♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Pengalaman ngeri --'

December 16, 2012

Pengalaman ngeri --'

Assalamualaikum...
Haloo haloo haloo koranggg :)
Pelik tak tengok hari neh Fy tak update?
Haha :D Sorry guys, Fy baru berkesempatan.
Tengok tajuk macam gempak je kan. 
Nak tahu apa baca sampai habis, barulah tahu ceritanya kayy,

Alkisahnya bermula begini,
Semalam tidur lambat sebab onthephone dengan kawan terbaik terhebat susah senang Fy,
Saudari Ladylla Zamri (nama facebook) sbb nak meluahkan perasaan dekat dia, (thanks kawan..)
 lepas tu bertwitter hingga lewat pagi,
Bangun-2 pagi, aku dikejutkan begini,

"Dila, nak keluar ikut mama tak?"

Dengan terpisat pisat aku bangun sambil menenyeh mata kemudian bertanya,

"Keluar pergi mana?"

"Mana mana lah, KL ke..."

Wahh dengar je macam tu dengan pantasnya Fy membuka mata. Haha. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal (walaupun dh hilang mengantuk) , memang Fy nak sangat sangat lah kan. Dah lah Fy sedang menghadapi masalah perasaan yang kronik, memang Fy memerlukan sesuatu untuk menghilangkan masalah neh supaya tak menyesakkan diri. Haaa, apa lagi, windoww shopping (perempuan memang akan mengalami masalah seperti ini yer,, harap maklumm...) timee!! Hehehe. (Terima kasih mama kerana memahami masalah anakmu ini....)

Apa lagi, dengan pantasnya Fy bangun, mandi-2 dan bersiap. Sarapan pun tak, tengok-2 dah terpacak tunggu bas dengan mama. Sementara adik-2 tak ada kat rumah neh senang lah nak keluar berdua je dengan mama, kalau diorang ada, hmm, memang susah lahh. Hehehe. 

Dipendekkan cerita pukul 12.30 barulah Fy sampai KL. Itupun setelah melalui macam-2 dugaan sebabnya Fy rimas gila dalam bas lama-2. Bayangkan hampir satu jam dalam bas dengan mamat bangla, filipina, indon semua ada lah. Sampai Fy terfikir, Fy neh dekat negara mana? Haishh. PM patut buat sesuatu untuk mencegah pendatang asing ke negara Malaysia.

Okayy, sampai KL, jalan punya jalan, sampai Masjid Jamek, mata melilau dah tengok berbagai bagai jenis baju dan macam-2 lagi kat situ. Mama pun dah buat tawaran yang menarik so apa lagi, Fy hanya tinggal pilih je lah kan. Hik hik. Jalan punya jalan, dah rambang mata tak tau nak pilih yang mana. Lepas satu kedai, satu kedai masuk, still tak boleh buat pilihan. Then Fy cakap kat mama, makan dulu lah sbb Fy pun tak breakfast lagi, maybe sbb tu otak Fy macam tak berapaa nak aktif lagi membuat pilihan. So pergi lah makan.

Dah habis makan, Fy dengan mama meneruskan perjalanan ke Jalan TAR and Masjid India pulakk. Haa, korang bayangkan lah macam mana, kalau dah sampai sana, memang lagi rambang lah mata Fy neh. Walaupun ramai dan serabut sangat manusia, tapi kaki neh tetap laju melangkah. Fy pikir jugak "eh mama neh, teror gilaa, kalau bab-2 berjalan, memang dia lagi laju dari Fy yang muda nehh, sampai tak terkejar dibuatnyaa..."

Dipendekkan cerita, setelah keluar masuk keluar masuk semua kedai, sampai kena patah balik lahh, akhirnya, berjaya jugak Fy mendapatkan satu set pakaian walaupun last-2 minit punya choice sbb mama dah merungut. Katanya begini,

"Yang macam mana lagi hang nak neh, banyak pilihan, pilih je lahh..."

"Alah mama, pilihan memang banyak tapi macam tak kena je?"

Kuikuikui. Mama dah masak sangat dengan perangai anak dara dia yang sorang neh. Kalau bab-2 memilih pakaian memang lah tersangat cerewet. Dah tu bila didesak didesak dan didesak, akhirnya pilih jugak. Tapi bila dah beli, dah bayar, rasa tak berapa berkenan pulak. Teringat baju-2 lainn. Haishh neh lah masalahnye kalau dh rambang mata sangat. Menyesal pun tak guna dah. Haishh memang tersimpanlah pakaian tu dalam almari buatnya sampai lah Fy rasa Fy nak pakai... Hehehe :)

Masa balik, hujan dah renyai renyai, so kami pun melangkah dengan pantas untuk menunggu bas. Tunggu punya tunggu, akhirnya muncul jugak bas. Haa, inilah yang sebenarnya Fy nak cerita dan kongsikan.
First, majoriti dalam bas tu memang lah bangla dan mamat-2 indon semua tu. Perempuan 3, 4 orang je kud. Memang menyeramkan, rasa macam keselamatan tak terjamin. So, Fy buat-2 tak tahu je lah. Then semasa dalam perjalanan, ada incedint yang tak terduga terjadi. Apa dia? Haa, kes orang copek wallet or phone orang. 

Fuhh, gentle memang menakutkan. Mula-2 nampak macam orang yang mencurigakan, asyik tertoleh toleh kat belakang. Mama pun kata diorang tu lain macam kan. Cepat-2 mama suruh jaga handbag elok-2. Fy pun okay, buat muka tak bersalah dan tak faham apa-2. Tiba-2 masa nak berhenti kat station mana ntah, kejadian tu jadi betul-2 depan mata Fy. Fy nampak macam mana dia seluk poket mamat bangla tu then ambil phone kud, yang tu Fy tak pasti. Lepastu cepat-2 dia cover then terus turun.

Apa lagi, lepas je diorang turun, mamat-2 bangla yg still ada dalam bas pun bising lah sbb member dia kene copekk kann. Hati Fy masa tu Ya Allah, Tuhan jelah yang tahu. Depan mata kud. Dalam hati gabra gilaa tapi muka buat-2 tak faham. Ingat dah habis, tiba-2 ada dua tiga orang mamat melayu perut-2 boroi semua masuk then suruh mat-2 bangla tu semua tunjuk tiket. Fy dah cuak, Fy pandang mama, mama kata buat tak tahu je. Okay Fy pun duduk diam-2 pandang ke tingkap,

Dalam diam Fy perhatikan jugak, kaki-2 copekk neh just tanya mat-2 bangla tu je. Rakyat Malaysia dia tak kacau. Entah apa lagi yang dia buat Fy tak tahu, last-2 Fy tengok diorang dah turun. Fuhh, barulah betul-2 lega. Nak tahu tak apa Fy pikir masa tu?

Pertama, Fy tak nak keluar naik bas lagi. Selagi boleh Fy elakkan, Fy akan cuba elakkan.
Kedua, patutlah mama selalu marah bila Fy kata nak keluar KL, rupanya inilah sebabnya. Time tu memang Fy dah sedar. Huhh, nasib baiklah Tuhan lindungi Fy dan mama. Kalau takk, tak tau lah apa jadi. Mama pun kata tu lah pengalaman dia depan mata.

(Sekali lagi, PM patut memandang serius dengan kedatangan pendatang asing ke Malaysia...)

Hmm, so nampaknya barulah Fy bukak mata dan berfikir apa sebab selama neh mama larang Fy nak keluar selalu. Yess, Fy dah nampak dan lalui sendiri environment dia. Memang Fy patut dengar cakap mama pun. Mama dah banyak pengalaman kat KL neh. Dah berapa tahun, sejak sebelum Fy lahir lagi, so dia dah banyak makan garam dari Fy. Okayy, Fy janji lepas neh nak dengar cakap mama. Tak nak buat dah. Hehehe. 

Alhamdulillah, akhirnya hati Fy menjadi tenang jugak hari neh. Hmm, insyaallah, Fy akan cuba untuk mengawal perasaan Fy dan belajar menerimanya dengan hati terbuka.

Memang ada hikmah disebalik semua yang jadi :)

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi