♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: New look on semester break !

October 28, 2014

New look on semester break !

Yeayyyy blog berubah wajah lagi !
Ini semua gara gara kebosanan masa semester break ni tak tahu nak buat apa.
Ehemm plan asalnya sejak sebelum cuti lagi memang semangat berkobar kobar dah kononnya nak kerja for the first time masa cuti ni.
Akan tetapi, malang tidak berbau, sudah jatuh ditimpa tangga tetiba boleh terkena demam campak pulaaa.
Haihh memang terbantut segala rancangan lah kalau dah kena kuarantin kat rumah.
Yang bestnyaa tu nasib baiklah betul2 dah habis final and dah start cuti kena.
Kalau tak memang sia sia je kena repeat paper atas alasan tidak dapat menghadirkan diri.
Alhamdulillah nasib aku baik.
Tu lahh orang cakap, masa kecik dulu tak mau kena, bila dahh besaq macam ni baru nak merasa.
Nasib baikk ahh tak teruk kena.
Tu sebab aku terfikir doktor cakap masa gy check up haritu.
Dia kata macam ni,

"Dah besar ni kalau kena teruk sikit, habis satu badan dia ni. Badan pun sakit extra sikit.."

Erkk secara jujurnya aku yang mendengar tu agak cuak laa jugak kan,
Dah laa tak pernah kena.
Dalam kepala tu dah pikir macam-2 dah.
Mesti teruk muka nanti, ada parut, sempat tak nak hilang sebelum mula sem dan bla bla blaa..
Hahahaha !
Serius memang itu yang aku pikir.
Tapi bila dah kena ni, alhamdulillah tak nampak teruk dan takdelah kena satu badan.
Sikit sikit je.
Bagus laaa macam tu kan.
Harap tak ada pusingan kedua pulak laa sebab kawan2 kata kita mesti akan kena dua kali.
Hmm yeke?
Alaaa jangan laaa harap-2.
Kalau nak kena pun biar habis masa cuti sem ni.
Tak nak laa bila dah start sem baru nanti baru nak kenaaaa :'(

Yang sebenarnya aku ni kena sekali dengan adik aku yang kedua tu.
Ehh tak yang sebenarnya dia kena dulu.
Masa tu dia kat rumah, mama whatsapp bgtau dia kena demam campak.
Dan dan laa pulakk masa tu macam ada sesuatu yang kelihatan macam pelik je kat badan muncul.
Aku dah macam was was dan tertanya tanya lahh.
Tapi aku buat lekk dulu macam tak ada apa yang jadi.
Pulak timee tu tengah exam, memang dalam hati dah tak sedap hati tapi rilekk dulu kan.
Dua tiga hari selepas itu, ada nampak lagi sesuatu yang pelik, ermm masa tu mmg musykil sangat2 dah.
Dalam hati pun macam yakin-2 jee aku kena jugak. Tapi cakap sendiri lah , "kud yee nak kene pun tunggulaa aku habis paper and balik rumah dulu.." hahaha, memang itu je yang aku fikir. Kalau nak kena pun biarlaaa aku selamat sampai rumah dulu. Hahaha.

Jadi secara kesimpulannya, habis je paper, mulaa je cuti sem, memang hari ayah ambil balik rumah tu, hari tu jugak pergi check up pergi klinik.
Sebab macam dah tak selesa macam dah tak tahan je kan rasa kat badan.
Jadi dah sampai klinik memang sah laaa aku kena demam campak kata doktor itu.
Haihh nasib baiklah kan dah cuti. Itu jee yg aku dok rasa. Nasib baik nasib baik. Hahaha.
Cumanya sehari sebelum balik, means masa hari last day paper tu sempat lagi bergembira bersuka ria main hujan dengan kawan-2 pergi zoo.
Padahal masa tu badan dah kena campak campak tu dah.
Tapi still buat tak tau buat tak peduli cari penyakit. 
Hahaha lawak sangat dan gembira sangat lahh kud masa tu.
Jadi, mari lahh nak belanja sikit gambar dan nak abadikan gambar ni dalam blog.
Mana tauu kud kud dah habis belajar nanti rinduu kenangan tu semua boleh bukak blog ni balik dan tengok, hehehe ,


Ini kat stadium hang jebat. Alkisahnya teman budak budak laki berteduh sbb diorang pergi naik motor, Tak sempat sampai zoo lagi dah basah lencun. Siann diorang. Hahahaha,


Hujan dah reda sambung laa perjalanan dengan bebudak laki tuu, Masa nak beli tiket ni cuaca masih baik belum menurunkan hujan walaupun awan dah mendung-2 kelabu gituuu --'



 tapi bila dah sampai zoo hujan pun macam ikut sekali. Kira masa ni memang dah ada tanda-2 nak hujan dah. Dalam kepala pikir dua tiga kali jugaklaa nak masuk ke idakk. Tapi dah alang-2 sampai kann, redah je laaa. Hahahaha.


Tak boleh nak cakap apaa, sebenarnyaa masa ni masing2 dah kuyup. Memang masuk jee zoo dan dan tu hujan turun dengan lebatnyaa. Nasib nasib.




Dan pengembaraan pun bermulaa laa di dalam zoo dengan hujan macam renyai macam takk, haaa tak tau laa nak cakap. Tapi dalam dok pusing2 dalam zoo tu dengan hujan renyai-2 last2 lencun lahh juga memasing. Hahaha, memang tak pernah dibuat orang kud. Ehh tak takk sebab masa tu ada je family-2 yang bawa anak anak evenn hujan. Maybe diorang pun nak cari pengalaman baru tengok haiwan dikala hujan kud, hehehe


Maka tamatlah perjalanan. Memang zoo melaka biasa-2 je. Haiwan pun takdelah yang lain dari yang lain. Cuma masa tu lebih kepada nak have fun dengan kengkawan sebelum balik cuti kan. Memang menarik. Bukan nak kata apa lah, tapi setiap kali plan mesti akan ada je peristiwa menarik yang akan jadi. Sebelum sebelum ni pun sama. Memang kenangan yang indah utk dikenang,
Hmmm even time ni tak semua ada. Tapi kalau lagi ramai yang ikut mesti lagi best kan.

Okay dah tu je nak cerita.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi