♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Hilangkan semua.

February 3, 2015

Hilangkan semua.

Tadi, review balik post-2 sebelum ni. Ohh maiii !
Bila baca balik rasa macam nak menangis sambil ketawa pun ada. Kelihatan sangat tidak matang pun ada rasanya.
Kebanyakannya memang banyak aku luahkan hal hal berkaitan dengan hati dan perasaan lah kan.
Tentang orang yang sama.
Yeahh rasanya memang majoriti cerita dalam blog ni memang pasal tu.
Tapi tak semua la kan. Majoriti.
Ada jugak pasal hal hal sekolah, kawan-2, asrama.
Haaa bilaa baca part tu memang best.
Datanglah perasaan rindu yang membuak buak pada sekolah asrama dan semua kenangan tu.
Huhuhu.
Tak sia sia aku abadikan cerita cerita dalam ni.
Boleh jugak baca balik.
Orang lain tak baca tak apa, aku tak kisah pun sesiapa nak baca blog ni.
Yang penting tuan empunya blog ni memang dia akan baca balik segala drama hidup dia. Hehehe.

Jadi apa yang aku nak sampaikan disini ialah, aku telah selamat mendelete segala cerita yang aku rasa tak perlu lagi aku biarkan kewujudannya disini.
Haaa macam kejam kan. Iyelaa dulu beria ria, sekarang apa pun tak adaa.
Hahaha, biarlah apa pun tanggapan orang.
Yang penting aku tahu apa aku buat.
Demi kebaikan semua orang.
Dan yang paling penting demi menjaga hati semua orang.

Yang dah menjadi kenangan biarlah dia akan terus menjadi kenangan.
Bila aku baca balik semua cerita tu tadi, aku rasa aku belajar sesuatu dari kisah hidup aku sendiri.
Haaa itulah yang dikatakan belajar dari pengalaman.
Biasalah, tu zaman dulu dulu.
Zaman budak budak baru nak matang kata orang.
First time nak merasa semua tu memang adakalanya macam terbabas sikit.
Tapi bersyukurlah bila sekarang kita dh boleh fikir mana baik buruk.
Dah boleh fikir untuk masa depan jugak kud.
Bukan lagi masa nak berfoya foya.

Well, bukan nak cakap tak boleh nak berseronok dan bersuka ria.
Tapi bak kata orang, dalam awal umur 20-an ni of course kita akan mula memikirkan jauh untuk masa depan kan.
Takkan laa semua benda nak dibuat main.
Kenalah ada tujuan dan matlamat. Cewahhh xD hihihi
Memang betul pun kan.
Apa yang kau buat sekarang semua ada tujuannya.
Belajar ada tujuannya.
Bercinta pun of course la ada tujuannya.
Takkan nak sekadar suka suka sampai masa stop.
Ada ke macam tuu??
Haaa budak sekolah boleh laa macam tu.
Even yang bercinta dari zaman sekolah pun boleh dibawa ke masa depan okayy !
HAHAHA 

Jadi kesimpulannya, matanglah dalam berfikir.
Dan berfikirlah secara serius dalam semua hal.
Bukan untuk sesiapa tapi untuk kebaikan kita juga kan.
Tak salah lah.
Yang penting kena ada 'goals'
Lupakan semua kenangan yang menjadi sejarah tu.
Learn from that.
Mana silapnya betulkan untuk masa depan.
Jangan lakukan benda yang sama.


Nikmatilah kehidupan dengan riang gembira aman bahagia selagi peluang masih ada.
Heee next entry aku cerita dengan lebih lagi.
Byeee !

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi