♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: August 2013

August 31, 2013

Mungkin hanya persinggahan dan mainan perasaan.

As you all know ,
cewahhhh XD
Kononn nak speaking. Hehehe.



Macam yang korang tahu lah kan,
Fy dengan FF dah tak ada  apa apa hubungan lagi.
Fy anggap dia kawan baik.
Tapi sejauh mana hubungan kami tu wallahualam lah kan.
Tunggu dan lihat je lah.

Entry kali ni bukan lagi nak bercerita tentang kenangan, tapi nak bercerita tentang kenyataan.
Kenyataan yang amat sakit utk diterima dan pahit untuk ditelan.
Wahhh bunyi macam berat sangat je kan. Hihihi. Padahal tak pun.
Cuma kenyataan yang Fy anggap macam mainan perasaan.
Fy masih ragu-2, Fy masih keliru. Dan kadangkala Fy rasa yang diri Fy ni macam tak betul pun ada.
Hahaha.
Bukan apaa, setiap kali fikirkan benda ni, Fy masih tak dapat jawapannya.
Persoalannya kan, betul ke apa aku rasa?
Haaa itulah yang selalu bermain di fikiran ni.

Korang, nak tanya.
Lelaki dan perempuan mungkinkah boleh berkawan baik?
Itulah persoalannya.
Mungkin ada, mungkin juga tidak.
Jadi bila korang dah baca persoalan tu, korang faham faham lah keadaan Fy rasa sekarang macam mana.
Ohhh sebelum tu, ini tidak ada kena mengena dengan MFF okayy !
Hihihi

Jadi bagaimana?
Mungkin Fy hanya perlu abaikan perasaan yang bertandang ni,
Mungkin Fy patut anggap perasaan yang hadir ke dalam diri ini ibarat angin lalu yang cuma ingin merawat hati yang sedang luka.
Atau mungkin Fy hanya perlu menganggap perasaan yang hadir ini ibarat pelangi yang ingin mengindahkan hari hari Fy walaupun Fy tahu ia cuma seketika.
Entahlaaa....

Fy tahu ini cuma mainan perasaan.
Ada ketikanya Fy muhasabah diri Fy utk tidak memikirkan perkara-2 yang tidak berfaedah ni.
Tapi bila fikirkan balik, ini memang fitrah manusia.
Kita sebagai manusia kena bijak mengawalnya kan?
Tapi Fy sendiri tak yakin. Betul. Sejujurnya Fy tak yakin, sebab.... hmmm biarlah Fy sendiri je yang tahu.

Payah bila hati dah dikuasai dengan persaan macam ni.
Luaran kenalah menampakkan yang kita tenang macam tak ada apa apa yang berlaku.
Tapi dalam hati? Subhanallah, kalau boleh macam nak cabut je hati ni keluar biar tak ada perasaan.
Tak tahu nak gambarkan macam mana.

Apa yang boleh di harapkan, semoga Allah mempermudahkan segala urusan Fy di sana.
Insyaallah.
Itu sahajalah untuk kali ini.
Nak cerita detail rasa macam tak perlu.
Insyaallah lain kesempatan kita ketemu.





Byebyee !






TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Dugaan demi dugaan. :')

Assalamualaikum.



Maaflah. Lama Fy tinggalkan blog ni kan.
Maklumlah. Sejak bergelar mahasiswi di IPT ni memang tak dapat nak online selalu.
Dekat kolej payah nak dapat line internet kalau pakai lappy.
So bila balik rumah je lah Fy dapat online.
Dan sekarang ada masa, dan mood pun masih baik, jadi Fy update lah sepintas lalu kan.

Sebenarnya kehidupan Fy memang dah banyak perubahan.
Bila masuk kolej, nak menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling tu memang payah.
Mungkin luaran akan terpancar kegembiraan di wajah, mungkin ada yang nampak kegembiraan di kolej tapi dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
Ye, Fy tahu, kita memang kena sesuaikan diri dengan keadaan dan Fy masih dalam proses mencuba.
Tiga bulan Fy di kolej belum cukup agaknya untuk Fy betul-betul sesuaikan diri.
Terlalu banyak dugaan.
Mungkin Tuhan hanya mahu menguji sejauh mana kita sebagai hambaNya tahan dengan ujian yang diberikan olehNya.
Insyaallah.
Mungkin suatu masa nanti Fy dapat juga terima keadaan Fy sekarang ni.

Dan lagi, ohh yaaa.
Ada satu kisah yang agak menarik untuk dikongsikan bersama.
Ermm lepas raya haritu, Fy dan dua orang lagi kawan Fy mohon Politeknik utk kemasukan Disember nanti.
Masa tu memang hati Fy excited sangat dan berharap sangat dapat Politeknik sbb Fy memang dah tak tahan dan nak sangat sangat pergi.
Serius talk, time tu macam dah nekad.
Apa pun jadi, kalau dapat Poli Fy nak jugak pindah !
Hahaha.

So nak dijadikan cerita, Fy dengan dua orang kawan lagi, Wawa and Amy pun bagilah tahu budak-2 kelas yang kitorang nak pindah Poli. Yang rapat-2 dengan kitorang je la terutama yang lelaki.
Lepas je budak-2 tu semua dapat tahu kitorang nak pindah poli, terus dioran mogok, boikot tak nak tegur kitorang.
Memang tak bertegur ahh. Macam musuh dah diorang buat.
Dalam kelas pun dah tak kecoh-2 macam dulu.
Masa tu rasa macam tersepit, serbasalah semua ada.
Terfikir jugak, salah ke keputusan kami.
Diorang ni memang betul-2 menentang habis habisan.
Yang si Syafiq jangan cakap lah. Siap ugut bagai. Seminggu tak tegur Fy.
Masa tu memang betul2 tersepit.

Jadi selepas dapat tahu keputusannya dan fikir semasak masaknya.
Akhirnya kami buat keputusan untuk tidak pergi meninggalkan kawan-2.
Haaa masa tu nampaklah diorang macam okay sikit.
Cuma Syafiq... ermmm nanti lah Fy cerita di entry yang lain.

Itulah keputusan yang kitorang buat dan haraplah apa yang kitorang pilih ni tak membuatkan kitorang menyesal di kemudian hari.
Bukan apa, kita nak belajar ni memang kena berpandukan minat jugak.
Kalau tak minat, macam mana pun kita paksa, tetap takkan berhasil apa yg kita paksakan tu.
Tapi untuk Fy, ermm Insyaallah lah. Nak tak nak kena jugak terima dan paksakan diri.
Cubalah sedaya upaya dan usahalah untuk habiskan pengajian di kolej tu.
Mungkin ada hikmahnya kan.

Ohh ohh lupaa.
Masa budak-2 lelaki kelas mogok tak nak bertegur dengan kitorang tu terdetik juga di hati ni,
sayang jugak mereka kat kitorang kan?
Hahahaha !

So itu je lah kud.
Insyaallah sampai sem 6 kita bersama yer kawan-2 !
Jangan bosan tengok muka masing-2 sudah.
Hihihihi.






Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

August 12, 2013

Kembali meneruskan perjuangan !

Sebenarnya kannn, err errr terasa kekok nak update sbb dah lama sangat tak cerita panjang lebauu kann.
Hahaha ... (nampak tak dah jadi orang melakaa...)

Nak cerita pasal raya pun macam tak ada apa yg menarik sbb biasa-2 je.
Tak sama macam tahun2 lepas.
Cuti kejap je, mood raya langsung tak hadooo.
Rasa kosong dan tak meriah.
Mungkin juga disebabkan faktor usia.
Hahaha
Yelah dulu masa kanak-2 memang lah excited nak raya kan.
Tapi bila dah 18, dah besau lah katakan, so raya ke tak raya macam sama je.

Okayy bla blaa blaa pasal rayaa.
And andd ermm ermm apa nak taip nihh?!?!
Adusss ketandusan idea mehh.
Hmmm, 
okaylahh konklusinyaa esok dah kena balik Melaka !
Sangat sangat sangattt malasss.
Grrrrr --'
Tapi apakan daya , perjuangan menuntut ilmu harus diteruskan.

Okayy itu sahaja.
Babaiiii :*

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

August 2, 2013

Photoshoot :D

Hollaaa hollaaaaa !
Woii woiii !
Hahaha, oPSSssss !
ASSALAMUALAIKUM semuanyaaaa :)

Tajuk di atas ni ala ala macam Fy ni dah jadi model gituu kann.
hahaha, Tunggu cerita selanjutnya okayy, kita masuk kepada mukadimah dahulu.
Ehem ehemm :D

Nak bagitau ni, nak bagitau ni, cuti raya dah bermulaaa !
Yeayyyy ! Sekarang kat rumah ! Wuhuuu home sweet homee :)
Tapi tapi tapi, ermmm, mood raya macam tak rasa sangat lah tahun ni.
Entah kenapa. Lepastu lepastu, cuti raya pun seminggu je.
Rasa macam kelam kabut sangat.
Hmm, okayy lupakan dulu pasal cuti raya apa semua tu.
Now nak story mory sikit.

Semalam kan, sebelum masing-2 berangkat pulang ke kampung halaman dan kediaman tercinta untuk pulang beraya bersama keluarga, ahaaaaa Fy dengan beberapa orang rakan-2 classmates yang terdekat dan paling rapat dengan Fy planning berbuka puasa kat luar.
Well actually niat di hati kalau boleh memang nak ajak satu kelas, tapi apakan daya, memang tak dapat.
Lagipun sejujur jujurnya Fy rasa memang payah kalau nak ajak satu kelas.
Plan pun last-2 minit. Kalau ajak satu kelas banyak benda yang perlu di ambil kira.
Paling utama ialah transport.
Kitorang yang keluar semalam pun ada masalah transport. Nasib baik dapat jugaklah kereta sewa sebijik.
Kalau tak memang tak dapat lah.

Kereta tu dah bagitau Ayul awal-2 sewa dua kereta, satu lelaki satu perempuan.
Tapi nak buat macam mana, dapat satu je kan.
Lelaki terpaksa lah cari motor.
Nasib baik lah ada dua tiga orang yang memang dah bawa motor sendiri.
So tak lah rumit sangat keadaannya.
Cuma ada lah sikit-2 kelam kabut tu, apa orang kata, perkara biasalah kan.
Mana ada planning yang betul-2 sempurna. Mesti ada juga cacat cela dimana mana.

Tapi alhamdulillah laa, berjaya jugak rancangan kitorang ni.
Mula-2 hati rasa tak sedap dah, rasa macam tak jadi je.
Tapi akhirnya berjaya jugaa.
Jadi ini adalah serba sedikit photoshoot dari Fy bersama rakan-2.
Hahaha.
Sangat seronok dengan mereka semalam.

Tittle : Photoshoot Pra-Hari Raya
Location : Pantai Pengkalan Balak, Melaka
Model : Studenst Diploma Human Resources 


With Suaida, pilot pada hari kejadian. Hihihi


Rakan-2 gadis yang lain. :)











Kita kenal baru dua bulan, moga ukhuwah yang baru terbina ini akan kekal selamanyaa.
Insyaallah :')


And lastly ~











THE END.

p/s: Saya dah penat sedih, saya dah penat kecewa, saya dah serik untuk terluka, itu semua kerana saya setia. Dan bila saya sedang sendiri, saya cuma ingin kebahagiaan yang seperti ini semula. :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi