Assalamualaikum,
Kali ni nak kongsikan sikit cerita masa aku pergi Banda Acheh haritu.
Okay nak dijadikan cerita actually trip ni sebenarnya Trip Pengantarabangsaan MPP di Banda Acheh.
Jadi dah tentu-2 laa aku pergi dengan team MPP 15/16. Okayy actually masa ni dah mantan. Jadi sebagai penghargaan pihak kolej bawa la kami untuk pergi trip ke luar negara dan Banda Acheh, Indonesia menjadi pilihan. Pergi masa ni cuma 3h2m jee.
Haaa time ni flight pergi puku 7.45 AM. Bayangkanlahh pukul 3 dah gerak pergi KLIA 2. Memang tak tidur. Berhuhu haha jee masaa ni kat airport sementara nak check in apa semua. Memang rabak mataa hahahah.
Motif letak gambar awan ni? Hahaha biasalaa kann. Sebab masa dalam flight aku dok tepi tingkap jadi ambil gambar ni haruslahh menjadi kemestian ! Hehehe.
Perjalanan dari Kuala Lumpur to Banda Acheh mengambil masa satu jam 10 minit. Kitorg sampai Acheh masa ni pukul 9.10 pagi waktu Indonesia. Haa macam yang korang tau laa kan, waktu Indonesia awal satu jam dari waktu Malaysia.
Masa ni dah selamat landing di Sultan Iskandar Muda International Airport Banda Acheh, Indonesia.
Okayy masa ni memang ngantokkk gilaa. Satu jam lebih dalam flight tu pun aku manfaatkan sepenuhnyaa dengan tidur ! Hahaha tak sempat nak menikmati pemandangan kat atas awan sangat pun. Sedar-2 je bilaa pilot dah buat pengumuman yang kapal terbang akan landing. Masa tu aku buka-2 mata je dah nampak rumah-2, orang, pokok-2, laut dan sebagainya. Hahaha memang tak terasa langsung lah perjalanan tuu citeee diee !
Masa sampai ni kami di handle oleh tourist guard yang telah ditugaskan untuk membawa kitorang selama di sana. Sampai-2 je memang terus mulakan trip. Takde makneee nak check in walaupun masa tu masing-2 dah bayangkan alangkah seronoknyaa dapat katil hahaha yelaa dah semua tak tidur satu malam. Setakat tidur-2 ayam satu dua jam tu apa lahh sangat. Mungkin masing-2 eksaited kan. Tu yangg punya syok tak tidur. Okayy jadi mari kita mulakan cerita pengembaraan kami di Bumi Acheh ni,
Dalam perjalanan kami dari airport ke destinasi pertama, kami sempat melihat Kuburan Massal iaitu kawasan di mana mangsa-2 tragedi tsunami yang melanda bumi Acheh pada tarikh 24 Disember 2004, 12 tahun yang lalu. Sekejap kan rasa? 12 tahun dah berlalu. Seperti yang korang tahu, kalau sebut Acheh dalam kepala mesti automatik akan teringat Tsunami. Sepertinya tsunami dan acheh memang ada sejarah dahsyat yang telah menggemparkan seluruh dunia. Haaa sebab tu jugaklaa kami memilih trip untuk ke acheh ni. Untuk melihat macam mana bumi acheh yang telah menjadi seperti padang jarak padang terkukur masa tsunami melanda dan bagaimana keadaannya setelah lebih 10 tahun tsunami melanda. Okayy kisah-2 tu nanti aku akan ceritakan dalam part 2 !
Berbalik kepada cerita gambar atas ni. Kuburan Massal adalah kawasan dimana lebih daripada 200 000 mangsa yang terkorban dikebumikan secara Massal disini. Kenapa Massal? Okay Massal tu membawa maksud pengebumian beramai-2 dalam satu kawasan. Masa ni memang tak ada dah mandikan jenazah ke, kafankan ke apa memang tak ada. Hanya balut mayat-2 dengan plastik atau kain atau apa sahaja kemudian terus kebumikan. Keadaan masa ni dikategorikan sebagai darurat jadi mayat-2 tersebut telah dikebumikan disini.
Fakta yang perlu diketahui ialah, kuburan Massal ini bukan kubur hanya untuk orang Islam sahaja kerana pada ketika itu mayat-2 yang dijumpai tanpa diketahui agamanya semuanya dikebumikan disini jadi memang takde istilah ni kubur melayu ke cina ke kristian ke memang semua dicampur sekali. Yelah korang fikirlah keadaannya masa tu tersangat-sangatlah darurat dengan mayat bergelimpangan sana sini, jadi siapa yang nak buat proses pengecaman bagai ni kan, so ini lah caranya mereka semua dikebumikan. Menuruk Pak Fikri (tourist guard kitorg masa tu) kalau masa hari raya ke haa kita boleh lihatla semua keluarga yang kehilangan ahlinya akan ke sini. Masa tu boleh laa tengok yang setiap agama bangsa yang menetap di Banda Acheh ni akan datang ke sini.
Senang cerita macam ni la, masa tragedi tu berlaku boleh dikatakan semua penduduk di Bumi Acheh ni dah perpecahbelah dan ada yang kehilangan hampir kesemua ahli keluarganya akibat di hanyutkan tsunami jadi masing-2 tak tahu kemana ahli keluarga mati ke hidup ke kan. So masa tu apabila mereka jumpa je mayat memang terus akan kumpulkan untuk kebumi. Memang takde dah tunggu ahli keluarga tuntut ke hapee ke kann haa sebab macam yang aku cakap tadi keadaan masa tu darurat. Jadi itulah jalan terbaik. Dan sesiapa yang kehilangan ahli keluarga masa tu memang kena tabah dan redha dan terima dan percaya lah yang kalau diorg masih tak jumpe ahli keluarga yang hilang tu maksudnya mereka dah tak ada dan telah dikebumikan di Kuburan Massal tu lah. Itu jelah yang harus mereka percaya.
Haa panjang pulak cerita pasal Kuburan Massal ni kan. Ohh maaf sebelum tu nak bagitau gambar di atas sumber pakcik google sebab masa kat kubur ni tak ambil gambar pun sebab cuma tengok dari luar je. Tapi ceritanya memang ada sebab Pak Fikri tu dah siap-2 cerita kat kitorg. Huhu. Okayy nexttt destination is,
Destinasi seterusnya ialah Monumen PLTD Apung.
Apakebenda tu kan? Apa yang sejarah sangat tu kan? Haaa okayy camni cerita dia.
PLTD ialah sebuah Kapal Pembangkit Listrik Tenaga Diesel. Sebenarnya kapal ini bukan lah pada asalnya berada di Banda Acheh ni. Pada ketika sebelum tsunami melanda kapal ini berada di wilayah Ulee Lhee Indonesia juga. Jadi nak dibuktikan betapa dahsyatnya gelombang tsunami yang setinggi 9 meter itu telah menggerakkan kapal ini sejauh 5 km sehingga kapal ini akhirnya mendarat di Banda Acheh ni. Masya Allah. Sungguh, masa dengar cerita ni, masa tengok betapa besarnya kapal ni, korang boleh bayangkan betapa dahsyatnya tsunami tu? Betapa dahsyatnya kekuasaan Allah swt. Memang kalau tengok sekali kita memang macam tak perayakan? Tapi ni laa hakikatnya. Korang boleh tengok sendiri betapa besar kapal ni. Dan disebabkan itulah kapal ini memang sengaja tak dialihkan dan kapal ni dijadikan seperti muzium yang menceritakan bagaiman PLTD Apung ini boleh berada disini dan juga sebagai bukti terjadinya tragedi tsunami 12 tahun yang lalu.
Perjalanan diteruskan lagi ke Muzium Tsunami,
Bila dengar nama muzium ni pun kita dah boleh agak dah apa kan. Dah tentu-2 lah pasal tsunami. Jadi muzium ini dibina sebagai peringatan kepada penduduk di Banda Acheh ni dan juga kepada sesiapa sahaja yang datang ke acheh dan ingin melihat sendiri tragedi tersebut memang diharuskan dan diwajibkan datang ke sini. Kat sini kita boleh tengok dan lihat sendiri kesan-2 tsunami yang telah ditinggalkan. Ia juga sebagai bukti kepada generasi-2 mereka yang akan datang supaya mereka tahu bahawa tragedi ini adalah tragedi yang Maha dahsyat yang telah mencipta sejarah di bumi Acheh ini.
Kalau korang tengok gambar atas yang aku gabungkan tu macam ada bulatan dan atasnya ada kalimah Allah swt kan? Haa yang tu bukanlahh bulatan sekadar hiasan je. Kalau korang perhatikan sekeliling tu ada nama nama dan nama nama itu ialah nama-2 mangsa yang terkorban dalam tragedi tsunami ini. Nama-2 tu juga telah di abadikan dalam muzium ini.
Okay lepas je kami ke Muzium ni kami makan tengah hari di sebuah restoran di sini. Maaf masa ni gambar memang takde sebab semua memang dah habis tenaga, dah mengantukk gilaa dan laparr gilaa pastu memang penatt gilaaa. Memang semua dah macam hape je masa tu hahaha lepas je makan tengah hari kami terus cek in di Sultan Hotel rehat apa semua, lepas tu petang sikit baru teruskan lagi perjalanan ke destinasi seterusnya.
Destinasi seterusnya ke Kapal Atas Rumah. Kenapa dinamakan sebegitu? Haaa rasanya korang boleh fikir sendiri laa kan bila dah tengok gambar tu. Ini juga sebahagian daripada bukti kedahsyatan tsunami yang melanda Bumi Acheh ni. Gambar bawah tu actually gambar masa kejadian tsunami baru-2 berlaku, aku ambil kat pakcik google untuk aku bandingkan dengan gambar sekarang. So takdela orang akan fikir eh betul ke? ehh yeke kapal tu atas tu sebab dihanyutkan? eh entah-2 diorang bina atas ni je? ahahaha aku tahu mesti akan ada yang akan fikir macam tu sebab sejujurnya masa aku sampai dan tengok sendiri kapal ni pun aku terrrrrfikir macam tu sebab memang susah nak percaya. Tapi ini lah hakikatnya. Hakikat yang telah diterima oleh penduduk di Bumi Acheh ketika ini. Betapa hebatnya kekuasaan Allah swt.
Ini ibu Nila. Ibu Nila ni kami jumpa masa kami masuk ke dalam Kapal Atas Rumah ni. ehh bukan masuk kapal, masuk rumah yang atasnya ada kapal tuu. Kami jumpa dia ni. Dia ni tak silap salah sorang penduduk yang tinggal kat kawasan ni jugaklaa masa tu. Dia ceritakan pada kami pengalaman dia sendiri yang mengharungi tragedi tsunami pada ketika itu. Aku kalau boleh nak cerita apa yang diceritakan kat sini tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Jadi apa yang aku boleh sampaikan disini, bila aku dengar sendiri kisah tsunami ni daru mulut mereka yang melalui sendiri memang tersentuh hati. Macam mana ehh? Ermm memang susah nak cakap tapi memang tersentuh hati. Terpegun kami dengar ceritanya masa ni. Alhamdulillah Ibu Nila ini adalah mangsa-2 yang selamat dan ahli keluarganya juga selamat sebab masa tu katanya dia sempat berpaut pada pokok kelapa beberapa jam sehingga jam 3 petang baru dia diselamatkan. Bayangkan berapa jam dia berpaut menyelamatkan diri dia dari pagi selepas tsunami tu melanda hinggalah jam 3 petang.
Ohh yaa untuk pengetahuan korang, dekat kawasan kapal atas rumah ni bukanlah kawasan yang jadi padang jarak padang terkukur tu. Kawasan ni jauh sikit dari pantai yang datangnya ombak tsunami ni jadi masa tu hanya arus-2 ombak tu sahaja yang dah memusnahkan kawasan sekitar ni. Sebab tu boleh tengok masih ada rangka-2 bangunan yang kekal sebab tak keseluruhannya dihanyutkan ombak tersebut.
Okay sambung balik cerita Ibu Nila ni, antara ceritanya dan ayatnya yang aku ingat sehingga ke hari ini ialah masa tu katanya semua mangsa yang selamat memang sama-2 bersatu, sama-2 kuat mengharungi ujian ni. Ada yang kata tsunami yang berlaku di acheh ni adalah balasan tuhan, hukuman tuhan dan sebagainya. Tapi pernah tak kita terfikir? Kita siapa nak kata begitu? Kita tahu ke apa makna disebalik semua ni? Siapa kita? Kita sebagai manusia, apa yang boleh kita fikir ialah ini semua dugaan. Dan dugaan yang maha hebat ini telah di berikan oleh Allah kepada penduduk di bumi acheh ini. Dan mereka kuat untuk melalui dugaan hebat yang telah Allah turunkan kepada mereka ini. Bak kata Ibu Nila, kalau mereka tidak kuat untuk lalui dugaan ini, kemungkinan mereka semua udahh gilaa semuanya. Hahaha betul apa yang dia cakap ! Ayat dia tu buat aku sendiri berfikir. Muhasabah diri balik. Selama ni kita cuma mendengar cerita kononnya tragedi ini balasan tuhan, hukuman tuhan tetapi sebenarnya kita tak layak nak cakap macam tu. Kita tahu yang Banda Acheh adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan hukuman hudud. Jadi siapa kita untuk berkata itu balasan daripada Tuhan untuk mereka? Kita tidak layak.
Jadi selepas je dengar cerita dari Ibu Nila ni sendiri barulah aku sendiri terfikir, barulah aku sendiri sedar. Hebatnya penduduk disana. Hebatnya mereka kerana tabah mengharungi dugaan sebesar itu. Tabahnya mereka sehingga mereka boleh bangkit kembali memulakan hidup baru sehinggalah adanya Banda Acheh yang sekarang ini. Subhanallah memang hebat mereka.
Okayy selesai cerita hari pertama. Petang tu ada laa kami pergi ke tempat2 jalan-2 tapi hanyaa jalan-2 tengok-2 jelaa dan lepas makan malam terus balik hotel dan rehat. Selesai sudah perjalanan hari pertama masa kat sana. Jadi cukuplah dulu untuk part 1 ni kang baca panjang-2 korang pening hahaha. Sebab untuk next day pun ada kisah yang aku nak ceritakan.
Byeebyeee !
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA