♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Dear friends ,

February 12, 2013

Dear friends ,



That's it.
Yeahh. Kenapa aku rasa macam tu? 
Semuanya disebabkan kesilapan masa lalu kita.

Kawan, dulu kan kau salah seorang kawan aku yang paling memahami .
Kau ingat lagi tak, awal2 kita kenal dulu, kau dengan kawan-2 baik kau, mana suka aku kan? Kata aku nie nampak sombong, bajet, kerek lah apa lah, macam2 lah kan.
But at last? Nampak tak, Tuhan tetap temukan kita sebagai kawan dan akhirnya jadi kawan baik pun.
Tak sangka kan?

You know what, kau dengan MMS je kawan baik lelaki yang aku ada selain daripada MFF. 
Masa aku kat sekolah lama aku pun, aku tak pernah ada kawan lelaki yang sangat akrab seperti korang.
Kadang-2 aku rasa kita dah macam adik beradik disebabkan keakraban kita.

Cuma, disebabkan kesilapan kita yang lalu, hubungan kita makin jauh kan?
Seriously, aku sangat menyesal sebenarnya atas apa yang berlaku antara kita. In fact aku rasa macam bodoh sangat, kenapa lah aku terlalu ikutkan perasaan then biarkan semuanya berlaku.
Kau tahu tak, aku rasa tu lah kesilapan tersebesar aku pernah buat. Disebab tu jugak aku kehilangan kepercayaan MFF.

Tapi aku tahu, aku tak boleh nak salah kan kau. Kita dua-2 salah. Kalau boleh aku dah tak nak ingat dah benda tu. Tapi setiap kali aku ingat kan, aku jadi sedih sbb benda tu dah menjarakkan hubungan kita. Aku rindukan kau yang dulu. Aku rindukan friendship kita yang gila gila macam dulu.

Dulu setiap kali aku ada masalah dengan MFF, kau di antara orang yang terawal tahu and aku pun tak teragak agak nak meluahkan dekat kau. Ingatkan macam mana kau tolong aku masa tu? Macam mana kau cuba nak uji perasaan aku? Sampai menangis aku di buatnya. Semuanya gara gara kau yang sangat memahami perasaan aku kalau melibatkan MFF.

Kau pun suka minta advice dari aku. Yang paling aku tak boleh lupa bila kau tanya aku macam mana nak jadi matang. HAHA XD Kelakar kan? Kau selalu cakap aku matang, tapi bukan dalam semua hal. Bila dengan kau aku terus jadi kanak kanak ribena macam kau. :)

Friends, seriously I miss all about you. Your voice, your laugh, your joke, your smile, your HIGH IMAGINATION and mostly your sweet talker. I'm deadly miss that. Bila aku boleh dapat kau sebagai kawan aku macam dulu balik? Aku cuba nak perbaiki balik persahabatan kita, tapi kau macam tak nampak dan kau macam tak faham. Aku rasa macam kau sengaja mengelakkan diri walaupun kadang-2 kau seolah olah berlakon macam tak ada apa apa.

Tak tahu lagi kat siapa aku nak meluahkan perasaan.
Apa yang aku tahu, aku sangat sangat memerlukan kau yang dulu balik.
Sebab dalam sesetengah hal, kau je yang faham aku.

Sekian .


Kau selalu cerita kat aku pasal anak anak kucing kau. Dulu masa kita webcam kau ajak kucing kau Fify yang dah jadi arwah tu join sekali. Haha XD Okayy aku memang sangat merindukan semua itu .

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi