♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: February 2013

February 27, 2013

Kenangan lagi - Binaan Bangunan

Heyy yoww !
Sekarang pukul 11.45 minit malam.
Saya sedang menunggu panggilan daripada MFF tersayang. Hihihi.
Sambil-2 menunggu, tak tahu nak buat apa, then terfikir nak hiasi blog Fy dengan gambar-2 yg meninggalkan kenangan ni.
Actually ada banyak, tapi kita buat one by one okayy?

So now, nak tayang gambar-2 ex course Fy.
Even form 5 ada yang dah masuk SSV, tapi time MPAV still jumpa jugak,
Ohh sebelum terlupa,
Gambar ini kebanyakannya masa form 4,
Form 5 jarang ambil gambar sbb busy study.
Cewahh XD















THE END.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 19, 2013

Bila lelaki jatuh CINTA.

Assalamualaikum...
Salam sejahtera dan salam satu Malaysiaaa !
Huhuhu ,

Hari ni tak ada mood nak sambung bab 4, 
Jadi Fy nak update pasal benda lain.
Tadi Fy menjelajah ke blog2 untuk mencari sesuatu yang boleh di kongsi.
Dan Fy tertarik untuk berkongsi tentang ini ,

Tanda - tanda lelaki jatuh cinta .

Haaa mesti ada yang nak tahu macam mana bila lelaki dah putus cinta kan .
Jadi Fy pun cari cari dan ketemu lah dengan ini.
Ini lah serba sedikit tanda tanda lelaki jatuh CINTA ,

Silakan baca ,

  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

  • Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

  • Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. 

    HARGAILAH MEREKA :)




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 17, 2013

BE MINE please ~


Weeheeee , omeyy tak lagu blog kitaaa?
Haha, saja tukar mood sbb kalau korang perasan before this Fy suka letak lagu sedih sedih kan?
So kali ni kita letak lagu ceria dan gembiraaa !

Sekadar iklan sebelum Fy masuk ke Bab 3,
Jadi hayatilah liriknya sambil kita menyanyi beramai ramai !
Yeayyyy !

BE MINE - Tasha Manshahar ft Syed Syamim


Bermula di Facebook ku dulu
Kau tegur tak tahu malu
Tak kuasa nak layan 
Aku buat tak tahu

Kau terus cuba dan mencuba 
Sehingga ku jatuh cinta
Gatalnya dirimu 
Membuatku terjatuh

Bila kita mula mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang 
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit aku merajuk
Kau selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
Ku cuma nak uji saja

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come go through with me

Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You're my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada ku gembira
Kadang kadang sedih juga
Kau sudah berpunya
Tak mungkin jadi milikku selamanya....

- The end -


One of the picture.
Fy ambil gambar ni sbb mereka pakai baju MU sama sama.
Ohh no ! Nak jugak !

By nanti kita pegi beli baju MU yang baru sama sama eay?
Hahaha XD

Oh yaa tengoklah official video lagu ni,
Sangat sweet XD

Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 13, 2013

SEJARAH dan HUKUM Valentine's Day

Maaf jika entry ini terlalu panjang.
Tetapi tak salah kan jika kita berkongsi sedikit ilmu.
Untuk kebaikan diri kita juga.
Harap dapat meluangkan sedikit masa untuk mengetahu sejarah sebenar disebalik tarikh 14 FEBRUARI  ini.



Sejarah Valentine Day

Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.

Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.
Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.
Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.
Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. 
Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.
Para pemuda Nasrani mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka pada ketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.
Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.
Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.
Hukum menyambut Valentine's Day dalam Islam
Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: 

Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32) 


SEKIAN XD


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 12, 2013

I miss my junior year :')

Assalamualaikum...

Sihat semuanyaa?
Okayy sebenarnya Fy tak tahu nak buat apa sekarang, serius bosan yang teramat sangat.
So Fy pun fikir lah apa nak buat kan.
Tiba-2 teringatkan pendrive yang adik dah musnahkan isi kandungan dalamnya dengan virus virus perosakk tuhh ! Perghhh , menyirap Fy masa tau semua benda dalam tu dah hilang .
Gilaaa , maunyaa Fy tak hanginnn !
Dalam tu macam-2 benda kud ada. Lagi-2 yang Fy tak boleh terima bila gambar-2 Fy semuaa dah tak ada !
Omaygod! Yang tu memang lah Fy tak dapat terima. Menangis Fy masa tuu.

Well, maybe korang fikir tu semua tak penting kan?
Tapi bagi Fy benda tu sangat sangat lah penting. Semua tu kenangan tauu !
Bila rindu gambar2 tu je lah yang Fy ada. Nak cuci tak cukup bajet lagi sbb gambarnya ada dalam 300 ++ .
Haaa gilaa tak banyak.
Haishh memang tak puas hati sampai sekarang.

So tadi pegilah menggeledah segala account nak cari balik gambar-2 yang ada.
Tapi macam orang kata lah kan, dapat yang baru, tak mungkin sama dengan yang lama. Uhuukkk ! :'(
Memang lahh, tak semua gambar Fy dapat balik
Lagi-2 gambar masa jamuan bengkel tahun lepas.
Tak banyak pun Fy dapat , sedihh tau takk? Rasa macam nak bunuhh je adik tuu. Dah bagi pinjam ini pulak yang dia buat. Huhh. Nasib baiklah iman masih kuat. Kalau tak, memang dah lama dah kena belasah budak neh.

Okay dahh stop lah cerita pasal benda yang menyakitkan hati tu kann. Now nak bagitahu, uhukk uhukkk :'(
Fy rindu sangat saat saat Fy menjadi junior dulu.
Tiba-2 muncul pulak perasaan rindu tu bila Fy menggeledah album album nak mencari gambar.
Then terjumpa gambar-2 zaman dahulu kala ,
Apa lagi, terus terfikir nak meluahkan kerinduan di blog usang ini ,

Sepintas lalu dulu lah kan ,








Fy tahu, kawan-2 Fy yang kat atas neh mesti ada yang ingat Fy dah lupa diorang sbb Fy rapat dengan member-2 dorm Fy tahun 2012, 3A.

Hmm, Fy nak diorang tahu, walaupun Fy jarang berhubungan dengan diorang sekarang, tak jumpa diorang, tapi Fy ttak pernah lupa diorang.
Jangan ingat Fy seorang yang senang lupa kawan. Tak mungkin, kecuali kalau Fy dah hilang ingatan.
Dua tahun kud, kemana Fy pergi dengan diorang. Makan, prep, bercerita, gelak ketawa, Fy habiskan masa dengan diorang.

Yeahh Fy tahu kadang-2 Fy jarang lepak dengan diorang.
Tapi ketahuilah, apa pun yang pernah jadi, Fy takkan pernah lupa diorang yang dah banyak berkongsi pelbagai perasaan dengan Fy.
Tak kisahlah apa pun yang pernah jadi antara kita. Itu semua asam garam kehidupan.
Apa yang Fy nak diorang tahu, Fy takkan sesekali lupakan persahabatan yang pernah terjalin antara kami.
Fy tak pernah dan takkan lupa.

Banyak sangat kenangan yang kita cipta. Tak semudah itu untuk kita lupakan kan?
Fy harap diorang pun begitu.

Itu sahajalah yang dapat Fy sampaikan.
Apa apa pun, 2c GEMILANG.
We're still in a memories.
Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Dear friends ,



That's it.
Yeahh. Kenapa aku rasa macam tu? 
Semuanya disebabkan kesilapan masa lalu kita.

Kawan, dulu kan kau salah seorang kawan aku yang paling memahami .
Kau ingat lagi tak, awal2 kita kenal dulu, kau dengan kawan-2 baik kau, mana suka aku kan? Kata aku nie nampak sombong, bajet, kerek lah apa lah, macam2 lah kan.
But at last? Nampak tak, Tuhan tetap temukan kita sebagai kawan dan akhirnya jadi kawan baik pun.
Tak sangka kan?

You know what, kau dengan MMS je kawan baik lelaki yang aku ada selain daripada MFF. 
Masa aku kat sekolah lama aku pun, aku tak pernah ada kawan lelaki yang sangat akrab seperti korang.
Kadang-2 aku rasa kita dah macam adik beradik disebabkan keakraban kita.

Cuma, disebabkan kesilapan kita yang lalu, hubungan kita makin jauh kan?
Seriously, aku sangat menyesal sebenarnya atas apa yang berlaku antara kita. In fact aku rasa macam bodoh sangat, kenapa lah aku terlalu ikutkan perasaan then biarkan semuanya berlaku.
Kau tahu tak, aku rasa tu lah kesilapan tersebesar aku pernah buat. Disebab tu jugak aku kehilangan kepercayaan MFF.

Tapi aku tahu, aku tak boleh nak salah kan kau. Kita dua-2 salah. Kalau boleh aku dah tak nak ingat dah benda tu. Tapi setiap kali aku ingat kan, aku jadi sedih sbb benda tu dah menjarakkan hubungan kita. Aku rindukan kau yang dulu. Aku rindukan friendship kita yang gila gila macam dulu.

Dulu setiap kali aku ada masalah dengan MFF, kau di antara orang yang terawal tahu and aku pun tak teragak agak nak meluahkan dekat kau. Ingatkan macam mana kau tolong aku masa tu? Macam mana kau cuba nak uji perasaan aku? Sampai menangis aku di buatnya. Semuanya gara gara kau yang sangat memahami perasaan aku kalau melibatkan MFF.

Kau pun suka minta advice dari aku. Yang paling aku tak boleh lupa bila kau tanya aku macam mana nak jadi matang. HAHA XD Kelakar kan? Kau selalu cakap aku matang, tapi bukan dalam semua hal. Bila dengan kau aku terus jadi kanak kanak ribena macam kau. :)

Friends, seriously I miss all about you. Your voice, your laugh, your joke, your smile, your HIGH IMAGINATION and mostly your sweet talker. I'm deadly miss that. Bila aku boleh dapat kau sebagai kawan aku macam dulu balik? Aku cuba nak perbaiki balik persahabatan kita, tapi kau macam tak nampak dan kau macam tak faham. Aku rasa macam kau sengaja mengelakkan diri walaupun kadang-2 kau seolah olah berlakon macam tak ada apa apa.

Tak tahu lagi kat siapa aku nak meluahkan perasaan.
Apa yang aku tahu, aku sangat sangat memerlukan kau yang dulu balik.
Sebab dalam sesetengah hal, kau je yang faham aku.

Sekian .


Kau selalu cerita kat aku pasal anak anak kucing kau. Dulu masa kita webcam kau ajak kucing kau Fify yang dah jadi arwah tu join sekali. Haha XD Okayy aku memang sangat merindukan semua itu .

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 11, 2013

Sekadar nasihat :)

Assalamualaikum ,

Okay actually saya teramat lah boring sekarang,
Tak tahu nak buat apa. Dari tadi asyik bertweet tweet dengan Syiraboboiboy tu haa. 
Biasalah dah bosan, so dialah yg menjadi mangsa Fy untuk menghilangkan bosan. HAHA !
Kasihan itu budak .

Tengah bertweet tadi, tiba2 macam terpanggil nak baca blog budak tu sbb dia tweet kata dah update blog kan. Alahh padahal saja je dia tweet macam tu nak tarik perhatian Fy suruh baca. Macam lah Fy tak tahu. Hik hik hik. Confirm syira kata akak perasan kan bila baca neh? HAHA XD

So tujuan akak mengupdate blog neh pun sbb syira jugak. Akak tahu akak tak bagus mana pun, tapi lepas baca blog syira, akak rasa ada something wrong yg syira tak faham. So let me explain and at the same time akak nak bagi beberapa nasihat sikit walaupun akak sendiri tak tahu sama ada nasihat akak neh berguna atau pun tidak.

Okay baca ni elok-2 yer sayang,

Wahai Syiraboboiboy, cuba Syira ingat balik, pertama kali dulu, siapa yang kenalkan akak dengan Adeleen? Syiraa kan? Then bila Syira kena balik asrama, siapa yang mintak akak jagakan Adeleen, happykan Adeleen if dia sedih, tweet dengan Adeleen, Syira kann? Walaupun masa tu akak sendiri cakap akak tak nak sbb akak tak biasa.

That's why bila akak tahu yang Syira rasa jealous akak rasa marah. Serius, akak marah sebenarnya tapi akak tak cakap, akak tak tunjuk. Akak just buat macam biasa. Tapi makin lama akak rasa perasaan jealous yang Syira rasakan tu dah melampau. Akak tak marah bila Syira stalker tweet2 akak dengan Adeleen sbb akak bukan kutuk2 Syira or what, so its up to you If syira nak baca ke tak.

Yang akak marah sangat sbb perangai Syira tak pernah berubah. Dari dulu lagi akak perasan yang Syira suka bertindak ikut perasaan tapi tak fikir dulu kesannya nanti macam mana. Senang cerita Syira neh tak fikir panjang. Akak bukan nak marah tau sekarang neh. Akak cuma nak Syira faham betul2.

Syira, kalau Syira sendiri tak ikhlas bagi akak kawan dengan Adeleen, lebih baik Syira tak payah kenalkan dia dengan akak masa awal2 dulu. Syira kena ingat, akak tak mintak pun Syira kenalkan akak dengan Adeleen. Bila Syira kenalkan akak layan dia macam biasa. Macam mana akak layan Syira macam tu jugak lah akak layan dia as my sister. So syira tak payah lah fikir yg Adeleen dah lupa syira ke, dh rapat dengan akak ke apa ke. Buang masa je tu semua.

So Syira ingat lah elok2 yer, apa pun yang Syira rasa, apa pun yang Syira nak buat, fikir dulu baik buruknya. Jangan sampai orang2 disekeliling Syira yang sedih sbb tindakan Syira tu. Masa tu barulah nak menyesal kan. Tak guna lagi dah. Ni nasib baik akak bagi tau awal2 hari tu. Kalau tak entah sampai bila lagi Syira nak tunjuk protes macam ni kan? Haishh ,

Syira, after this, be more matured okayy? Akak treat Adeleen dengan Syira sama je macam and akak dah anggap korang macama adik akak dah. In fact Adeleen dengan Syira tetap BFF as you all said before this. Takkan lah akak dengan Adeleen pulak nak jadi BFF? Mcam tak kena je. Yelahh akak kan dah TUU? ANDARTU kann? HAHA XD

Okaylahh , tu je nak kata. Jangan nak emo2 nak touching2, nak terasa hati pulak okayy , haha .


Byee XD 

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 10, 2013

Dia pula yang menjadi bual bicara .

Haaaa , nak tahu apakah yang Fy maksudkan ,
Dia adalah ,


Haaa , ini lah dia orangnya .
HAIRUL AZREEN ,

Rasa macam sekarang ramai orang memperkatakan tentang dia ,
Lagi-2 sejak berakhirnya cerita SETIA HUJUNG NYAWA yang telah membuatkan penonton dikuasai dengan bermacam macam emosi dengan watak IKRAM yang dibawakan olehnya kan?



Lagi-2 part ni , memang tangkap leleh sampai menitis air mata bila dengar luahan hati seorang lelaki yg begitu mencintai seorang wanita ,


Haa ingat tak part neh?
Part neh lah yang buatkan penonton terutama yang perempuan menitiskan air mata , 
kan kan kan ?

And now , dia masih ada di kaca TV dalam rancangan FEAR FACTOR SELEBRITI MALAYSIA di ASTRO RIA , dia bergandiangan dengan Dazrin Kamaruddin


Kali neh , kemunculan dia di Fear Factor orang tak memperkatakan tentang watak IKRAM tu lagi ,
Sebaliknya orang memperkatakan tentang TABIK HORMAT dan gelaran CAPTAIN terus melekat pada pangkal nama HAIRUL AZREEN .



Fy pun perasan. Dalam rancangan tu memang dia suka buat tabik hormat. Fy tak berapa faham apa kena mengena tabik hormat tu dengan dia , maybe dia suka buat benda tu kud? haha , tak tahu lah kan .
Sejak dari tu semua terikut ikut dengan *tabik hormat captain Hairul Azreen*

Btway dia memang seorang lelaki yang comel dan kacak .
Fy start minat dia neh masa tengok cerita HANTU KAPCAI
Comel gilaa dia time tu .
Fy rasa lepas cerita SETIA HUJUNG NYAWA ni mesti bertambah tambah peminat HAIRUL AZREEN ni kan? 

So sampai sini sajalah untuk kali ni ,
Byee XD


For sure ramai yang akan merindui cerita SETIA HUJUNG NYAWA dan dua hero dalam drama ni kan?
Yeahh me too :)



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 9, 2013

Fakta mengenai lelaki ~

Yaa hari ini saya kembali dengan topik topik yang lebih hangat dan sensasi ,
Hahaha , opss ! Over pula terasa kan ,
Hihi , btway tak hangat dan sensasi pun ,
Saja nak share share sesuatu yang baru Fy ketahui dan terjumpa ,
Apa salahnya kan ,
Oke here is it ,

20 FAKTA MENARIK TENTANG LELAKI ,
  • Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).
  • Lelaki sangat benci dikhianati. (Walaupun mereka ego, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah sebenarnya).
  •  Tak semua lelaki suka spend time lama-lama dengan kekasihnya. Jika dia bersama dengan kawan-kawannya lebih dari anda, itu tak bermaksud dia tak sayang. Anda tetap ada di hatinya.
  • Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini).
  • Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda).
  • Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda).
  • Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
  • Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. (Termasuk menceritakan kisahnya dengan bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda).

  • Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu.Itu tandanya dia serius dengan anda.

  • Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum sedia untuk bercerita kepada anda).

  • Sesekali, lelaki pasti akan menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana anda ada untuknya).
  • Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk Tuhan yang mudah marah.

  • Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
  • Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

  • Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh…….lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
  • Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika anda melakukan ini pada kekasih anda, maka ia akan terus menerus merindukan anda).
  • Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda (merayu anda).
  • Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi(Masih ingat kan saat dia meminta anda menjadi kekasihnya?).

  • Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).
  • Lelaki sangat menyayangi ibunya. (Jika ingin mengetahui bagaimana layanan lelaki ketika dia mengahwini anda, lihatlah cara dia melayan ibunya.)

SEKIAN , 


aWwwwww ~ BUAH HATI SAYA, haha XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

February 7, 2013

Wanita di mata lelaki.


Lelaki dan perempuan di ciptakan antara satu sama lain.

Malam pasangannya siang, 
Jaga pasangannya tidur, 
Rajin pasangannya malas, 
Dan lelaki pasangannya perempuan. 

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, 
Maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita 
itu dapat memikat hati lelaki. 

Bila berkata tentang terpikat, 
Maka ia ada hubung kait dengan nafsu. 
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, 
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. 

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal 
dengan IMAN 
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah 
Allah dan RasulNya dan menjauhi 
laranganNya. 

The best part, start here,
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. 
Simbol apa, semua orang tahu. 
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika 
tidak dikawal dengan iman. 
Maka mata lelaki ini selalu menjalar 
apabila terlihat seorang perempuan. 

Setiap bentuk badan seorang 
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki 
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. 



Apabila seorang lelaki terlihat seorang 
perempuan, Maka perkara pertama yang akan 
dilihatnya ialah 
rambut wanita berkenaan. 
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh 
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup 
rambutnya. 

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, Maka 
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat 
bentuk lehernya, 
Maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi 
melihat bentuk dadanya, 
Maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk 
dada dengan melabuhkan tudungnya. 

Setelah itu mata lelaki akan 
turun lagi melihat 
bentuk ramping pinggangnya, 
Maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak 
bentuk pinggangnya,

Mata lelaki itu akan melihat pula akan 
bentuk belakangnya, 
Maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya 
agar bentuk belakangnya tidak kelihatan,

Dan 
lelaki itu akan pula melihat 
bentuk pehanya, 
Maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain 
yang ketat sehingga terlihat bentuk 
pehanya walau sedikit,

Maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan 
bentuk kakinya pula, 
Maka janganlah wanita itu berseluar, kerana 
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau 
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, 
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar 
sedikit, nafsu lelaki akan terusik secara 
spontan, entah tak tahu Kenapa? 

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak 
akan bentuk kakinya, 
Maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu 
kepada kakinya, 
Maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki 
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan 
melabuhkan kain, atau memakai stoking yg warnanya 
jangan sesekali berwarna kulit perempuan, 

Maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, 
akan melihat pula 
bentuk tangan wanita itu, 
Maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan 
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. 

Maka wahai lelaki, 
janganlah pula kamu melihat mukanya, 
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika 
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. 
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang 
cantik akan menimbulkan fitnah.
Maka berpurdahlah kamu, 
jika itu lebih baik untuk kamu. 

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis 
penyakit,iaitu mata 
lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jika 
ia terlihat 
warna yang menyerlah atau terang 
jika ianya berada pada perempuan. 

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan 
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan 
sangat. 
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. 

Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu 
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu 
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, 
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah 
pula kita menjaga kehormatan diri masing2, 
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan 
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar 
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula 
janganlah menjalar langsung kepada muslimah, 
walau muslimah itu telah menutup aurat, 
insyaAllah selamat dunia akhirat. 

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, 
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung 
umpama tidak menutup aurat, dan pada kaum 
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak 
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia 
dilarangi oleh Allah SWT. 

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. 


Sekilau kilau berlian adalah yang menarik untuk dicuri, Seindah indah ciptaan Allah yang paling sukar dijaga adalah wanita solehah..


wasalam..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi