, 

"awak bukannya nak pergi berperang. awak cuma ditakdirkan jauh sikit dari kawan-2 awak. saye tahu awak taknak sbb awak dah biasa dengan kawan-2 awak. tapi cuba fikir balik bila awak dh kerja nanti kalau awak diletakkan dalam situasi yang sama macam ni cuma yang berbeza hanya tempat. masa tu awak terpaksa diletakkan lebih jauh dari tempat yang menjadi kebiasaan awak. macam mane?"

Haaa yess, Actually panjang lebar lagi ustaz nasihat masa tu. Tapi ni antara yang paling aku ingat lah. Betul apa dia kata. Ni satu pengalaman yang orang lain tak dapat. Sekurang-kurangnya aku boleh belajar untuk menyesuaikan diri di tempat yang baru. Tak adalah aku cuma jadi manusia yang taknak kemana mana dan hanya stay di takuk yang lama kan. Sepatutnyaa aku bersyukur sebab dalam ramai-2 aku terpilih untuk merasai semua ni.

Hmm mungkin orang akan cakap, yelahh ni ayat nak sedap kan hati. Eh tapi memang betul apa. At least kau akan kena bergaul dengan orang yang tak pernah kau biasakan sebelum ni. Masa awal-2 baru masuk dulu boleh je take time untuk berkenalan, dan mencari keserasian dengan kawan-2 yang dah ada kenapa sekarang tidak kan? Haaa itulah yang selalu aku ingatkan untuk diri sendiri.

Walaupun tidak dinafikan, untuk sem ni, aku masih rasa ketidakselesaan dan tiada langsung keserasian, but still aku cuba juga untuk bertahan. Settlekan, dan ikutlah semua yang ditetapkan. Just go with the flow kan? Hinggalah semua ni tamat.

Kadang-2 aku rasa, dah macam-2 aku kena rasa kena lalui sepanjang aku bergelar mahasiswi ni. Kadang-2 jugak aku rasaa, wahhh banyak sangat pengalaman. Tapi bila tengok orang lain yang lebih hebat ujian dan dugaannya, barulah aku sedar, ini baru sekecil kecil dugaan. Aku akan lalui yang lebih besar dari ini mungkin?

Sedih memang lah sedih. Kadang-2 selalu tertanya tanya, kenapa dalam ramai-2 aku yang kena lalui. Seronok tengok classmates yang lama. Kalau orang tanya kenapa aku sayang sangat. Tengoklah sendiri macam mana suasana, macam mana perangai masing-2. Sebab tu lah aku sayang sangat. Huhuhu. Tapi tak apalahh. Dunia belum berakhirkan? ahahah. Bersyukurlah. Sebab aku pernah juga lalui kenangan-2 manis bersama mereka untuk setahun setengah yang lalu. Dan itu sangat sangat menggembirakan. 



Setiap individu itu berbeza. Dan diri sendiri juga berbeza dari yang lainnya.


Kepada semua sahabat-2 saya, classmates dan ex classmates dan tak kira siapa pun mereka, semoga kita semua berjaya mencapai cita-2. 
Good luck dan terima kasih kerana pernah hadir dan menjadi sahabat. :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi