♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Penat.

October 3, 2014

Penat.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah , lama dah tak menjengah dan menulis bait kata di blog ni.
Bukan dilupakan, tapi tidak berkesempatan.
Yang pasti memang aku tak akan lupakan blog ni.
Biar orang lain tak tahu akan kewujudannya,
Yang penting aku masih boleh untuk mencoretkan sesuatu di dalamnya.


Terlalu banyak yang terjadi sebenarnya.
Banyak sangat.
Allah.. tak tahu nak mula macam mana.
Tak tahu nak kisahkan apa.
Yang pasti, terlalu banyak dugaan yang terjadi.

Saat aku rasa lemah,
Saat aku rasa jatuh,
Saat aku rasa tak berdaya,
Aku cuba bangkit berdiri,
Bangkit dengan sendiri,
Cuba mencari sisa sisa kekuatan diri.
Aku tahu aku takkan mampu mengharapkan orang lain.
Aku tak mampu untuk fahamkan orang lain.
Semuanya bagai batu yang menghempap diri.
Demi Allah.
Kali pertama aku rasa kan yang sedemikian rupa.
Aku seolah olah hilang sesuatu dalam diri.

Bukan menolak hakikat,
Apatah lagi memusuhi takdir.
Aku cuma tidak bersedia.
Menerima segala yang terjadi itu bertimpa - timpa.

Apa perasaan pada ketika itu?
Sukar digambarkan dengan kata - kata.
Hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya, betapa sakitnya.
Bagaimana aku cuba bangun untuk mencari kekuatan kembali.
Bagaimana aku cuba bangkit untuk berhadapan realiti.
Semua itu, hanya Tuhan yang tahu.

Betul. Orang nampak aku tenang gembira kuat bahagia.
Luarannya.
Dalam? Orang tak tahu apa aku rasa.
Bagaimana sakitnya menahan amarah yang tak tertahan.
Bagaimana peritnya menahan rasa yang tak terluah.
Sehingga kini, aku masih tercari cari jawapannya.
Jawapan kepada persoalan yang aku sendiri tak mengerti.

Aku tahu. Aku perlu redha.
Redha menerima semua ini sebagai takdir yang telah pun ditulis untuk aku.
Payah, memang payah.
Sakit, memang sakit.
Tapi apa pilihan yang ada?
Sampai bila nak terus biarkan perasaan mengawal diri.
Aku tak nak beremosi terlalu jauh.
Aku tak nak biarkan diri hanyut di bawa perasaan.
Jadi, bangkit kembali melawan diri.
Cuba untuk berlagak biasa.
Cuba untuk berlagak kuat.
Biar berlagak. Asalkan orang tak nampak kita lemah.

Muhasabah diri.
Didik kembali hati.
Terima semua yang jadi ini sebagai ketentuan Ilahi.

Memang aku cuba untuk menerima semua ni.
Dan aku percaya, suatu saat nanti aku pasti akan dapat terima semua ni sepenuhnya.
Tapi, satu yang paling payah nak buat.
Lupakan.
Lupakan tak semudah percakapan.
Lupakan tak semudah yang difikirkan.
Lupakan tak semudah yang diharapkan.

Namun, yang pasti, biarlah masa yang menentukan semuanya.
Biarlah masa yang hilangkan semuanya.
Biarlah masa yang tentukan keputusannya.
Aku dah penat dengan semua permainan perasaan ni.
Aku penat.
Penat sangat.

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi