♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: End Of Semester 5

December 7, 2015

End Of Semester 5


Assalamualaikum..
Alhamdulillah, finally... bila aku dah muncul di blog ni jadi itu bermakna aku sedang menikmati semester break lah kan, hahaha tapi untuk kali ni aku cuma ada seminggu untuk bersenang lenang di rumah. Kemudiannya aku dah mula dengan internship. Wahhhh ! Serius kan ! Cepat sangat masa berlalu. Pejam celik pejam celik, aku dah habis semester 5 wehh ! Another satu semester je lagi nak habis diploma ni yeahhhh !! May everythings goes well lah kan , huhuhu.

So for now, untuk mukadimah, ermm bukanlah mukadimah actually. Sebelum aku mula post dengan macam-2 kisah, post aku kali ni nak cerita secara random jelah apa yang dah jadi pada diri aku sepanjang semester 5 ni. Walaupun sebenarnyaa jari ni ada rasa macam kekok kekok nak menyusun kata, tapi tak apalahh, patikk cubaa yaa susunkan kata sebaik mungkin. hihihihi

 Hmm well seriously boleh dikatakan semester yang amat amat tough dan sangat penat! Sangat sangat sangatttt. Penat dia macam sampai satu tahap kau terpaksa selubung dalam selimut dan menangis sendiri tersedu sedu tanpa siapa peduli hahahaha sadisnyaaa :'(

Sebenarnyaa, hmm entah kenapa lah aku rasa sampai macam tu sekali pada satu tahap tu. Okayy macam ni, nak dijadikan cerita semester ni aku agak sedikit busy sejak sejak aku memegang jawatan Timbalan Exco Kebajikan MPP kolej aku ni. Mulaa-2 tu masa awal-2 bertanding rasa macam tak ada apaa kud yang nak dibusykan sangat. Hahaha tapi itu semua dusta belaka. Serius laa dia punya busy, penat tu lahh yang kekadang buat aku menangis sendiri dalam selimut. Nak mengadu? Kangg aku kena balik sebab aku yang beria nak bertanding kan hahaha padan lah muka diri sendiri.

Akan tetapi wahai kawan kawan, sebenarnya rasa penat, rasa nak give up apa semua tu biasalah. Kat mana mana pun macam tu. Selalu aku positifkan diri. Anggap ni semua cabaran. Apa yang aku dapat ni, pengalaman yang aku rasa semua ni, belum tentu lagi aku akan dapat di tempat lain. Dah kerja nanti aku tahu, ada cabaran yang lagi teruk daripada ni. So, face it lah kan! Rasa give up apa semua tu biasalah. Yang penting fizikal mental tu kena kuat. Mulut je mengeluh itu mengeluh ini, tapi jauh dilubuk hati, orang lain tak tahu dan hanya aku je yang tahu, aku memang suka kan apa yang aku lalui sekarang.

And then, hmm lagi satu. Maybe aku a bit down untuk semester ni sebab aku jauh dari kawan-2. Well boleh dikatakan untuk sem ni aku kehulur kehilir banyak sendiri. Bukanlah bermaksud tak ada kawan. Kawan baru memang ada. Ramai. Jujur cakap sejak2 aku di bawah MPP, aku kenal ramai orang. Dan disebabkan itu jugalah maybe ada di antara kawan-2 aku sendiri yang ingat aku lupa kawan dan sebagainyaa. Sebenarnya kata-2 macam tu jugaklah yang kadang-2 buat diri rasa down. Dah laa aku memang jauh tercampak duduk dalam kolej disebabkan komitmen-2 tertentu and untuk memudahkan pergerakan aku juga, Kawan-2 semua dekat luar. Untuk sem ni jugak, aku mula untuk biasakan diri dengan keadaan kelas yang baru classmate yang baru. Malas dah nak tukar-2 kelas apa semua. Jadi memang tersangatlah jarang jumpa kawan-2.

Untuk ini, memang aku harap yang kawan-2 faham apa aku lalui. Tapi bila aku dengar suara-2 sumbang tak kisahlaa dari siapa yang kata ku lupa kawan laa apa laa, siapa yang tak frust? Siapa yang tak down? Cuba kau bagitahu? Bila kitaa penat dengan macam-2 masalah, kita cuma harap akan ada sesiapa yang tanya kita apa yang kita lalui, ambil berat pasal kita, support apa pun yang kita lakukan. Moral support tu sangat penting kan sebenarnyaa. Tapi aku, hmm entahlaaa. Memang ada satu ketika yang aku rasa tak ada siapa pun faham apa yang aku buat, apa yang aku nak. Kecil hati? Itu pasti ada....

Tapi biasalah, bila kau dah rasa macam-2 perasaan yang bermain di hati tu, positifkan diri balik. Jangan terus biarkan perasaan mengawal diri. Positif thinking. Biarlah apa orang nak kata, apa orang nak fikir. Diorang tak lalui, diorang tak rasa. Apa pun diorang nak fikir, nak kritik, buatlah. Apa yang aku fikir saat ni ialah, nak habiskan semua ni, untuk setengah tahun je lagi... Itu jee.

Good luck untuk diri sendiri.
Semoga sentiasa tabah dan kuat untuk mengharungi liku liku sebagai mahasiswi.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi