Dengan apa yang terjadi sekarang ni, perkara pertama yang aku nak sangat sangat buat ialah, hilangkan rasa sayang yang ada dalam hati ini.
Sebab, rasa itu yang sangat menyakitkan.
Maafkan aku sebab sayang.
Kalau ikutkan hati, biarlah aku tak pernah kenal dia siapa.
Biarlah aku tak pernah tahu kewujudannya ada.
Namun aku tahu.
Tak baik menyesali takdirkan.
Bila menyesalkan sesuatu yang terjadi, itu bermakna kita cuba menolak ketentuan-Nya.
Aku nak kau tahu.
Walaupun keadaan aku sekarang macam ni.
Walaupun aku masih terikat dengan rasa sakit, kecewa, dan luka dengan hati sendiri.
Tapi aku tak pernah salahkan takdir dengan apa yang jadi.
Sedaya mungkin aku sedang cuba untuk terima.
Macam yang pernah aku katakan dulu.
Masa yang akan tentukan semua.
Aku percaya, cepat atau lambat, aku akan ikhlas utk terima semua yang jadi ni.
Tapi, maafkan aku andai kadangkala aku tak mampu mengawal emosi.
Kerana aku cuma manusia biasa yang masih belum cukup kuat utk melawan diri sendiri.
Harap kau mengerti.
Salah sendiri kerana menyimpan rasa sayang yang terlalu dalam.
Kesudahannya diri sendiri tak tahu untuk hadapi.
0 Pengkritik:
Post a Comment