♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Percayalah pada takdirNya.

December 26, 2014

Percayalah pada takdirNya.

Assalamualaikum,
Terasa nak menulis dan bercerita pula kali ni walaupun bukan pada cuti yang panjang.
Ini pun cuma cuti-2 hujung minggu saje balik rumah.
Semester 4 dah pun bermula, dan alhamdulillah buat masa ni semua berjalan dengan lancar.
Walaupun ada beberapa perkara yang tidak dijangka berlaku, tapi aku tahu, aku tetap harus melaluinya juga.
Kalau asyik cuba mengelak dan menjauhi, sampai bila nak biasa dengan keadaan kan?
Kena selalu ingat, dalam hidup kita ni memang sentiasa penuh dengan kejutan.
Sebab apa?
Sebab kita takkan pernah tahu apa akan terjadi pada satu saat selepas ini.
Jadi kita kena sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja yang telah ditakdirkan dalam hidup kita. Kan?

Cewahh ayat macam nak puitis-2 je kan. Padahal masa diri ini menerima pelbagai kejutan demi kejutan pun payah jugaklaa nak menerima hakikat. Tapi setelah menggunakan akal dan fikiran yang waras dan muhasabah diri dengan sebetulnya, alhamdulillah dan In Shaa Allah, apa pun berlaku lepas ni, akan cuba utk belajar menerimanya dengan tenang.

Tak tahu macam mana nak cerita tapi so far alhamdulillah, hidup semakin tersusun setelah melalui pelbagai bagai drama dalam hidup. Hahaha, macam ye yee je cerita kan. Tapi itulah yg aku rasa sekarang ni. Hati makin tenang seolah olah tiada apa lagi yang membebankan. Tapi orang selalu pesan, jangan terlalu selesa dengan kehidupan sebab kelak kita tak tahu apa yang sedang menanti kita dihadapan.



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi