♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: April 2013

April 28, 2013

Tawaran from KUIM.

Alhamdulillah, Fy dapat tawaran from Kolej Universiti Islam Melaka.
Actually saje saje je mohon masa tu tapi tak sangka pulaa dapat.


Program Diploma Pengajian Islam Pembangunan Sumber Manusia.
Tarik kemasukan 6 JUNE 2013
Tempoh pengajian 3 tahun.

Nampak macam menarik dan Fy dah confirm akan masuk sini kalau Fy tak dapat UPU.
Kalau tak dapat Fy akan masuk KUIM ni.
Masa bukan laman web Kolej ni saja lah nak tengok apa2 yang patutkan.
Then bukalah senarai subjek yg akan dipelajari sepanjang tiga tahun ambil course ni.
Dan ini lah subjeknyaa mengikut semester.




Haa see?
Ya ampunn.
Fy tengok pun terkejut entah boleh bawak ke tak yg arab , hadith, fiqh apa semua tu.
Lama dh tinggalkan.
Haihh harap-2 boleh.
Boleh buat bekalan dunia akhirat tu.

Apa-2 pun tggu UPU dulu.
Kalau tak dapat Poli and course Seni Bina, 
Maka KUIM lah tempatnyaa.
hehehe.
Okay lah,
saja nak berkongsi ceritaa.
byee !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

April 25, 2013

Relationship without trust.

Assalamualaikum guyss.

Tiba-2 mood untuk menulis blog datang sekali dengan untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.
Hmmm.
Sejak dua menjak ni hati selalu memikirkan masa hadapan. Kenapa?
Of course lah kena. This time mana boleh nak main-2 lagi dah.
Everythings kena take it serious. Cukup-2 lah zaman sekolah dulu dah main kejar-2 apa semua.
Hasilnyaaa haa tu lah result yang aku dapat.
Adalah sedikit penyesalan tu kan. So from now dah bertekad, masuk mana-2 IPT nanti tak nak main-2 dah. 
Itulah penentu my future. Apa kita jadi, kereta apa kita pakai, rumah macam mana kita beli semua bergantung kepada tu.
Bak kata mama, "kalau kau malas jugak macam ni, jangan merasalah nak pakai kereta besar nanti..."
Ohh okay. Saya faham :/

Cukuplah cerita pasal IPT. Selagi tak dapat yg muktamad, selagi tu lah masih memikirkan.
Hmm sekarang ni Fy nak cerita pasal relationship without trust.
You know what, susah tau nak teruskan hubungan kalau tak ada kepercayaan nih.
Lagi-2 hubungan jarak jauh.
Ohh please, memang takkan kemana weh kalau saling tidak mempercayai.
Tak payah cerita pasal orang, Fy nak cerita pasal diri Fy sendiri.

Seriously kalau tanya Fy penat ke tak dengan hubungan ni, memang Fy penat.
Penat sangat sangat.
Tapi apakan daya, Fy tak tahu kenapa Fy tak mampu nak tamatkan kepenatan Fy nih.
Cuma sekarang ni Fy dh sedar tentang perubahan Fy.
Fy seakan akan dh malas nak mengalah lagi. Fy dah malas nak besarkan masalah kecil yg selalu dibesarkan.
Dari zaman sekolah, sampai sekarang, hubungan macam ombak.
Hishh entah lah. Fy tak tahu nak describekan macam mana. 
Kadang-2 rasa macam complicated sangat walaupun masih mampu bertahan.

Macam sekarang, Fy dah rasa penat sbb dia seolah olah masih tak percayakan Fy.
Kalau dh sekarang ni berjauhan pun tak percaya macam mana bila dh sambung IPT nanti?
Fy tahu memang tak semudah tu kalau dengan dia.
Sebab tu sekarang ni Fy malas nak fikir serius pasal hubungan ni.
Kalau lah dia terus berperangai macam tu, memang takkan lama lah hubungan.

Fy tahu dia jadi macam tu sbb silap yg Fy pernah buat lagi.
Well, dah banyak kali Fy cuba yakinkan dia tapi dia tetap nak berfikiran dan berperangai macam tu.
Terpulanglah kat dia. Sekarang ni memang Fy tak nak harap apa-2 dalam hubungan ni.
Secara jujurnya jugak, Fy rela putuskan hubungan ni kalau dia sendiri tak nak berubah.
Susah nak nasihat kan orang yg tak dengar nasihat ni.
Nak kena guna cara tu baru berjalan

Haihh entah lah.
I don't know how to explain what I feel now, but the truth I really-2 can't make it this relationship without trusted.
Harap sangat dia akan berubah dan cuba utk berfikiran matang dan memikirkan masa depan.
Kalau dia terus menerus dengan perangai macam tu.
Memang hubungan ni takkan kemana.

Thats all for today.
Byee XD

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

April 23, 2013

Bila kerinduan dah bertamu :')

Tak nak cerita panjang-2,
Biar benda alah di bawah ini yang menceritakan ,











Yeahhh.
Kenyataannya, hakikatnyaa, realitinyaa.
Setiap malam aku rindukan semua ini.
Semua yg dah diluahkan di atas ni.

Sukar digambarkan kerinduan tu melalui kata-2.
Sangat manis kenangan yg diharungi bersama.

Aku tahu kita takkan dapat melalui itu semua lagi.
Akan tetapi, semua kenangan yg kita lalui akan tetap terpahat dalam ingatan.

Bye.
Sayang korang. :')

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

April 21, 2013

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran IPTA Sesi 2013/2014 Online.

Ehem ehemm ,
Wahai kawan-2 seangkatan dan seperjuangan sekalian.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit info kepada anda semuaaa ,

Semakan keputusan permohonan tawaran IPTA Sesi 2013/ 2014 boleh disemak melalui UPU. Tarikh semakan boleh dibuat pada minggu ketiga pada bulan Mei 2013 ini. Oleh itu tarikh  keputusan UPU dijangka akan diumumkan pada 21 Mei 2013. Manakala, semakan program yang ada temuduga IPTA/ Politeknik 2013 boleh disemak mulai 22 April 2013 bagi lepasan SPM.


upu 2013


Semakan Program Temuduga IPTA 2013 Lepasan SPM

Semakan panggilan Temu Duga boleh dibuat mulai 22 April 2013 melalui kaedah berikut:-
  • Laman Web
Temu Duga akan dijalankan pada 24 April hingga 5 Mei 2013

Semakan Keputusan Tawaran IPTA Sesi 2013

Tarikh Keputusan: Minggu Ketiga Bulan Mei 2013 (21 Mei 2013)

Cara Semakan Upu Online


Semakan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang http://upu.mohe.gov.my/

Jadual Keputusan UPU 2013

Bulan April 2013

upu-2013
ScreenShot004



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Kali ini memang saya frust --'

Hoyeahhhh.
Assalamualaikum semuaa.
Sihat kah?
Harap sihat lahh nohhh ~

Sejak dua menjak tiga menjak nih otak memang kekurangan idea nak update apa.
Cuma kali ni Fy nak berkongsi kekecewaan Fy sbb tak dapat nak masuk MSU .
Tahu apa itu MSU?
MSU is Management Science University lah ~

Fy tak dapat masuk bukan disebabkan permohonan Fy ditolak.
Tetapi disebabkan ayah dengan mama sibuk suruh tunggu tawaran UPU.
Lagi-2 ayahh, nak sangat Fy masuk UiTM tuu.
Haihhh ~ Ingat senang ke nak dapat?
Kalau result anak mu ni straight A's tak apa lah jugak ~

Fy dapat offer sambung belajar Diploma in Hospitality and Tourism Management.
Memang menarik bilaa dengar.
Even bukan course architactural yang Fy harap tapi Fy tak kisah.
Fy memang suka mencuba sesuatu yang baru.
Tapi tu lahh ~
Nak buat macam mana.
Bila dah semangat Fy nak masuk tetiba ayah suruh tunggu dulu.
Haihhh kalau tahu macam tu baik tak payah mohon, baik tak payah tanya.
Ingatkan tanya sbb nak bagi masuk, tapi rupa rupanya tidak --'

Fy bukan apa, Fy nak masuk sbb Fy dah bosan duduk rumah tak tahu nak buat apa.
Dekat 4 bulan dah kud. Sape boleh tahan.
Haritu lepas dapat result Fy nak kerja mama tak bagi.
Dah tuu? Apa Fy nak buat?
Yang ni lah satu satunya benda yang diorang tak boleh nak faham.
Nak tggu sampai dapat tawaran UPU?
Lama lagi kudd.
Ingat Fy apa boleh duduk saja-2 tak buat apa.
Fy bukan orang yang macam tuu
Kenapalah susah sangat nak faham.
haihhh.
Memang frust wehh.
Frust sampai rasa nak guling-2 je.
Hurmmm ~

Memang tak ada harapan lah nak sambung mana-2 selagi keputusan UPU tu tak keluar.
Nasib ahh dudk terus hidup macam ni entah sampai bila.
Tertekan, stress, tension semua ada.
Bukan diorang tahu pun.
Sedih betul.
Haihh.

Ni yang tetiba rasa nak emo nih.
Dah lah sebelum Fy emo lebih-2 baik stop dulu.
K choww XD



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

April 18, 2013

This is what we call life.



Kita boleh hidup bahagia kalau kita inginkan kebahagiaan tersebut.
Menurut buku yang saya baca.
Bila kita lepaskan sesuatu yang sakit, yang perit insyaallah kita akan menemui kebahagiaan di hujung sana.
Jika kita tidak melepaskannya, maka kita masih lagi di takuk yang lama.
Masih terkapai kapai menanti sesuatu yang kita tahu takkan berulang kembali.
Kenapa kita perlu menoleh kebelakang?
Kenapa kita perlu memikirkan sesuatu yang sudah berlalu?
Sedangkan apa yang akan menanti kita mungkin jauh lebih baik dari yang sudah berlalu.

Saya tahu, inilah hidup.
Kita hanya manusia biasa.
Kadangkala sesuatu yang menyakitkan tu sukar untuk dilupakan.
Apatah lagi kalau parutnya masih terkesan sehingga kini.
Tapi, kita perlu ingat, jika kita sering memikirkannya, maka kita memang takkan dapat melupakannya.
Kita akan terus dibelenggu sesuatu yang menyakitkan.
Kalau itulah jalan yang kita pilih, sampai bila kita nak bahagia?
Betul tak?

Mengikut pengalaman saya yang masih setahun jagung dan melalui pandangan saya,
Kita yang akan menentukan kebahagiaan dan kita sendiri yang memilih kesakitan.
Tuhan dah kurniakan akal fikiran untuk kita berfikir mana baik dan buruk, untuk kita memilih mana yang terbaik dalam hidup kita.
Tapi saya tahu, kita hanya manusia biasa.
Kadangkala kita alpa dan terleka.
Kadangkala kita memilih sesuatu yang salah.
Dan kesalahan dan kesilapan yang kita pilih itulah yang akan menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.
Serius guys, sepatutnya kita harus belajar dari pengalaman kerana pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup kita.

Apa yang saya katakan tak bermakna saya bagus.
Saya cuma meluahkan sesuatu yang saya rasa.
Itu yang saya rasa, itu yang saya fikir, dan itu jugalah yang saya luahkan.
Saya juga masih belajar dan mengenal erti hidup yang sebenar.
Inilah hidup kita.
Sesuatu yang sangat sukar dijangka.
Entah apa yang menanti pada satu saat selepas ini pun kita tak tahu kan?

Saya tahu, kita sepatutnya perlu bersedia .
Tapi macam yang saya katakan, kita cuma manusia biasa.
Kita hanya mampu mengikut aturan yang telah ditetapkan olehNya.
Sama ada baik atau buruk, pilihan terletak di tangan kita.

Percayalah, 
Tuhan selalunya akan memberikan kita yang buruk dahulu sebelum digantikan dengan yang baru.
Tuhan juga akan mempertemukan kita dengan sesuatu yang salah dulu baru dipertemukan dengan yang betul.

Jadi ini sahajalah yang dapat saya kongsikan.
Tak tahulah ada maksud.
Byee !


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

April 4, 2013

Bila nak serik? --'


Entah kenapa tiba-2 rasa emo semacam bila tulis tajuk entry ni.
Terus rasa macam ada semangat nak bahas tajuk yang aku bagi tu.
Actually dah lama dah, cuma sekarang baru rasa macam nak luahkan.

Babe, korang tahu erti serik tak?
Mesti tahu kann?
Of course lah dalam dunia ni semua akan tahu apa itu 'serik'.
(Kalau tak tahu jugak, mohon rujuk kamus dewan bahasa edisi ketiga yer.)

Bila dah rasa serik, mesti kita tak akan buat lagi kan?
Even kalau orang yang degil tahap babun sekalipun dia akan rasa serik jugak.
Sama ada cepat atau lambat je.

Panjang sangat mukadimah nyaa....

Takkk, sebenarnya macam ni. Kenapalah kita ni tak pernah nak belajar dari kesilapan.
Contohnya, sesuatu perkara yang menyakitkan. Sebelum ni pernah kena, bukan sekali, malah berkali kali. Nangis, sedih, marah, kecewa sbb disakiti.
Tapi at the end of the day, benda tu jugak lahh yang dibuat.

Kalau orang lain lantak pi kat depa lah kan.
Macam mana kalau org2 yg dekat dengan kita yang kena dan buat semua tu?
Masa dia kena dia datang mengadu, minta nasihat, minta pandangan bagai.
Tapi last-2, nasihat kita, pandangan kita entah kemana perginyaa.
Tak ke rasa macam nak hempukk je kepala mereka?

Ye memang betul, nak terima atau tak pandangan dan nasihat org itu hak masing-2.
Bila org minta pendapat, kita bagi.
Nak ikut atau tidak terpulang.
Tapi yang menjadi tajuk utamanyaa. Kenapalah manusia ni tak pernah serik?
Bukannya tak ada pengalaman yg sama tapi itu jugaklah yg dibuatnya.
Geram kan?
Padahal semua dah terang2 depan mata.
Kenapalah tak guna akal dan fikiran yg Allah beri tu dengan sebaiknyaa?

Haihh entah lah. Aku ni nak berfalsafah panjang berjela pun tak guna.
Bukan layak punn.
Cuma nak menyuarakan pendapat je.
Geram dengan sesetengah orang yg asyik melakukan hal yg sama walaupun dah berkali kali kena.
Grr tak paham lah aku.
Bila dah kena lagi, mula lah, teman-2 terdekat dicari, apa yg dah menyakitkan dilupai.
Lepas tu jumpa yg baru, yg lama pun dilupai.

Tapi ikut suka hati lah kan.
Life sendiri.
Orang lain tak ada hak nak masuk campur.
Segala baik buruk bawah tanggungjawab sendiri sbb sendiri yg buat pilihan.
Tapi, tak salah sesekali pertimbangkan dan fikirkan nasihat orang.
Manusia mudah lupa dan teman-2 sekeliling lah yg kadangkala mengingatkan.

Dah lah. Tak tahu apa lagi nak type panjang berjela.
Ini pun entah korang faham ke tak kan?
Cuba-2 lah faham apa yg aku nak sampaikan kayy.
Saja nak berkongsi perasaan.

Renung-renungkan dan selamat beramal !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

Baby pink + Baby blue :)



Assalamualaikum wahai rakyat jelata sekalian.....
Wahhh ada gaya macam permaisuri tak?
Kah kah kahhh ! *sudah-2 lah berangan yer wafii....*

Haaaa tujuan beta eh eh silap, izinkan saya menggunakan gelaran aku yer.
Okayy tujuan aku menghapdate blog hari ini adalah disebabkan tajuk di atas.
Tapi tapi tapi sebelum itu wahai kawan-kawan sekaliann, nampak tak apa yang Fy nampak?
Orang tua-2 kata kalau tak nampak pendek umur tau.
Hahaha. K saja nak buat kelakar yang tak kelakar.

Halahh koranggg takkan tak perasan yang blog aku dah bertukar wajahh?
Haa mesti perasan kan kan kannn?
Punyalah penat aku mengedit apa jadah code semua tu dan dan dannn....
Tadaaaaa !
Inilah hasilnyaa.
Baby pink colour + baby blue colour.
Haaa bek cakap cepatt ! cantikkk takkkk !
Hahahaha.

Penat tau. Walaupun nampak macam senang tapi agak rumit.
Memang tadi agak pening jugak nak mencari colour.
Memang dua colour ni menjadi pilihan.
Tapi bila survey2 ramai dah pakai theme colour pink and blue.
Jadi untuk tidak mengecewakan hati sendiri aku telah menggabungkan kedua dua warna tersebut.
Kah kah kahh.
Kreatif kann?

Yaa tema kali ini memang nak make it simple but nice.
Apa org kata sedap mata memandanglah kan.
Tak lah nampak serabut sangat.

Ermm ermmm ~
Okayy dah tak tahu nak tulis apa dah.
Chowwww ~

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi