♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: July 2016

July 29, 2016

Selamat Pengantin Baru Toge Amoy dan Amay !

Haaaa al kisahnya aku baru nak update cerita sahabat-2 yang telah selamat menjadi isteri orang !
Huwarggg dahh berbulan bulan punya cerita baru rasa nak update sbb nak tampal gambar-2 tu dalam blog ni hahaha.
Mana tahu dah tua-2 nanti boleh baca balik semua tu kan?
Sebab tu laa aku sayang nak biarkan terus blog ni tak aktif. Biarlaa takde orang nak baca yang penting aku dapat abadikan semuanya dalam ni. Kira macam diari online untuk diri sendiri jugak laa kan. Yela nak tulis malas, so taip jelaa yang rajin sikit. Tu pun ikut mood hahaha.

Okayy berbalik pada tajuk, kita pergi kepada sahabat aku yang pertama ni ,


Norasyikin Syahira a.k.a Amoyyyyy !!!!
Alhamdulillah, sorang sahabat toge satu dorm satu asrama satu sekolah dah selamat bergelar isteri dah bulan 5 yang lalu. Akhirnyaaa ! Finally ! Hahahaha . Tak sangka betul. Dalam dok ingat cinta-2 monyet tu, segala perancangan, persiapan semua berjalan dengan lancar jugak. Alhamdulillah. I am happy for you Amoyyy :)


Amoy dan Encik Suaminya Amirul.
Haaa ni pun dari zaman sekolah laa kenal ni, walaupun dorang start bercinta bila dah habis sekolah tapi okaylaa tu kan. Kenal kat sekolah jugak kan kan. Hahahaha. Seronok sangat masa ni meraikan sahabat pertama aku yang kahwin. Memang feeling eksaited !


Haa nampak, betapa gembiranyaa toge-2 semua. Kawan satu bantal satu pinggan akhirnya dah kawen kut. Sapee tak happy. Sebak tau masaa dia akad nikah tu , aku je ada aku tahu lah macam mana feel nyaa. hahaha. Actually aku telah dipilih untuk menjadi pengapit si sahabat ni 3hari 3 malam betapa kat rumah dia sbb nak kenduri bagai. Punya banyak majlis hahaha.


Biasalaa pengantin zaman sekarang mesti ada photoshoot kan. Dan biasa jugaklaa kalau kawan2 pun nak menempel sekali hahahah kata bridesmaid. Yeee dokkk? hihihi


Okayy last laa gambarr walaupun ada banyak lagi aksi hahahaha .

Nexttttt ! Sahabat aku yang seterusnyaaa !


Maizurah a.k.a Amayyyy !!!
Haaa yangg ni, sahabat sorang ni memang supriseeee sangattt-2.
Bayangkan dua minggu ke tiga minggu lagi nak kahwin baru dia bagitahu kawan2 dia. Sampaii hati betul ! Masa tu diaa bagitau semua tak pecayaa hahahaa padahal dia ni laa yang paling banyak sekali kena usik dengan kitorg yang dia akn kahwin dulu. Mmg asyik dia je kena bab-2 kahwin ni haaa sekali amekk kauu ! Tuhan dah makbulkan tau kata-2 kawan-2 kau ni hahahah memang terkejut berukk. Sampai ke hari nikah masih tak percaya ! Tulaa orang kata, kalau benda yang baik-2 ni memang Tuhan permudahkan semuanya. Alhamdulillah kahwin dah kau Amayy. Kau laa yang paling aku tak percaya sekali dah jadi bini orang dah :')


Memang patutlaa nikah dah dua orang ni. Dari zaman sekolah jugak bercinta. Tunggu lama-2 buat apa kan. Happyy sangatt utk dua orang ni. Masa ni pun dorang buat nikah je dulu. Tapi tak kisah laa kan. Asalkan dah selamat selesai mana yang wajib.


Lastly, i am happy for both of youu,
Amay Masrie, Amoy Mirul, alhamdulillah. Aku sentiasa doakan korang bahagia sampai bila-2.

Doa doakan laa lepas ni toge punyaa turn cepat-2 habis jugak yee !
Hhahaha.
Okayy byebyeee.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum !
Alhamdulillah, masih di bulan Syawal.
Jadi tak terlambat lagi laa untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin !


Gambar Raya 2016.
Abaikan la background yang tak berapa nak lawa tu. Biasa laaa rumah kampungg kannn. Huhuhu.


Tahun ni tetibeeeee family nak sedondon. Walaupun tak sedondon sepenuhnya. Setelah bertahun tahun ! Aku pun tak ingat last kami semua sedondon tahun bila hahahah tapi memang dah lama sangat. Sebab apa sebab masing-2 pun tak suka sangat sama-2 sangat ni. Sebab tu la tahun ni pun walapun tak semua sama kira ada laa jugak tu kan. Saja bagi mama ayah pakai colour sama pastu aku pun terpaksa ikut adik adik yang nak warna hitam ni haaa. Ohh kayy actually ayah nak pakai semua satu family sama. Tapi sebab kepala otak adik lelaki aku dua orang ni sibuk nak pakai hitam dan ayah dengan mama pulak taknak hitam so decide biar kami adik beradik je yg hitam sbb aku awal-2 lagi dah beli baju raya dan baju raya aku memang warna hitam ! Haaaa nampak tak taste adik beradik sama hahaha. So kitorang suruh ayah dengan mama je pakai sama. Jadi itu laa kisahnyaaa.

Ermm nak cerita panjang pasal raya pun takde apa cerita menarik. Biasa laa masing-2 dah besar. Suasana raya pun dah tak semeriah macam masa kecik-2 dulu. Lainn. Memang lain sangat. Masa bulan puasa aku selalu teringat kenangan dan kemeriahan nak sambut raya tu. Tapi dah besar-2 ni memang hambar sangat rasa. Mungkin zaman aku kecik pun dibesarkan dengan persekitaran yang memang meriah kalau nak sambut raya. Budak-2 zaman sekarang ni tak tahu lah. Agak2 dorang rasa meriah dan eksaited macam aku rasa dulu tak? Hahahaha ke aku je yang rasa camtu?

Tapi memang betul pun. Nak balik kampung pun dah tak rasa eksaited. Mungkin sebab, orang-2 yang ada masa aku kecik-2 dulu pun dah besar-2 jugak semuanya, yang besar-2 pulak sekarang ada yang dah takde lagi kat dunia ni. Sebab tu kut suasana dia dah jadi lain. Hmm sedih jugak kadang-2 bila ingat balik. Tapi aku gembira sbb at least aku pernah rasa apa ertinya meriah masa hari raya :)

Okaylah. Untuk hari raya itu sahaja !
Sekiannnnnn :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi