♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Tips lupakan rasa hati dan gembirakan diri.

November 7, 2014

Tips lupakan rasa hati dan gembirakan diri.

Ahaaa selagi cuti masih panjang ni , mohh lerr aku update banyak banyakk yeee dakkk ,
Kang lepas lepas ni dah mula sem balik, jangan kata nak update, nak menjenguk pun tak sempat.
Ehehehe.
Jadi kali ni, ermm macam tetiba baru terfikirkan, memandangkan aku ni dalam keadaan bosan sunyi sepi, apa kata kita fikirkan cara-2 yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah tersebut. 
Mana tau kud kud tips tu bergunaa utk masa depan.
Hihihi

Baiklah,
Jadi di antara cara cara yang telah difikirkan yang boleh digunakan utk gembirakan hati sendiri, atau lupakan kesedihan, atau kekecewaan, atau kesepian, atau kesunyian, atau apa apa sajalah kan.

  • Luangkan masa bersama keluarga. Jangan sia siakan masa dan peluang yang ada utk bersembang bergembira bersama mereka selagi ada masa. Sebab keluarga kita ni ialah kebahagiaan kita ! Ceewahhhh !
  • Lepak lepak dengan kawan kawan rapat, minum minum kopi kat mamak kee mapley ke, sembang-2 bergelak ketawa. (Tapi kalau jenis yang tak suka keluar rumah macam aku ni, tips yang kedua ini tidak digalakkan, anda boleh mencuba tips yang pertama okay ! hehe)
  • Take your time untuk bersendirian. Means bukanlah 24 jam asyik nak bersendirian je. Tu dah macam gila laa pulak sebab tak bergaul dan ambil tahu langsung pasal dunia luarkan. Maksudnya disini ialah, pilih masa masa yang sesuai yang boleh kita menyendiri dan fikirkan apa sebenarnya yang terjadi. Like muhasabah diri laaa.
  • Aku rasa kalau kita cuba happy-2 kan diri sendiri, gelak kuat-2 sampai tak toleh kanan kiri pun boleh buat kita lupa masalah dan rasa hati kita kan? Even kau rasa macam benda tu menipu diri sendiri tapi sekurang -kuranya kita puas hati kan.
  • Lagi aku rasa , makan pun boleh hilangkan stress ! Hahaha betul tak tipu , makan lahh selagi boleh. Sebab mengikut pengalaman aku pun, bila aku makan, aku rasa nikmat dan kebahagiaan yang amattt sangat ! Jangan lupa ucap alhamdulillah bila dah kenyang k ! Hehehe 
  • Hurmm, jauhkan diri dari orang-2 yang boleh buatkan fikiran dan perasaan kita asyik teringatkan benda yang paling kita nak elak. Betul. Yang ni penting sbb yelahh elok-2 kita dh lupa, tetiba ada pulak manusia yang mengingatkan, haihh tak ke sedih-2 je rasa hati tu nanti kan.
  • Next , aku rasaa hurmmm haaa shopping ! Ahaha yang ni kalau yang banyak duit selalu boleh laa. Ianya akan menjadi satu kepuasan. Tapi kalau macam aku, tak shopping pun tak apa, kalau keluar jalan jalan window shopping tu pun dah kira okay kud. Kalau aku lah , kann
  • Jangan buat sesuatu dalam keadaan terpaksa. Bukan apa, kita dah lah tengah ada masalah apa semua, kalau kita buat benda yang kita tak suka, benda tu lagi lah akan menganggu emosi kita. Jadi adalah lebih baik buat benda yang kta suka. Macm aku baca novel ke, majalah ke, movie keee, ahaaa boleh jugak larikan kotak fikirkan kita dari memikirkan benda yang tak sepatutnya.
  • Jangan stress dengan sesuatu masalah yang kita nak elak tu. Apa pun yang kita buat enjoy jee. Anggap semua perkara yang kita buat tu membahagiakan hidup kita. Persetankann orang lain yang cakap kita pura pura bahagiaa laa apa laaa tu kan. Lantakk diorang.
  • Dan last sekali, jalan akhir yang aku rasa paling berkesan, tidur tidur dan tidur ! Ahaaa serius tak tipu. Tapi bukanlah tidur sepanjang hari sampai tak buat apa apa. Tu gila namanyaa. Means kalau kita rasa macam benda tu macam sibuk-2 je datang kacau otak kita kan, cuba lah pejam mata dan tidur. Lupakan seketika masalah. Masuklah kedalam mimpi indah. Tapi awas okayy ! Tidur ni kalau masa tu memang tak ada apa nak buat. Janganlah time kena kerja ke, study ke kau nak tidur. Memng cari penyakit jeee cam tu.


Jadi setakat itu jelah tips yang mampu aku fikirkan.
Ehee kira banyak laa jugak tu 10 kan.
Ni semua memang benda-2 yg selalu aku buat.
Takdelah selalu, tapi diantaranya aku selalu la buat.
Lagi-2 yang last sekali tu.
AHAHAHA !
Okayy byee !


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

1 Pengkritik:

  1. Hi sis. Boleh tak nak share tips sis ni sbb sangat membantu.

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi