♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Tunjukkan X-Factor anda !

December 17, 2012

Tunjukkan X-Factor anda !

Assalamualaikum ^^

Fy nak kongsikan somethinglah dengan korang. Fy ada terbaca satu artikel dalam majalah. Artikel tu tentang cara nak confidentkan diri kita dan tunjukkan kelebihan yang ada dalam diri kita. Sebenarnya artikel neh amatlah bersesuaian untuk golongan-2 lepas SPM macam Fy neh. Iyelah, selalu hidup parents yang uruskan, tapi lepas neh, kita kena menyesuaikan diri dengan kehidupan yang baru. Apa-2 yang kita nak buat tak boleh mengharapkan mak ayah buat untuk kita. Mak ayah hanya boleh tolong dan support kita dari belakang. Kita sendiri yang perlu buat semua kan?

Sekarang neh mungkin ada yang dah mula kerja dan ada jugak yang masih tercari cari pekerjaan kan? Or maybe ada jugak yang akan sambung study kat mana-2 sementara tunggu keputusan SPM neh. Takpun ada jugak yang macam Fy memang malas nak kerja. Haha. Bukan apa, Fy tak pernah kerja sebelum neh, so Fy tak biasa. Bila tak biasa, Fy pun malas lah nak mencari.

Ehh? Mukadimah aku neh macam tak ada kene mengena dengan tajuk pulakk?

Okay-2 back to the main topic. Setiap orang ada kelebihan dan keistimewaan dalam diri mereka masing-2. Cuma yang membezakan sama ada mereka sedar atau tak dengan kelebihan tu. Ada orang yang sedar kelebihan diri dia, so dia boleh bawa diri dia tak kisah ke mana pun. Ada jugak orang yang tak sedar, so dia akan rasa merendah diri dan akan berfikir yang diri dia tak ada kelebihan. Harap maaf yer. Salah sebenarnya untuk sesiapa yang berfikiran macam tu. Haa, meh sini Fy ajar.

Untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru, kita kena tonjolkan diri kita supaya kita lebih dikenali. Contoh kalau dalam kelas, jangan lah duduk diam je. Jadilah seorang pelajar yang aktif. Kalau tak faham, terus angkat tangan tanya. Kalau rasa ada idea yang menarik, kongsikan dengan rakan-2 yang lain supaya orang lain. Barulah orang lain tahu yang kita jugak ada kelebihan tersendiri kan? Jangan lah jadi macam katak dibawah tempurung.

Next, sekali sekala kita kena jugak bersosial dengan rakan-2. Opss, sebelum tu, bersosial bukan dalam istilah yang negatif okayy. Bersosial neh maksudnya sering bergaul dengan rakan-2. Jangan lah buat perangai menyombong. Setiap kali ada apa-2 event, try untuk melibatkan diri sama. Barulah kita boleh nampak dunia yang sebenar. Tapi AWAS ye, jangan pergi event-2 yang tidak berfaedah. Itu sama sekali dilarang okayy?

Cara percakapan jugak kita kena jaga. Iyelah, kalau bersembang atau berbual dengan rakan, jangan main ikut sedap mulut je. Mestilah kawan-2 takkan suka bergaul dengan kita. Kalau kita sebelum neh seorang yang pendiam pulak, cuba jugak untuk ubah benda tu. Mungkin dalam diam-2, kita mempunyai satu kelebihan berkata-2 yang orang lain tak tahu ke? So tonjolkan benda tu. Mesti kawan-2 kita akan suka berbual dan bersembang dengan kita.

Last sekali, ini yang paling penting. Kita kena sentiasa berfikiran positif. Jangan fikir yang kita tak ada kelebihan or jangan fikir kita tak layak untuk berkawan dengan kawan-2 yang lain. Kita kena ubahkan pandangan negatif kita kepada positif and sentiasa berprasangka baik dengan kawan-2. Yakin pada diri sendiri yang kita jugak boleh menyerlah seperti kawan-2 yang lain dan  boleh menjadi sehebat mereka.

So, ini jelah sedikit sebanyak yang Fy nak kongsikan. Harap korang faham lah apa yang Fy cuba sampaikan. Hmm, kalau boleh nak huraikan secara detail lagi. Tapi takut korang tak faham pulak. Hiw hiw.

Enjoy your day !
Byee :))


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi