♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Rela untuk melepaskan tetapi sukar untuk melupakan.

October 28, 2014

Rela untuk melepaskan tetapi sukar untuk melupakan.

Ehemm, ahaaa kemain panjang lagi tajuk kan. 
Ahaaa kalau dah macam tu punya tajuk, paham-2 je lah. Memang entry kali ni melibatkan hal hati dan perasaan.
Hmm memang letih hidup bila dibebani hal hati dan perasaan ni.
Tapi nak buat macam mana kan?
Itulah realitinya.
Itulah hakikatnya.
Suka atau tidak, akur lah utk menerimanya.

Well, orang mesti fikir yang aku ni manusia yang susah nak terima hakikat.
Orang mesti ingat aku sengaja nak menentang takdir yang datang.
Orang mesti fikir aku macam-2.
Yaaa ! Memang semua orang yang tidak melalui boleh berkata apa sahaja.
Tapi, aku nak tanya. 
Kau rasa apa aku rasa?
Kau lalui apa aku lalui?

Memang, ramai lagi lalui benda yg lagi teruk dari aku.
Aku tak nafikan itu. Tapi lantaklahh. Itu hal orang. 
Hakikat sekarang ni diri aku sendiri. Janganlah sesekali nak banding diri kita sesama manusia.
You know what, no one perfect !
Thats why aku macam ni. Sebab aku pun cuma manusia biasa beb.
Adakalanya aku lemah walau aku cuba utk berlagak kuat.
Adakalanya aku rebah bila aku tak berdaya utk bangun.
Kenapa?
Sebab impaknya terlalu besar dalam hidup.
Sebab ini kali pertama aku lalui dalam hidup.
It takes time lahh wehh nak terima semua ni.

Memang mulut kata redha. Tapi aku tak nafikan, hakikat sebenar, aku susah nak terima.
Macam tajuk aku lah. Rela lepaskan, tapi untuk lupakan?
Fikir aku macam sistem komputer yang kalau perlu save kalau tak nak delet masuk recycle bin macam tu je?
Aku manusia, ada hati, ada perasaan.
Orang takkan faham apa aku rasa.
Takkan faham.
Sakitnya macam mana.
Lukanya macam mana.
Nampak mudah, tapi payah.

Kau?
Dari awal aku nak kata kau ni suka mempermainkan.
Tapi aku tak boleh nak labelkan kau macam tu.
Sebab jauh disudut hati aku faham, kau tak berniat macam tu.
Tapi selalu sangat aku fikir macam tu.
Jangan salahkan aku, sebab perlakuan kau, tindakan kau, buat aku fikir macam tu.

Apa yang kau buat?
Fikir sendiri. Dah besarkan.
Tak salah alasan kau. Aku tak bantah keputusan kau.
Tapi fikirlah, keputusan dan alasan kau tu seiring ke dengan tindakan kau selama ni?

Aku kan... huhhh memang kalau boleh nak lempang-2 nak bunuh kau pun ada.
Tak dapat bunuh dapat maki sekali pun cukuplah.
Hahaha.
Tapi kenapa eh?
Hati tak terdaya. Mulut tak mampu nak berkata.
Kenapa wehh kenapaa?
Kekadang benda tu yang buat aku menangis sendiri.
Sebab aku tak boleh nak luahkan apa yang aku rasa.
Aku tak tahu apa kau fikir tentang aku.
Tapi hakikatnya kau tak pernah faham apa kesannya pada aku dengan apa yang kau buat ni.

Pertama kali aku lalui semua ni.
Tak pernah aku sangka weh.
Tak pernah.
Kau rasa apa aku rasa?
Tak kan?
Sebab dulu kau pernah bersedia dengan semua ni.

Aku tak nak membenci, apatah lagi berdendam.
Kadang-2 apa aku buat sebab aku sendiri nak buang rasa aku ni jauh-2.
Aku sengaja buat benda yang aku sendiri tak rela nak buat.
Tapi aku tak berjaya.
Kenapa?
Sebab kau.
Semuanya sebab kau dan harapan kau.
Weh, perasaan aku ni permainan ke?

Its easy for you to say.
But its not easy for me to go through all this.
Sekelip mata semuanya berubah.
Sekelip mata semuanya musnah.

Aku bukan nak cakap apa.
Bukan aku nak mendoakan atau apa.
Bukan aku nak menolak takdir ke apa.
Tapi suatu saat nanti, kalau apa yang kau kata kau tak kota,
Andai terjadi sesuatu diluar jangkaan kita tapi disebabkan perbuatan kau sendiri,
Jangan pernah salahkan aku jika aku membenci.
Jangan salahkan aku jika diri kau tak pernah lagi wujud dalam hidup aku.
Masa tu, kau akan rasa apa aku rasa.
Kau akan dapat balik apa yang kau buat.

Kau kata kau takut dengan peluang.
Kau takut untuk lalui lagi.
Baiklah.
Itu kata-2 terakhir kau yang aku pegang.
Tapi soalan aku yang aku nak tanya tapi tak pernah terluah.

Sekarang ni kau bahagia. Sama ada kau berpura- pura atau apa aku tak tahu.
Tapi apa yang aku nampak kau bahagia.
Baguslah. 
Sebab aku tahu dari awal puncanya disebabkan aku.

Persoalannya sekarang.
Kau bahagia bila orang lain derita kerana kau?



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi