Assalamualaikum..
Hai readers-2 dan bloggers-2 tersayangg Fyy.
Apa khabar semua? Okay ke? Hope korang okay lahh eayy.
Sekolah dah nak mula neh, kepada adik-2 jangan lupe jage kesihatan tauu.
Hehehe XD
Hari neh Fy nak tulis something,
Tapi tak ada kena mengena dengan sesiapa pun okayy?
Just tiba-2 terdetik dalam fikiran neh tetiba nak tulis tajuk neh,
Hmmm,, ape eakk ? (Garu kepalee...)
Zaman sekarang neh kan, ada lagi ke seorang perempuan yang sanggup korbankan perasaannya kerana orang lain?
Tak pun, ada lagi ke seorang sahabat yang sanggup korbankan hidup dia kerana sahabat yang disayanginya?
Hmm, mungkin ada lagi kud, tapi mungkin tak banyak dah kann?
Perempuan neh hati dia lembut tau tak. Tak kisah lah sekeras mana pun luaran dia or sekasar mana pun kelakuan dia, tapi dalam hati dia, naluri dia, tetap sebagai seorang perempuan. Dia boleh ubah perlakuan dia tapi dia tak boleh ubah ciptaan Allah yang satu tu kan.
Nampak je brutal, tapi jauh di sudut hati, terselit satu sifat lembut dalam diri dia.
Betul... Percayalahh..
Contohnya kan, macam Fy sendiri lahh. Luaran nampak kasar, sombong, macam lelaki, cakap pun kasar je kan, tapi ada masa-2 dia, Fy tetap seorang wanita yang lembut. Hik hik hik. Betull.. Tak tipuu. Memang hakikat. Sampai ada jugak kawan pernah cakap macam neh "Wafyy neh kadang-2 terserlah sifat kemanjaan diaa..." Aww awww ~ HAHAHA :D Manja tu lembut jugak lah kann. He he he...
Okay-2 kita ambik contoh lain pulakk, hmm, seorang anak perempuan akan tetap menjadi perempuan bila dia dengan mak atau ayah dia kann? Luar je nampak kasar, tapi bila kat rumah, tetap ada kelembutan sebagai seorang gadis bila dia kena buat kerja-2 rumah kann?
Contoh lain, hmm, haa seorang sahabat perempuan, kalau dia tahu apa-2 terjadi pada sahabat yang paling dia sayang, hati dia tetap akan tersentuh, sampai boleh menangis lagi sbb dia tetap ada naluri seorang perempuan yang penyayang tuuu. Dia jugak pasti sanggup berkorban apa sahaja demi sahabat yang disayanginyaa. Kann?
Contoh lagi, hmm, haa dunia sekarang neh kan banyak sangat kes-2 pembuangan bayi yang tidak berdosa tu kann. Okayy memang perbuatan-2 tu semua berlaku disebabkan sifat kejam seorang perempuan jugak. Itu memang tak dapat dinafikan. Perempuan macam tu memang tak patut dipanggil perempuan lagi. Dah macam syaitonirajim dah. Tapi untuk perempuan-2 lain yang melihat dan mengetahui cerita-2 macam neh, pasti naluri keibuan yang ada dalam diri setiap perempuan jugak akan tersentuhkan? Haaa, sifat tu semula jadi. Memang Tuhan dah kurniakan sifat penyayang yang sangat dahsyat dalam diri setiap wanita.
Last sekali neh kan, memang akan ada dalam diri setiap wanita, bila dia putus cinta, tak kisah lah sekuat mana pun dia cuba sembunyikan kekecewaan dan kesedihan dia, dalam hati dia tetap ada luka yang teramat sangat. Orang lain tak tahu, orang lain tak nampak. Kalau untuk perempuan macam neh, dia lagi suka tunjukkan sifat dia yang gila-2, yang happy sentiasa, walhal dalam hati dia, tiada siapa yang tahu, kecuali Allah yang Maha Mengetahui macam mana perasaan dia.
Bila dah jadi macam neh, dia masih sanggup memafkan orang lain walaupun hakikatnya bukan dia yang salah. Pada dia, menggembirakan orang lain jugak dah boleh buat dia bahagia sekali and itu je satu-satunya cara untuk dia tunjukkan yang dia seorang wanita yang kuat walau hakikatnya dia tak sekuat mana. Tapi dia masih mampu bertahan sebab dia tak nak kelihatan lemah di hadapan orang lainn. :)
Yang paling penting, perempuan takkan dapat elakkan diri dia daripada tangisan. Sekuat mana pun dia cuba bertahan, air mata dia pasti akan jatuh jugak di saat dia di kecewakan. ^^
0 Pengkritik:
Post a Comment