♪ Adilla Wafi ♪ ♫ ❀ Nur Adilla Wafi ™ ❀ ♫: Semuanya ada pada diri.

August 2, 2014

Semuanya ada pada diri.

Tak mudah jika berbicara soal hati.
Tak mudah jika mahu mengendalikan hati.
Tak mudah jika mahu bermain dengan hati.
Dan segalanya tidak mudah jika kita tidak berhati hati berkenaan dengan hati.

Kadangkala sukar untuk buat orang lain faham sesuatu yang kita rasai.
Mustahil untuk orang lain fahami mungkin?
Dan sangat tidak mudah jika orang lain tidak memahami.
Hanya hati sendiri yang faham betapa berat, sakit, dan payahnya untuk menanggung semua yang dirasai sendirian.
Betul.
Kemungkinan ada yang memahami, tetapi tetap mereka tidak merasai.
Kalau lah boleh rasa hati ini dikongsi, dah lama aku buat.
Kalau lah boleh rasa hati ini difahami, dah lama aku buat.
Tapi, mustahil kan?

Kadang kadang apa yang kita buat, kita rasa betul, tetapi tidak pada orang lain.
Kadang kadang apa yang kita buat, kita rasa salah, tetapi tidak pada orang lain.
Sukarnya nak menyimpan segala yang terpendam.
Sukarnya nak menerangkan segala yang dirasa.

Bila kita berani mengambil risiko akan sesuatu, itu bermaksud kita berani untuk menempuh segala yang terjadi kan?
Jadi perlu ke ada perkataan menyesal dalam hidup kita?
Tak kan?
Betul, setiap sesuatu yang terjadi itu telah ditentukan, telah ditakdirkan.
Tapi Tuhan tetap beri kita peluang untuk mencorakkan hidup kita.
Kita masih boleh merancang akan sesuatu.
Keputusannya, baru lah berserah kepada - Nya.

Kadangkala dalam hidup kita ni, kita jangan terlalu leka untuk menjaga hati manusia.
Betul, tak semua hati dapat di jaga.
Dan tak semua hati dapat dipuaskan.
Tapi kita boleh cuba untuk menjaga sebaik mungkin.
Jangan terlalu memandang remeh akan sesuatu perkara.
Sebab yang sekecil kecil hal tu lah yang akan jadi besar kalau tidak dijaga.

Kadang kadang dalam hidup ni kita nak dapatkan apa yang kita nak.
Kita usaha dapatkan apa yang kita nak.
Tapi kalau kita tak dapat?
Sedarlah, mungkin ada hikmahnya.
Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat.
Dan tak semua benda yang kita tak nak, kita tak suka, bukan yang terbaik untuk kita.
Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hamba Nya.



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA

0 Pengkritik:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adilla Wafi