♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Midsem break semster 4.

February 3, 2015

Midsem break semster 4.

Assalamualaikum.

FIRST ENTRY UNTUK 2015 ! YEAHHH !
HAHAHA

Ahaaa tuan empunyaa blog kembali ,
disebabkan midsem break yang dah pun bermula. Huyeaahhh.
Macam biasala aku , kalau bukan cuti panjang memang susah nauu lahh nak taip panjang lebauu kat blog ni kan.
Huhuu.
Well, aku tak tahu lah ada orang baca ke tidak blog ni, tapi pada aku tak kisah laa ada orang baca ke tidak.
Aku menggunakan blog ni untuk aku abadikan cerita-2 dan luahan perasaan aku sendiri dalam ni.
Untuk blogger-2 yang lain aku tak tahu laa macam mana, tapi untuk diri aku sendiri, bila aku menulis aku rasa puas sebab aku dapat meluahkan sesuatu. Macam bila kita meluahkan pada seseorang jugak cuma yang tu kita cakap pakai mulut, yang ni kita cakap pakai hati dijelaskan melalui pekataan. wahhhh ayat , hahahaha

Okaylah pejam celik pejam celik aku dah semester empat dah. Whoaaa rasa macam sekejap je dah sem 4 tapi dalam masa yang sama rasa lama jugak. Bilaaa nak habis study niii ! Haaa itulah yg selalu difikirkan. Rasa macam dh penat belajar. Haishh teruk sungguh kan. Cemana nak sambung degree nihh. Ermm emmm hahahaha ,

Sem ni jugak aku rasa sem yang palingg palinggg dan sahangatttt tough untuk aku. Hurmmm sangat sangat sampai aku hampir berputus asa jugak lah. Stress memanjang. First sekali perkara yang menyentap semangat aku untuk terus bertahan sem ni bila ditakdirkan aku kena tukar kelas. Guess what?? Cubaa korang fikir, dari sem 1 sampai 3 dengan classmates yang sama, group presentation yang sama, tupp tupp hanya kau sorang dalam kalangan kawan kawan kau tercampak ke kelas lain. Ini semua disebabkan kononnya nak memperkecilkan jumlah kuantiti group untuk setiap kos. Okayy tak kisah laa kan aku faham laa yang tu. 

Awal-2 tu memang susah jugak laa nak terima. Memang menangis bagai nak rak. Kiraa kalau dah tak ada pedoman mahunyaa aku berhenti kolej kut masa tu , hahaa. Tapi dalam masa yang sama sebenarnya aku sedar nak tak nak aku kena hadap jugak, kena sesuaikan diri jugak dengan keadaan yang baru ni. Yelahh satu hari nanti bila kau dah kerja tetiba kau tercampak ke tempat lain kau tetap kena sesuaikan diri kan. Senang cerita kita takkan selamnya berada dtempat yang sama. Betul tak? Hehee.

Tapi tu lah, walaupun dalam hati sebenarnya menerima keadaan yang berlaku tapi untuk menghadapinya di alam realiti tu memang payah. Memang susah. Bayngkanlah bila buat group assignment and presentation bagai, kita dh biasa dengan group kita, then tetiba kita ditempatkan ditempat lain, semestinya level confident tu merudum sikit kan. Untuk membiasakan diri dengan keadaan baru tu memang take time. hHmm cuma masanya tak tahulah bila agaknya akan tiba.

Lagipun aku sayang classmates lama aku. Rasa macam sedih gilaa dah tak dapat stay dengan diorang sebagai classmates sampai konvo nanti. Dah laaa selalu cakap nanti nak grad sama sama. Haihhh sedih betul. Even sampai sekarang aku rasa macam tak sangka aku bukan classmates diorang lagi. Sampai ke habis belajar kud. Sem sem akan datang tak tahu lah macam mana situasinya. Hmmm bila masuk ke kelas lain tu rasa macam awkward gilaa. Haihh entah lah. Tak tahu nak describe macam mana.

Next benda yang buat aku stress ialah subjek sem ni dan keadaan sem ni. Okayy subjeknyaa boleh tahan tough bagi aku sebab ada akaun. Memang aku kalau bab-2 nombor ni memang lemah. Jiwa memang tak sebati langsung lah dengan angka-2 ni. Dan lagi mungkin sbb aku punya keadaan dah berubah so aku rasa macam semua tu membebankan. Aku dah cuba untuk membiasakan diri tapi tu lahh, semua take time kan. Mudah mudahanlah.

Apa akan jadi lepas ni?
Errr tak tahu laa macam mana nak agak. Takut jugak bila nak fikir. Nak tak nak kene bertahan dan usaha lebih lagi. Sikit je lagi kan. Setahu setengah je lagi. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk bertahan. Hmm In shaa Allah.

Okayy dah esok lusa sambung lagi. 
Byeee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi