Setiap orang ada masa silam yang menyedihkan.
Setiap orang ada masa silam yang menggembirakan.
Dan setiap orang pasti ada masa silam yang menyakitkan.
Orang tak faham, orang tak tahu, sejauh mana dia cuba untuk melupakan masa silam yang dia patut lupa.
Tak semua benda kita boleh lupa dengan sekelip mata.
Mungkin kita tidak mahu lupa pada yang menggembirakan.
Tapi pada yang menyakitkan, siapa yang nak ingat?
Jangan fikir bila seseorang tu masih ingat pada masa silam dia bermakna dia masih mengharapkan ianya terjadi kembali.
Macam mana payahnya dia cuba untuk buang, tak ada siapa pun yang rasa, tak ada siapa pun yang tahu.
Jangan ingat semuanya mudah.
Lagi lagi hal yang berkaitan soal hati dan perasaan.
Fikirlah.
Perasaan itu fitrah.
Bukan permintaan dari manusia.
Tetapi Tuhan yang memberinya.
Sejauh mana kita nak menolak?
Dan jangan fikir kita boleh menolak ketentuan Nya.
Sakitnya bila kita masih teringat benda yang kita nak lupa.
Kalau boleh nak buang jauh jauh.
Tapi, ingat senang?
Kalau senang, mesti manusia manusia dalam dunia ni takkan ada masa silam yang menyakitkan.
Sebelum kita nak judge seseorang, ingatlah.
Nasib seseorang tak sama.
Dan jangan ingat kita akan bernasib baik sentiasa.
Selagi kita bergelar hamba Nya, kita tak akan terlepas dari di uji.
0 Pengkritik:
Post a Comment