♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Trip to Banda Acheh part 2

June 11, 2016

Trip to Banda Acheh part 2

Okayy mari sambung sambungan cerita mengenai trip ke Bumi Acheh.
On thee nextt dayy iaitu pada hari kedua hehe, lepas breakfast apa semua perjalanan kami teruskan kee beberapa tempat. Okayy actually aku sendiri tak ingat sangat nama tempat-2 ni hahahaha sebab masa tu memang menonong je jalan ikut kemana tempat yang dibawa. Sampai sana biasalah sikit-2 begambo sikit-2 begambo. Yang pastinya tempat-2 yang kami pergi masa ni takdelah kisahnya pasal tsunami je. Masa ni kami melawat tempat-2 sejarah di Banda Acheh ni pulak. Haaa aku cerita melalui gambaa jelaa senangg ekk hehehee.


Yang ni dengan all the girls yang ikut masa ni, cuma 8 orang. Hahaaa feeling kann. Masa ni kat luar makam apee tahh aku memang tak ingat. Maaf maaf. Tu laa orang sibuk dok cerita pasal sejarah apa semua kitorang berhuhuu pulak bergambaa kat pondok ni kan hehe biasala tu perempuan. :D



Masa ni pun sama. Masih diluar kawasan tu. Biasalah destinasi yang pertama baru kan. Masing-2 fresh lagi muka semangat nak jalan tu yangg ceriaa semacam je. Okayy nexttt ,








Haaa yang gambar-2 atas ni sebenarnya kat Muzium jugak. Muzium Acheh kalau tak silap aku. Biasalaa kalau dah masuk muzium, pusing-2 sekali lalu input nya tak masuk otak pun, tapi begambaa jugak lebih hahahaha itu aku. Orang lainn aku tak tauuu :'D




Yang ni masih di kawasan luar muzium. Ada dibina rumah acheh jugak kat kawasan tu. Jadi begambaa jugak kami eheheeee :)


Nexttt, kami singgah di Gunongan Putri Pahang. Haa benda apa ni kan? Bukan pahang Malaysia yeee. Aku pun tak tahulaa kenapa Putri Pahang tapi adaa laa sikit-2 kisah yang aku ingat pasal tempat ni. Ni dikira macam sejarah dulu-2 jugaklaa. Okayy Gunongan ini macam yang korang tengok gambaa tu dibina daripada putih telur sebagai ganti simen. Haa boleh percaya tak? Tapi entahlaa dah pak fikri tu cakap camtu so itu laa yang aku tahu. Gunongan ni dibina oleh putera apee ntah nama hahaha kepad isterinya iaitu Puteri Pahang sebagai tempat untuk dia bermain laa katanya. Konon-2 ni macam taman laa kan. Haa okay itu jela yang aku faham. Kisah selanjutnya aku tak berapa nak dengar sangat sebab masa ni masing-2 dah eksaited berlari nak panjat gunong buatan ni hahaha tinggi laa jugak wehh ! Lorong pintu dia kecikk jee haaa.


Haa tengoklaa betapa kecilnyaa pintu masuk dia. Memang kalau jalan dalam ni kena bongkok sikit dan lorong ni hanya muat untuk sorang je sebelum sampai tangga nak naik ke atas. Ehh aku adaa tu haa kat belakang tu dalam kegelapan. Cerr tengok betul-2 hehehehe.


Masa kat atas Gunongan Taman Putri Pahang ni :) 


Okayy dah habis kat sana. 
Perjalanan diteruskan lagi ke destinasi seterusnya.


Ni laa destinasi seterusnya. Masjid Rahmatullah. Pernah dengar pasal masjid ni? Tahu kisahnya?
Okayy nanti aku cerita kan serba sedikit yang aku tahu.
Masjid ni jauh sikit dari kawasan Banda Acheh tempat aku menginap tu. Jauh sikit laa dari kawasan kapal atas rumah, muzium tsunami, gunongan dan semua tu sebab kawasan masjid ni berdekata dengan pantai yang datangnya ombak tsunami pada ketika itu. Apa kisah disebaliknya?



Nak dijadikan cerita. Korang ingat masjid ni? Satu satunya masjid yang kelihatan selepas ombak tsunami memusnahkan kawasan sekitarnya dan hanya masjid ini satu satunya bangunan di kawasan tersebut yang tidak musnah. Hebatnya kekuasaan Allah SWT. Dan pantai yang kelihatan tersebut ialah pantai yang datangnya ombak tsunami.


Ceritanya begini. Hakikat yang kita tahu, ombak tsunami itu sangat hebat sangat dahsyat da tingginya kira-2 9 meter. Tinggi bukan? Dapat bayangkan tinggi mana? Okay kalau tak dapat lagi mehh aku bagitahu cara senang nak bayangkan. Nampak kan gambar aku atas tu? Nampak jugak kan kubah besar kat atas yang ada bulan bintang kat situ? Haaaa tinggi tu laa ombak tsunami tersebut. Tinggi bukan? Iyee itulah realitinya. 

Masjid ini memang masih teguh terbina disini. Tapi arah kiblat di masjid ini dah lari disebabkan gegaran tanah yang telah mengalihkan struktur kedudukan masjid ni dan disebabkan itulah bila orang solat dalam masjid ni kita akan nampak orang-2 akan solat senget kedudukan dari arah kiblat sebb keadaan kiblat yang telah berubah. Itu juga salah satu bukti kesan tsunami.



Gambar kat atas ni jugak menunjukkan kesan tsunami yang masih kekal dan sengaja dibiarkan dalam kawasan masjid tersebut sebagai tanda peringatan dan bukti kepada mereka-2 yang datang kesana untuk melihat sendiri kesan yang ditinggalkan. Cuma sebahagiannya sahaja yang ditinggalkan seperti ini tapi kawasan lain telah dibaiki sedikit demi sedikit dan kawasan-2 ini memang akan sengaja dibiarkan begitu.

Rasanya bila kita tengok masjid ni, kita tengok keadaan sekelilingnya bagaimana, kita sendiri boleh berfikirkan? Betapa hebatnya kekuasaan Allah. Betapa Allah itu maha berkuasa. Subhanallah. Pada ketika itu juga rakan-2 aku yang lelaki sempat bertemu dengan Imam Masjid Rahmatullah ini dan mendengar sendiri kisah beliau disebalik tsunami ini. Imam itu kehilangan kesemua ahli keluarganya dan hanya seorang sahaja anaknya yang selamat itu pun sebab anaknya pada ketika itu tiada di Acheh. Sebak bila dengar kisahnya. Tapi itulah hakikatnya. Dan dari saat tsunami tersebut berlaku sehingga ke hari ini imam tersebut tidak pernah melihat mayat ahli keluarganya dan dia percaya mereka semua dikebumikan dengan selamat. 

Seterusnya kami singgah makan tengah hari di persisiran pantai ni. Aku lupa laa apa nama pantai tu tapi pantai yang datangnyaa tsunami tu laa.


Ni lahh diaa. Memang cantik sangat. Sangat cantik airnya. Sebab tu ramai orang bermandi manda kat situ. Dan gunung2 kat belakang tu jugak salah satu tempat penduduk-2 acheh selamatkan diri masa berlakunya gempa bumi dan tsunami 12 tahun yang lalu.

Jadi rasanya setakat tu sahaja trip kami untuk hari yang kedua sebab lepas makan-2 kat pantai tu kitorang pergi shopping-2 dan gerak balik hotel rehat. Ahaa malam tu keluar cuma untuk makan malam.


Inilah suasananyaa masa malam akhir kami makan malam hahaha masing-2 masa ni berebut tempat. 

Esoknya pukul 6 pagi dah bangun sarapan dan terus gerak pergi airport sebab flight pukul 8.45 waktu Indonesia.







Sekian sahaja kisah saya di Bumi Acheh. Memang pengalam di sana, cerita disana sangat-2 berharga. Walaupun dah 12 tahun berlalu namun tragedi tsunami tersebut rasa macam masih segar di ingatan. Berita yang kita dengar, yang kita lihat tak sama dengan mata yang melihat sendiri keadaan disana.

Memang Banda Acheh bukanlah satu tempat yang menarik untuk bercuti dan sebagainya. Tapi ianya satu tempat yang sangat bagus untuk manusia-2 yang macam kita, yang tak terlepas dari dosa untuk muhasabah diri kita, untuk kita sedar betapa besar kekuasaan Allah, betapa Allah itu maha berkuasa dan Bumi Acheh ini satu tempat yang membuatkan kita sedar untuk mensyukuri segala nikmat yang kita peroleh pada hari ni.
Satu pengalaman yang sangat berharga.

Sekian :)


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi