♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Lelaki menangis kerana wanita ,

December 19, 2012

Lelaki menangis kerana wanita ,

Seperti yang kita tahu, lelaki adalah kaum yang memiliki ego yang sangat tinggi berbanding wanita. Ini fakta, hakikat dan kenyataan. Namun, ego lelaki akan mudah dijatuhkan hanya kerana wanita. Nak tahu kenapa? Salah satunya, lelaki yang mudah menangis kerana wanita merupakan lelaki yang tidak meletakkan egonya setinggi KLCC. Kita tahu, bila seorang lelaki menangis, maka jatuh la egonya sebagai seorang lelaki sejati. Ego yang dipertahankan oleh lelaki lelaki di luar sana akan tergugat hanya kerana dua sebab. Nak tahu apa? Jom check it out.

Pertama, seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab, dia tidak akan malu untuk menangis kerana ibunya. Kita tahu anak lelaki bertanggungjawab untuk menjaga ibu serta ahli keluarganya. Dia tidak akan malu untuk menangis ketika dia memberitahu ibunya yang dia sangat sayang kan ibunya. Dia tidak akan malu menangis jika dia membawa kejayaan pulang untuk ibunya. Dia tidak akan malu menangis ketika dia sudah menikahi seorang gadis. Dan yang paling penting, dia tidak akan malu menangisi pemergian ibunya kerana dia tahu, dia sangat menyayangi ibunya dan redha akan pemergiannya.

Kedua, seorang lelaki yang setia dan penyayang, dia tidak akan sesekali berasa malu untuk menangis kerana wanita yang di cintai. Bila dia menangis untuk wanita yang amat dicintainya, maka kita boleh menilai bahawa lelaki tersebut takut untuk kehilangan wanita tersebut. Dia akan menangis jika wanita tersebut meninggalkannya. Dia akan menangis jika wanita yang dia cintai mengecewakannya. Dia akan menangis jika dia tidak mampu membuat wanita yang di cintainya bahagia. Dan perkara yang sama, dia akan menangis jika dia kehilangan wanita yang di cintainya.

Well, susah kan nak dapat lelaki seperti ini? Hmm, actually tak susah tapi kita kena cari. Bila dah dapat. Jagalah dia dengan sebaiknya.Mungkin dia satu antara seribu. Honestly, ini adalah pendapat peribadi saya sendiri. Melalui pemerhatian dan pemikiran saya. Maaf jika fakta saya salah. Saya hanya insan biasa yang tidak terkecuali dari melakukan kesilapan. Perbetulkan saya jika saya silap.

Mesti ada di antara korang yang terfikir, bukan semua lelaki menangis sbb dia betul-2 ikhlas kan? Ada jugak air mata tu sekadar penipuan atau lakonan semata mata. Hmm, betul lah tu. Dalam hal neh, kita sendiri yang kena pandai memilih dan menilai supaya kita tidak tersilap membuat pilihan. :)
 
Sekian,

(sekadar hiasan...) hehehe.

p/s: Saya bangga bila ada lelaki yang sanggup menangis kerana saya dan saya tahu, dia betul-2 ikhlas menyayangi sayaa. Tapi itu duluu, sekarang tidak lagi... :')

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

6 Pengkritik:

  1. Apabila seseorang lelaki betul-betul sayang, dia akan menangis kerananya.

    ReplyDelete
  2. nak tanya , music apa dalam playlist SCM music player ni ? nak download :/

    ReplyDelete
  3. Saya adalah tipe laki2 yang seperti itu, setiap saya disakiti saya selalu menangis, saya sebenarnya marah tapi saya tidak mau membentak pacar saya karena saya takut kehilangan dia. Tetapi setiap kali saya menangis pacar saya tidak suka karena terlihat cengeng. Justru saya ingin melepaskan rasa yang berlebihan seperti ini dibanding menjadi seorang lelaki yang cengeng.

    ReplyDelete
  4. terima kasiih kerana membuat blog macamni , saya amat menyukainya dan saya telah faham segalanya apa itu pengorbanan air mata seorang lelaki , thanks im amar btw , thanks for this

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi